Suasana di luar bangunan gaming house yang terletak di kawasan komersial Kuching itu agak sunyi.
Hanya cahaya lampu jalan yang menerangi kawasan parkir.
Kensuke melangkah keluar dari lobi bangunan dengan menyarung jersi hitam-merah milik pasukan barunya, BloodMoon Gaming.
Wajahnya kelihatan penat selepas melalui sesi analisis taktikal dan skrim yang memakan masa berjam-jam, namun sepasang matanya tetap kelihatan tajam dan fokus.
Sebuah kereta sedan berwarna silver sedia menunggu di petak parkir yang agak terlindung dari lampu jalan.
Sebaik sahaja Kensuke mendekati kenderaan itu, cermin tingkap diturunkan.
Catlyn duduk di kerusi pemandu, memandang Kensuke sambil memberi isyarat kepala supaya dia masuk.
Kensuke membuka pintu penumpang hadapan lalu melabuhkan punggungnya.
Bau haruman kereta Catlyn yang biasa mengimbau memori lama, namun malam ini, kedua-duanya langsung tidak berfikir tentang masa lalu.
"Macam mana latihan dengan BloodMoon? Aku dengar korang tengah target slot ke peringkat negara bulan depan?" Catlyn memulakan perbualan sambil menyerahkan satu tin kopi sejuk kepada Kensuke.
"Macam tu lah. Budak-budak baru ni semua all-out. Aku pun kena paksa diri aku masuk balik dalam rentak intensive training ni," Kensuke membuka penutup tin, menghirup sedikit kopi tersebut bagi mengusir rasa mengantuk.
"Rutin ni bagus juga... sekurang-kurangnya otak aku tak ada masa nak fikir benda bukan-bukan. Tapi..."
Kensuke berjeda, pandangannya dialihkan memandang stereng kereta.
"Hati aku masih rasa kosong, Cat. Dua bulan ni aku cuma mampu tengok Zuri dari jauh jer. Aku betul-betul kena jaga jarak supaya kami berdua bebas dari sebarang tuduhan atau syak wasangka Dean. Sumpah, kadang-kadang jari aku ni dah gatal sangat nak dail nombor dia... cuma nak dengar suara dia, nak tanya khabar. Tapi aku terpaksa sekat, sebab aku kena mainkan watak broken dan give up ni dengan sempurna depan mata-mata Dean."
Catlyn melepaskan keluhan kecil, memandang bekas tunangnya itu dengan rasa kagum yang tersirat.
Kensuke yang berada di hadapannya sekarang betul-betul sudah berubah menjadi seorang lelaki dewasa yang tahu erti sabar demi melindungi wanita yang dia sayang.
"Tahan sikit lagi, Kensuke. Lakonan kau menjadi. Orang-orang Dean pun dah mula longgar kawalan sebab dorang ingat kau memang dah mati kutu," kata Catlyn, nadanya bertukar serius.
"Sebab tu aku datang malam ni. Aku ada maklumat baru pasal Dean... dan ini bukan maklumat biasa."
Kensuke terus memalingkan wajahnya, badannya dicondongkan ke arah Catlyn.
"Apa dia?"
"Amberlee ada merungut kat aku malam tadi masa kami keluar. Dia cakap Dean sekarang tengah tak tentu arah, kerap mengamuk dekat rumah. Projek sekolah luar bandar kat pedalaman Sarawak yang bernilai bilion ringgit tu... rupanya tengah disiasat dalam diam," bisik Catlyn dengan riak wajah yang penuh misteri.
"Amberlee terlepas cakap yang ada beberapa akaun peribadi Dean di luar negara mula dibekukan sebab ada anonymous yang hantar dokumen penyelewengan dana tu pada pihak berkuasa."
Jantung Kensuke berdegup kencang. "Zuri..."
"Ya, tekaan aku pun sama," Catlyn mengangguk laju.
"Walaupun kau tak tahu apa pelan Zuri selama dua bulan ni, aku yakin wanita tu memang tak duduk diam. Dia tengah jerat Dean dari dalam banglo tu sendiri. Dean ingat dia dah jinakkan Zuri, tapi sebenarnya dia tengah bela harimau yang tengah tunggu masa nak baham dia."
Kensuke mengetap rahangnya, seulas senyuman sinis mula terukir di bibirnya. Rasa kosong di dadanya tadi tiba-tiba digantikan dengan satu semangat baru yang membara.
"Bagus... biar jantan tu rasa dunia dia tengah runtuh sekarang," kata Kensuke, suaranya dalam dan penuh tekad.
"Cat, kita kena teruskan bahagian kita. Kau pantau Amberlee, aku akan fokus pada BloodMoon dan naikkan nama aku ke peringkat negara secepat mungkin. Bila Dean jatuh tersungkur nanti... aku sendiri yang akan ada kat situ untuk sambut Zuri keluar dari neraka tu."
*****
Suasana di dalam banglo mewah itu terasa begitu mencengkam.
Angin malam yang bertiup dari luar balkoni langsung tidak dapat meredakan ketegangan yang sedang memuncak di dalam bilik kerja Dean.
Dean berdiri di belakang meja kerjanya yang berselerak dengan dokumen perbankan dan surat rasmi daripada agensi penguatkuasa.
Tali lehernya sudah dilonggarkan, manakala rambutnya kusut-masai akibat diraup berkali-kali. Wajahnya merah padam, menahan amarah dan ketakutan yang amat sangat selepas mendapat berita bahawa beberapa akaun peribadi miliknya di luar negara telah dibekukan.
Empayar bilion ringgit yang dibanggakannya kini sedang berada di ambang kemusnahan.
Zuri berdiri tegak di hadapan meja tersebut. Wajahnya kelihatan sangat tenang, malah sepasang matanya menatap Dean tanpa ada sedikit pun rasa gentar.
Satu pandangan yang tidak pernah ditunjukkannya sepanjang dua bulan berlakon menjadi isteri yang patuh.
"Aku tanya kau, Zuri!" jerkah Dean, menghempas fail tebal ke atas meja sehingga menghasilkan bunyi dentuman yang kuat. "Kau jangan nak buat muka bodoh dekat sini! Kau yang punya kerja, kan?!"
Zuri hanya mengangkat keningnya sedikit, mengekalkan nada suaranya yang mendatar. "Kerja apa yang awak maksudkan ni, Dean? Saya dari tadi dekat bilik, awak panggil saya ke sini semata-mata nak menjerit macam orang gila?"
Dean melangkah setapak lagi ke hadapan, cuba mengguna pakai saiz tubuhnya untuk menakut-nakutkan Zuri.
"Kau jangan nak berlakon lagi lah! Pihak berkuasa baru sahaja hubungi peguam aku. Dorang dapat dokumen lengkap tentang aliran wang projek sekolah luar bandar tu. Semuanya terperinci, siap dengan invois palsu yang hanya ada dalam simpanan peribadi aku! The document was sent by an anonymous account a week ago. Dalam dunia ni, tak ada orang lain yang ada akses dan ada dendam yang cukup besar pada aku melainkan kau, Zuri!"
Zuri tidak berundur setapak pun. Sebaliknya, dia melepaskan satu keluhan berat yang sarat dengan rasa meluap-luap, sebelum memandang Dean dengan pandangan yang paling jelik.
"Eh, Dean. Kau dengar sini baik-baik," bidas Zuri, nadanya naik satu oktav, tidak lagi menggunakan panggilan 'awak' yang berpura-pura selama ini. "Can you stop making baseless accusations against me? Do you think I'm actually dying to know about your life?"
Dean terkedu seketika, matanya mencerun tajam.
"Sepanjang dua bulan ni, ada aku kisah kau balik rumah ke tidak? Ada aku tanya kau pergi mana dengan betina kau tu? Did I ever pry into a single cent of your cash flow, your bank accounts, your company, or your daily activities? Sikit pun aku tak hamak nak sentuh!"
Zuri melangkah selangkah ke hadapan, membalas renungan tajam Dean tanpa gentar.
"Kau yang buat perangai kotor di luar sana, kau yang tamak makan duit hak budak-budak sekolah pedalaman sampai berbilion ringgit, lepas tu bila dah kantoi dengan pihak berkuasa, kau nak tuduh aku pula? Eh, cermin diri tu sikit! Musuh kau kat luar sana tu bertimbun, Dean. Entah-entah orang kanan kau sendiri yang tikam kau dari belakang sebab dah muak dengan perangai kau. Jadi jangan nak petik nama aku!"
Dean mengetap rahangnya rapat-rapat, dadanya berombak kencang menahan malu dan amarah kerana kata-kata Zuri semuanya tepat terkena pada batang hidungnya sendiri.
Dia kehilangan kata-kata.
Zuri mengukir senyuman paling sinis di bibirnya, melihat ego suaminya yang mula retak seribu.
"Let me tell you one thing, Dean. Go ahead and enjoy the last bit of freedom you have left with Amberlee. Go grovel to the authorities, not to me. Because before long, those fancy clothes of yours are going to turn orange."
Tanpa menunggu balasan daripada Dean, Zuri berpaling dan melangkah keluar dari bilik itu dengan penuh bergaya, menghempas pintu rapat.
Meninggalkan Dean yang berdiri kaku di tepi mejanya, memandang kosong ke arah runtuhan empayar kotor yang bakal menghancurkan seluruh hidupnya.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
