What Goes Around Comes Around

2 0 0
                                        

Papan tanda gangsa yang terukir nama Idris & Co. Advocates & Solicitors berkilat di bawah sinaran lampu lobi.

Di dalam bilik mesyuarat utama yang kalis bunyi, suasana terasa begitu tenang namun sarat dengan aura profesional.

Haruman kopi premium yang disediakan oleh setiausaha sedikit sebanyak mengurangkan ketegangan udara di dalam bilik tersebut.

Encik Idris, seorang peguam kanan yang sudah berusia lewat 50-an dengan rambut yang sedikit memutih di sisi, duduk di kepala meja.

Beliau membetulkan cermin matanya sebelum menutup fail tebal berwarna hitam yang baru sahaja selesai disemaknya bersama Zuri.

"Puan Zuri," Encik Idris memulakan bicara, suaranya dalam, tenang, dan penuh dengan nada berwibawa seorang peguam berpengalaman.

"Saya dah teliti semua dokumen yang dihantar oleh Brent minggu lepas, termasuk transaksi berlapis yang melibatkan syarikat carian hadapan milik Dean. Saya harus akui, kerja-kerja pengumpulan bukti yang Puan dan Brent lakukan memang sangat kemas. Ini bukan sekadar kes pecah amanah biasa."

Zuri yang duduk di hadapannya menyandarkan badan, memeluk tubuh.

Wajahnya yang keletihan selepas pertengkaran besar dengan Dean malam tadi kembali bersemangat apabila berada di dalam bilik ini.

"Jadi, apa status kita sekarang, Encik Idris? What about the divorce application I withdrew two months ago?" tanya Zuri, matanya tajam menuntut jawapan.

Encik Idris memandang Zuri dengan pandangan yang penuh rasa kagum terhadap ketabahan wanita di hadapannya ini.

"Two months ago, when you came here with such a calm expression to sign the document withdrawing the divorce petition... I knew something was wrong.. Puan berlagak pusing seolah-olah semuanya atas kemahuan sendiri sebab Puan tak nak saya tahu yang Puan sebenarnya sedang ditekan. Tapi sebagai peguam, saya masak sangat dengan taktik jantan macam Dean. Dia paksa Puan batalkan kes tu semata-mata untuk jaga reputasi dia dan paksa Puan balik ke banglo tu. Tapi dia silap besar," Encik Idris menggeleng perlahan, seulas senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Dia ingat tindakan dia mengugut Puan untuk batalkan penceraian tu dah buat dia menang mutlak. Dia tak tahu, dokumen penyelewengan dana projek sekolah luar bandar bernilai bilion ringgit ni adalah kunci kebebasan sebenar Puan."

Zuri mengukir senyuman sinis. "Ya. Malam tadi dia mengamuk macam orang gila. Dia dapat tahu beberapa akaun peribadi dia di luar negara mula dikesan dan dibekukan. Dia tuduh saya yang hantar dokumen tu guna akaun anonymous."

Encik Idris ketawa kecil, bunyi yang sangat tenang namun penuh sinisme terhadap Dean.

"Biar dia tuduh, Puan Zuri. Secara undang-undang, dia tak ada bukti langsung yang akaun anonymous itu ada kaitan dengan Puan. Malah, tindakan agensi penguatkuasa membekukan akaun dia membuktikan bahawa kes ini sudah pun diambil alih oleh peringkat tertinggi negara. Kita tak perlu buat apa-apa buat masa ni. Biar pihak berkuasa yang buat kerja dorang."

"Sebab itu saya tegaskan pada dia malam tadi, saya langsung tak pernah ambil tahu pasal satu sen aliran kewangan dia atau aktiviti harian dia. Kenapa tiba-tiba nak tuduh saya pula?" celah Zuri, mengimbas kembali babak malam tadi.

"Tepat sekali," Encik Idris mengangguk setuju. "Langkah Puan menjaga jarak daripada segala urusan dia selama dua bulan ini selepas terpaksa batalkan cerai adalah satu strategi pertahanan yang sangat genius. Puan bersih daripada sebarang sub-bersalah. Sekarang, dengan bukti penyelewengan bilion ringgit ni, kita akan failkan semula permohonan cerai atas alasan baru. Fakta khianat, jenayah berat berskala besar, dan kita akan dedahkan unsur paksaan serta ugutan yang Puan sembunyikan semasa pembatalan kes cerai yang lepas."

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now