Leaving

5 0 0
                                        

Kensuke merempuh pintu utama banglo tiga tingkat itu sehingga terbuka luas.

Sebaik sahaja kakinya menjejakkan kaki ke dalam ruang tamu yang luas namun sunyi itu, perkara pertama yang dia lakukan adalah menyentap daun pintu rapat dan memusingkan tombol untuk menguncinya dari dalam.

Klik.

Dua orang upahan Dean di luar yang cuba mengejar terhantuk pada pintu yang sudah sasar berkunci.

Mereka cuba memulas tombol dan menghentam pintu kayu jati itu bertalu-talu, namun Kensuke tidak peduli lagi. Pintu itu kukuh; ia akan memberi dia masa yang cukup.

Di tingkat atas, Dean yang mendengar bunyi dentuman pintu di bawah terus panik. Dia segera mengeluarkan telefon pintarnya dan mendail ketua upahannya dengan tangan yang sedikit menggigil.

"Woi! Apa korang buat kat luar tu?! Budak tu dah masuk dalam rumah! Tangkap dia sekarang, bodoh!" tengking Dean ke dalam telefon, suaranya bergema penuh berang di koridor tingkat dua.

Namun, jawapan di hujung talian mematikan harapannya. "Tuan, pintu utama dah kena kunci dari dalam! Kami tengah cuba pecahkan!"

"Sialan!" Dean menyumpah serapah. Dia mencampak telefonnya ke atas lantai.

Belum sempat Dean berpaling untuk mengunci pintu bilik tempat Zuri dikurung, bunyi derapan langkah kaki yang sangat laju dan berat kedengaran mendaki anak tangga banglo tersebut.

Setiap hayunan langkah itu kedengaran begitu garang, membawa amarah Kensuke yang sudah tidak boleh ditahan lagi.

Kensuke melangkah gagah di anak tangga terakhir tingkat dua. Nafasnya turun naik dengan kencang, mukanya yang calar dengan kesan darah kelihatan begitu mengancam di bawah lampu koridor.

Matanya mencerun tajam, terus tertancap pada susuk tubuh Dean yang sedang berdiri kaku di hadapan pintu bilik di mana jeritan Zuri bergema tadi.

"Dean!!!" raung Kensuke, suaranya memecah keheningan koridor banglo itu sekira-kira mahu meruntuhkan dinding rumah tersebut.

Dean berpaling sepantas kilat. Di koridor yang sempit itu, dua lelaki itu kini berdiri bertentangan mata.

Aura permusuhan antara mereka berdua begitu pekat, seolah-olah bila-bila masa sahaja api amarah boleh meletus.

Dean cuba mengekalkan wajah angkuhnya, namun ada sedikit getaran pada rahangnya melihat Kensuke yang kelihatan seperti harimau yang bersedia untuk menerkam.

Kensuke tidak menunggu lama. Dengan satu rempuhan kasar, dia menolak dada Dean sehingga lelaki itu terdorong ke tepi, membolehkan Kensuke meredah masuk ke dalam bilik tidur utama tersebut.

"Zuri!" Suara Kensuke mendatar, penuh dengan kerisauan yang teramat sangat.

Namun, langkah Kensuke mati serta-merta di sisi katil. Pemandangan di depannya bagai merentap seluruh tangkai jantungnya.

Di atas katil yang kusut-masai, Zuri yang masih dalam keadaan pucat dan lemah sedang sedaya upaya bangkit dari baringannya.

Air matanya mengalir deras tanpa henti, membasahi pipi yang cengkar. Dengan tangan yang menggigil hebat, dia menarik selimut tebal hotel itu rapat ke dada, cuba menutupi seluruh badannya yang telanjang bulat selepas dijamah oleh Dean sebentar tadi.

Melihat trauma yang terpaksa ditanggung wanita itu, hati Kensuke hancur sekeping-sekeping.

Rasa bersalah kerana lambat sampai bercampur dengan dendam yang marak membakar dirinya.

"Ken... Kensuke..." Zuri menangis teresak-esak, suaranya tersekat di kerongkong.

Dia memandang wajah Kensuke yang calar-balar dan berdarah, lalu memandang Dean yang mula melangkah masuk ke dalam bilik dengan wajah yang kembali sinis.

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now