Is This The End?

6 0 0
                                        

Sebaik sahaja Kensuke membelok masuk ke kawasan parkir bangunan apartmennya, cengkaman tangannya pada stereng kereta serta-merta menjadi kejap.

Matanya terbeliak kecil apabila terpandang sebuah kereta sedan Mercedes-Benz berwarna silver berkilat yang sangat dikenalinya terparkir megah tidak jauh dari petak parkir miliknya.

"Catlyn...?" Kensuke merengus perlahan dlm kerongkong, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang dlm rentak yang tidak menentu.

Akal mudanya mula ligat berputar.

Kehadiran Mercedes milik Catlyn di situ pada waktu pagi sebegini benar-benar satu kejutan yang langsung tidak diundangnya.

Pemuda itu bersandar seketika pada tempat duduknya, meraup wajahnya yang masih berbaki sisa kehangatan malam tadi bersama Zuri. Sut semalam yang ronyok di tubuhnya kini terasa semakin rimas.

Dengan perasaan yang bercampur baur antara ralat dan runsing, Kensuke mematikan enjin kereta. Dia tahu dia tidak boleh mengelak.

Sambil mencapai kunci apartmen, gamer boy itu melangkah keluar dari kereta, mengatur langkah berat menuju ke lif, bersedia untuk berhadapan dengan apa sahaja konfrontasi atau kejutan yang sedang menantinya di atas.

*****

Catlyn tergamam seketika dlm posisinya.

Cawan porselin di tangannya diturunkan perlahan-lahan ke atas meja kaca, menghasilkan bunyi dentingan halus yang memecah kesunyian ruang tamu. Sepasang matanya mengecil, merenung Kensuke dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan satu pandangan yang sarat dengan rasa hairan dan keliru.

Di hadapannya kini, Kensuke sedang berdiri dengan wajah yang teramat dingin. Wajah yang langsung tidak membayangkan apa-apa emosi, malah kelihatan seperti sedang memandang seorang orang asing yang tidak dikenali.

Namun, apa yang membuatkan dahi Catlyn berkerut seribu bukanlah riak beku bekas tunangnya itu, melainkan penampilannya pagi ini.

Kensuke sedang mengenakan sepasang sut eksklusif dan kemeja long-sleeve mewah. Pakaian yang sangat berbeza daripada gaya kasual atau jersi gaming yang sering menjadi pilihan pemuda itu sepanjang tempoh pertunangan mereka dahulu.

Apa yang lebih mengejutkan, pakaian mahal itu kini kelihatan tersangat ronyok dan kemek, malah kolarnya terbuka senget seolah-olah dipaksa lencun dlm satu situasi yang amat tergesa-gesa semalam.

Hampir setahun berlalu sejak ikatan pertunangan mereka terputus di tengah jalan, dan Catlyn tahu betul betapa Kensuke telah bertindak drastik membuang terus segala memori, gambar, dan baki ingatan tentang diri mereka.

Kensuke yang dlm ingatannya dahulu adalah seorang gamer boy yang adakalanya kelihatan tidak matang, namun Kensuke yang berdiri di hadapannya sekarang terasa seperti seorang jantan yang asing, keras, dan baru sahaja pulang daripada menakluki dunia yang tidak diketahuinya.

"You... pakai sut?" tanya Catlyn perlahan, suaranya kedengaran agak janggal sambil matanya masih tidak lepas memandang kedutan seribu pada kemeja long-sleeve Kensuke.

"Sejak bila you pandai pakai baju macam ni, Ken? And why do you look... macam ni sekali?"

"We're done, Catlyn. I think you shouldn't ask," balas Kensuke, suaranya kedengaran tegas dan dingin sambil dia melangkah masuk ke ruang tamu, meletakkan kunci kereta di atas kaunter dapur.

Catlyn masih memandang wajah sugul Kensuke. Tiada riak terkejut atau marah pada wajahnya, hanya satu senyuman tipis yang sukar ditafsirkan.

Dia bersandar pada sofa mewah itu, memandang Kensuke yang kelihatan sangat rimas dlm sut semalamnya.

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now