Bab 2

14.3K 350 1
                                    

Eriqa Afiqah dan Eriqa Safiyya adalah adik beradik kembar yang mempunyai wajah yg seiras dengan kembarnya. Tapi mereka mempunyai dua perwatakan yg beza. Eriqa Afiqah wanita yg biasa tetapi tetap berpakaian menutup aurat. Tetapi tidak memakai purdah seperti mana kembarnya memakainya. Mereka mempunyai kelulusan yg berbeza tetapi mempunyai minat yang sama dan bersikap sporting. Eriqa Safiyya mempunyai perwatakan yang lembut dan sopan santun, bagi Eriqa Afiqah pula mempunyai perwatakan yg lembut dan sedikit kasar.

Sesampai sahaja Safiyya di tempat yang diberitahukan tadi. Dia melihat susuk tubuh manusia yang dia cari. Dngan wajah yang ceria, Safiyya melajukan langkahnya tanpa di ketahui oleh Eriqa yg sedang khusyuk melakukan tugasnya. Eriqa yang perasan kelibat yg dirasainya itu seperti seseorang yg dikenalinya. Eriqa membuang fikirannya itu jauh jauh dan melakukan kerjanya kembali.

Safiyya hanya mampu ketawa kecil melihat gelagat kembar nya itu seperti perasan sesuatu. Safiyya sambung melajukan langkahnya tadi , sesampai dia di pintu bilik kembarnya safiyya ingin membuat kejutan dengan keberadaannya disini. Safiyya mengetuk pintu ruang kerja kembarnya seperti mahu pecah. Hal itu menyebabkan Eriqa naik angin kerana mengganggu konsentrasinya melakukan kerja.

Dengan melangkah malas, Eriqa melangkah menuju ke pintu ruang kerja nya. Niatnya yg ingin memarahi orang yg melakukan itu terbantut apabila melihat kembarnya sedang berdiri di hadapannya.

" Safiyya!!!! Bila piya balik?!" Soal Eriqa dngan nada terkejut bercampor happy.

"Eriqa!!! Piya sampai malaysia pukul 9 tadi." Balas Safiyya sambil membalas pelukan kembarnya itu.

" Oh, kenapa piya datang sini.? Ada hal penting ke.?" Soal Eriqa dengan tanda tanya.

"Piya datang sini sebab iqa lupa bawak bekal piya ni haa. Ibu tadi nak datang sini bagi bekal ni ha. Piya kata la Piya suka rela nak hantarkan." Jawab Safiyya sambil menunjukkan matanya yg sepet tanda senyum melalui mata dan mnghulurkan bekal itu pada

"Terima kasih Piya. Eh, jom la masuk dulu duduk dulu. Teman iqa makan." Ajak Eriqa.

"Tak pe la Iqa. Piya nak cepat ni! Sebab nak beli buku sikit kat belakang office Iqa ni. Tadi Piya nampak ada kedai buku." Balas Safiyya.

"Ok lah kalau macam tu. Jumpa kat rumah nanti tau. " kata Eriqa dengan suara yg kasar bercampor happy.

"Okey Iqa. Jumpa kat Rumah nanti. Assalamualaikum" balas Safiyya sambil cipika cipiki dengan kembarnya.

"Waalaikumussalam. Hati hati." Eriqa menghantar Safiyya hanya melalui pandangan mata sahaja.

Eriqa sambung membuat tugasnya yg bnyak lagi harus dia siap kan dengan segera kerana balik dengan cepat untuk menemui kembarnya itu. Baginya, banyak perkara yang dia ingin berkongsia cerita dngan kembarnya itu. Kehadiran Safiyya serba sedikit memberi semangat kepada Eriqa untuk menyelesaikan kerjanya dengan segera.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now