With You

4 0 0
                                        

Di dalam kereta Kensuke, suasana tenang tadi bertukar menjadi sedikit berat sebaik sahaja Zuri membuka cerita tentang apa yang berlaku dalam hidupnya secara ringkas.

Zuri sengaja berterus-terang, bukan untuk menagih simpati, tetapi kerana dia mahu meletakkan satu garisan jelas antara mereka.

"So... I am actually in the middle of a divorce process," kata Zuri perlahan, matanya memandang kosong ke luar tingkap. "Dean cheats on me. I decided to seek a lawyer and see, how it goes"

Kensuke terdiam sejenak. Pegangannya pada stereng kereta mengetat. Dia tidak menyangka wanita yang kelihatan begitu cekal di depannya ini sedang melalui badai yang begitu besar. Apatah lagi jika dilihat dari luar, Dean dan Zuri adalah sepasang suami isteri yang bahagia dan sempurna.

"I'm sorry to hear that, Zuri," balas Kensuke ikhlas.

Zuri tersenyum pahit. "Despite what he did, I'm still his legal wife on paper. So, untuk pastikan everything runs smoothly with my lawyer and the court process tanpa sebarang komplikasi, I really have to watch my steps."

Zuri menoleh, memandang tepat ke dalam mata Kensuke yang sedang memberhentikan kereta di lampu isyarat merah.

​"I can't be in any relationship right now, Kensuke. Walaupun sekadar gosip atau salah faham. I don't want Dean to have any reason untuk tuduh I curang atau tuntut macam-macam dekat mahkamah nanti. I need a clean break."

Walaupun memang tiada apa-apa ikatan antara mereka, dia hanya mahu memperingatkan Kensuke dan diri sendiri tentang status terkininya.

​Kensuke terdiam. Dia memandang wajah Zuri yang sarat dengan ketegasan. Namun, di sebalik bait kata-kata Zuri yang meletakkan tembok sempadan itu, ada sesuatu yang bergetar di dalam dada Kensuke.

A clean break. Maknanya, Zuri akan kembali solo.

​Di sudut hati Kensuke yang paling dalam, satu rasa ego dan harapan yang sinis mula mekar. Luaran dia nampak tenang, namun mindanya laju membaca situasi.

​Namun, Kensuke cepat-cepat menepis keterujaan itu apabila satu rasa perit yang lain pula menyengat tangkai hatinya. Dia sendiri bukan datang membawa hati yang kosong.

Dia juga sedang terluka.

​Parut daripada apa yang terjadi kepada pasukannya masih berdarah, dan sisa-sisa badai antara dia dengan Catlyn masih belum benar-benar reda.

Dia masih belum bersedia untuk membongkar kisah hitam itu kepada Zuri. Belum masanya lagi.

Biarlah dia simpan dahulu cerita itu sehingga Zuri bersedia mendengar apa yang terjadi kepadanya pula.

​Kensuke mengawal riak wajahnya dengan sempurna. Dia tersenyum nipis, sebuah senyuman yang tampak penuh rasa hormat di mata Zuri.

​"I understand, Zuri," kata Kensuke lembut.

​Zuri menarik nafas lega, langsung tidak menyedari gelora dan rahsia yang sedang disembunyikan oleh lelaki di sebelahnya itu.

Malah di sudut hati Zuri sendiri, ada satu perasaan halus terhadap Kensuke yang terpaksa dia tepis jauh-jauh. Dia sedar tentang jurang perbezaan umur mereka, dan dia takkan sesekali membiarkan dirinya terjebak dalam hubungan sulit. Biarlah rasa itu mati sebelum sempat mekar.

"Thank you, Kensuke. I really appreciate it."

​"But..." Kensuke sengaja menggantung ayatnya apabila lampu isyarat bertukar hijau, kembali fokus pada pemanduan.

"Makan tengah hari sebagai dua orang kawan yang masing-masing tengah serabut... tak salah, kan? Purely professional and friendly."

Zuri tersenyum nipis, mengangguk tanda setuju. "Yeah, purely professional and friendly. Let's enjoy our lunch together then,"

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now