The Dance Floor

8 0 0
                                        

Melihat jemari Zuri yang semakin kuat menggenggam bucu kain meja, Kensuke tidak membuang masa lagi. Kemarahan yang ditahannya tadi bertukar menjadi satu tindakan yang tersangat tenang namun penuh dominasi.

Tanpa bersuara, Kensuke bangkit dari kerusinya. Tubuh tingginya yang tegap berdiri megah, menghalang terus pandangan Zuri daripada melihat kelakuan kotor Dean di tengah dewan. Kensuke melangkah setapak ke hadapan, lalu menghulurkan tangannya yang besar di hadapan Zuri.

"Kensuke...?" Zuri mendongak, matanya yang sedikit berkaca memandang wajah Kensuke yang kelihatan sangat serius namun sarat dengan kelembutan yang memukau.

"Dance with me," kata Kensuke. Suaranya dalam, mendatar, dan tidak menerima sebarang penolakan.

Sebelum Zuri sempat memberi alasan, jemari hangat Kensuke sudah pun menyusup masuk di celah jemari genit Zuri. Dengan satu tarikan lembut yang kemas, Kensuke menarik Zuri bangun. Sentuhan itu bagai mengalirkan satu arus elektrik yang kuat, membakar terus rasa ragu-ragu dlm diri Zuri.

Kensuke memimpin langkah Zuri, meredah laluan antara meja VIP dan terus menuju ke tengah-tengah lantai tarian. Sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke bawah biasan lampu disko yang berputar slow motion, tumpuan beberapa tetamu elit mula beralih arah kepada pasangan bergaun hitam ini.
Kensuke tidak membawa Zuri ke kawasan tepi.

Dia dengan sengaja memilih ruang kosong yang terletak hanya beberapa langkah sahaja berhampiran kedudukan Dean dan Amberlee.

Dean yang sedang asyik mencumbui leher Amberlee tiba-tiba tersentak apabila menyedari ruang udaranya diganggu. Sebaik sahaja dia menoleh, senyuman sinis di bibir Dean mati serta-merta.

Kensuke menarik tubuh genit Zuri rapat ke dadanya. Sebelah tangan sasa Kensuke turun mencengkam kemas pinggang ramping Zuri, manakala sebelah lagi tangan Zuri naik berpaut erat pada bahu tegap Kensuke. Kedudukan mereka tersangat rapat sehinggakan Zuri dapat merasakan haba hangat yang memancar dari tubuh tegap lelaki muda itu, manakala hidungnya sarat dengan bauan maskulin Kensuke yang memabukkan.

Zuri terpaku apabila Kensuke menundukkan wajahnya, merenung tepat ke dalam anak mata Zuri dengan pandangan yang tersangat redup namun penuh keghairahan yang tertahan.

"Look at me, Zuri. Just me," bisik Kensuke, suaranya yang garau bergetar rapat di wajah Zuri.

Zuri seolah-olah dipukau.

Perlahan-lahan, jemari Zuri yang sebelah lagi naik mengelus lembut rambut beralun Kensuke, beralih ke belakang leher lelaki itu seiring dengan rentak perlahan lagu slow dance.

Belahan tinggi pada gaun hitam Zuri terselak, menampakkan kakinya yang bersentuhan rapat dengan kaki Kensuke setiap kali mereka bergerak.

Gerakan mereka tidak gelojoh seperti Dean dan Amberlee. Mereka menari dengan penuh rentak, penuh keanggunan, namun penuh dengan ketegangan seksual yang sangat tinggi.

Sentuhan Kensuke pada pinggang Zuri terasa begitu posesif, melindungi, dan penuh dengan rasa hormat yang mendalam menunjukkan apa maksud sebenar high-class intimacy. Hubungan batin yang terpancar dari mata mereka berdua kelihatan tersangat mahal dan eksklusif.

Dean yang memerhatikan adegan itu dari jarak dekat merasakan darahnya mendidih ke kepala.

Dia yang pada mulanya mahu menyakitkan hati Zuri, kini terpaksa menyaksikan sendiri bagaimana isterinya itu sedang hanyut dalam pelukan hangat seorang lelaki lain yang jauh lebih kacak, tegap, dan berkarisma.

Lebih menyakitkan hati Dean apabila melihat cara Kensuke memandangnya sekilas di sebalik bahu Zuri.

Satu pandangan mata yang dingin, tajam, dan penuh dengan kemenangan, seolah-olah Kensuke sedang berkata: "Kau tengok perempuan yang kau sia-siakan ni? Dia milik aku sekarang."

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now