Selepas talian dimatikan, Catlyn perlahan-lahan menurunkan telefon pintarnya dari telinga.
Dia menyandarkan badan pada dinding bilik air restoran mewah itu, tempat di mana dia meminta izin keluar sebentar daripada meja makan yang disertai Sherry dan Amberlee tadi.
Catlyn memandang pantulan dirinya pada cermin besar di hadapannya. Di sebalik solekan tebal dan pakaian elegan yang digunakannya untuk menembusi circle elit Kuching ini, matanya tidak mampu menipu.
Ada genangan air mata yang ditahan sedaya upaya daripada tumpah.
Hakikatnya, dia masih sayangkan Kensuke. Jauh di sudut hatinya, sisa-sisa cinta terhadap bekas tunangnya itu belum pernah benar-benar padam.
Setiap kali dia mendengar suara Kensuke yang cemas atau melihat lelaki itu terluka, hatinya turut diruntun rasa sakit yang sama.
Namun, perbualan ringkas malam ini, terutamanya nada suara Kensuke yang begitu rapuh dan hancur demi mempertahankan Zuri menyedarkan Catlyn tentang satu kebenaran yang pahit.
Hati Kensuke sudah tertutup rapat untuknya. Pintu itu bukan sekadar dikunci, malah kuncinya telah dibuang jauh.
Catlyn menarik nafas panjang, cuba mengawal dadanya yang terasa sebak.
Melalui setiap bait kata dan tindakan nekad Kensuke kebelakangan ini, dia sedar kedudukannya dalam hidup lelaki itu telah digantikan sepenuhnya.
Hati Kensuke kini telah ditawan rapat oleh Zuri, seorang wanita matang dari kelas elit yang mempunyai pesona tersendiri, yang mampu membuatkan Kensuke yang keras kepala sanggup menggadaikan nyawa dan masa depannya.
"Kau dah kalah, Catlyn..." bisik dia pada diri sendiri, suaranya pecah di dalam keheningan bilik air tersebut.
Dia tahu, seberapa kuat pun dia cuba membantu Kensuke sekarang, ia tidak akan mampu mengubah statusnya kembali menjadi wanita nombor satu dalam hidup lelaki itu.
Dia lakukan semua ini bukan lagi untuk menagih cinta yang sudah mati, tetapi atas dasar simpati dan rasa tanggungjawab melihat lelaki yang pernah bertakhta di hatinya itu dihancurkan oleh muslihat kotor Dean.
Catlyn membuka pili air, membasuh hujung jarinya yang menggigil lalu menyapu sedikit cela pada solekannya.
Dia membetulkan rambutnya, menarik nafas dalam-dalam untuk mengumpul kembali topeng kekuatannya.
Dia tidak boleh lemah di sini. Demi keselamatan Kensuke, dia perlu kekal berada di dalam circle ini, mendekati Amberlee, dan mengorek setiap inci rancangan Dean.
Walaupun dia tahu dia hanya menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi jalan kebahagiaan Kensuke bersama wanita lain, Catlyn tekad untuk menyelesaikannya.
Dengan langkah yang diatur tenang, Catlyn membuka pintu bilik air dan melangkah keluar semula ke ruang makan utama, bersedia untuk menghadapi Sherry dan Amberlee dengan senyuman palsunya yang paling menawan.
*****
Di dalam bilik tidur utama banglo tiga tingkat itu, keheningan yang menyakitkan kembali menguasai ruang sebaik sahaja deruan enjin Ford Raptor milik Kensuke sayup-sayup menghilang di jalan besar.
Zuri masih berdiri kaku di tepi katil.
Selimut tebal yang membalut tubuhnya dicengkam begitu erat sehinggakan buku jarinya memutih.
Air matanya yang tadi mengalir deras kini mula mengering, meninggalkan kesan comot pada wajahnya yang pucat lesi.
Badannya masih tidak berhenti menggigil bukan lagi kerana sejuk malam, tetapi kerana sisa trauma dan rasa jijik yang teramat sangat terhadap susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapannya.
Dean perlahan-lahan menutup pintu bilik, memusingkan tombol untuk menguncinya rapat.
Klik.
Bunyi itu kedengaran seperti dentuman hukuman mati di telinga Zuri.
Dengan langkah yang tenang dan penuh keangkuhan, Dean berjalan menghampiri Zuri.
Dia sempat singgah di hadapan cermin meja solek, membelek hujung bibirnya yang sedikit bengkak akibat cubaan Kensuke tadi, sebelum melepaskan satu dengusan sinis.
"Hebat betul jantan simpanan kau tu," sinis Dean bersuara, matanya merenung tajam ke arah Zuri dari atas ke bawah.
"Willing to break into my house at night. Lucky for you, Zuri... there's a loyal dog willing to die for you.."
Zuri langsung tidak memandang wajah Dean. Dia melarikan pandangannya ke lantai, mengetap bibir menahan rasa mual yang meluap-luap dari dalam dada.
"You are too much, Dean. You lured him here because you wanted to trap him, right? You really do plan on ruining everyone's lives!"
"Everyone's lives?" Dean ketawa kecil, satu tawa yang kedengaran sangat kejam di dalam bilik sunyi itu.
Dia melangkah setapak lagi, merapatkan jaraknya dengan Zuri sehingga wanita itu terpaksa berundur sehingga belakang lututnya menyentuh birai katil.
Dean mencengkam dagu Zuri dengan kasar, memaksa wanita itu mendongak memandangnya.
"Listen carefully, Zuri. You and that brat who started this war at BCCK in the first place. Do you think that by filing for divorce, you can just walk away with him? Your right step to the court... I will make sure it will be the worst step of your life," bisik Dean betul-betul di hadapan wajah Zuri, nafasnya yang berbau alkohol membuatkan Zuri memejamkan mata rapat-rapat.
"Lepaslah! Sakitlah, Dean!" Zuri meronta kasar, cuba melepaskan cengkaman kuat pada dagunya.
Melihat wajah Dean yang begitu sinis dan penuh muslihat, satu kekuatan baharu tiba-tiba meresap ke dalam diri Zuri.
Rasa takutnya bertukar menjadi amarah yang amat sangat. Dengan sekuat tenaga, dia menyentap mukanya sehingga cengkaman tangan Dean terlepas.
Zuri berdiri tegak, membalut kemas tubuhnya dengan selimut, lalu memandang tepat ke dalam anak mata Dean dengan pandangan yang sarat dengan kebencian.
"She's not guilty, Dean! I really want to divorce you because you have a mistress.!" Amarah Zuri akhirnya pecah, suaranya naik satu oktav, bergema di segenap penjuru bilik tidur utama itu.
Dean tersentak seketika, tidak menyangka Zuri yang sedang lemah malam ini akan melawannya semula dengan begitu lantang.
"Kau yang suruh aku interview perempuan simpanan kau kononnya menjadi PA kau, bantu kau dalam urusan di pejabat! Kau punca aku nak cerai dengan kau, bukan Kensuke! Dia hanya hadir selepas prosiding di mahkamah berjalan!" Tekan Zuri lagi, dadanya turun naik dengan kencang, menzahirkan segala rasa jijik terhadap kepura-puraan lelaki yang bergelar suaminya itu.
Mendengarkan rahsia lamanya diungkit, wajah Dean yang tadinya angkuh serta-merta berubah menjadi tegang.
Rahangnya mengetat, dan matanya mencerun tajam memandang Zuri.
Namun, bukan Dean namanya jika dia mudah mengalah. Dia melepaskan satu ketawa kecil yang dipaksa, sebuah tawa yang cuba menutup rasa tercabar yang mula membuak di dalam dadanya.
"Oh, jadi kau nak heret cerita pasal PA aku pulak sekarang?" Dean melangkah setapak ke hadapan, suaranya bertukar menjadi satu bisikan yang sangat sejuk dan mengancam.
"Zuri... kau fikir hakim kat mahkamah tu kesah pasal PA aku kalau dorang nampak bukti jantan simpanan kau merempuh masuk rumah aku malam-malam buta? Dalam kes ni, kau dengan budak mentah tu tetap nampak bersalah. Jadi, simpan je lah cerita dongeng kau tu. You are going nowhere. Not until you cancel the divorce petition,"
Tanpa menunggu balasan, Dean berpaling kasar dan melangkah keluar dari bilik. Pintu dihempas kuat dari luar sebelum bunyi selak dikunci bertalu-talu kedengaran.
Bam! Klik!
Zuri ditinggalkan sendirian dalam kegelapan malam yang mencengkam.
Dia perlahan-lahan melorot jatuh melutut di atas lantai, memeluk erat selimut yang membalut tubuhnya yang telah dicemari.
Dalam keheningan bilik yang berbau arak dan kaca berserakan itu, Zuri hanya mampu berdoa agar Kensuke terselamat, dan ada sinar di hujung jalan kegelapan ini.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
