Badan isterinya itu di letakkan di atas katil nya. Rayyan membelai lembut wajah isterinya. Manakala Safiyya yang faham maksud suaminya itu cuba berfikir dahulu cara waras
Apakah dia mahu menyerah sesuatu untuk orang yang dia tidak pasti sama ada mencintai nya atau tidak. Apakah masa ini adalah masa yang betul untuk memberikan semua padanya.
Tanpa menemui Jawapan dalam persoalannya itu, safiyya terus memegang wajah suaminya itu dengan kedua tapak tangannya. Dan Safiyya menarik nafas dalam dalam sebelum bercakap dengan suaminya.
"Fiyya tahu maksud abg. Tapi bukan sekarang. "Kata Safiyya menghentikan kelakuan suaminya.
"Kenapa? Safiyya dah sayangkan saya?" kata Rayyan dengan hairan sambil memasang wajah marah dan sedih
"Bukan macam tuh, Safiyya sayang abg. Malah dari sejak Safiyya jadi isteri abg lagi Safiyya dah letakkan cinta Safiyya pada abg." jelas Safiyya pada Rayyan.
"Dah tu kenapa bukan sekarang?" tanya Rayyan.
"Safiyya nak kita lakukan atas dasar cinta satu sama lain. Bukan hanya safiyya meletakkan cinta pada Abg seorang. Abg Cintakan Safiyya? " kata Safiyya membuat Rayyan bangun duduk dan tidak memandang isterinya.
Safiyya turut duduk di sebelah suaminya itu dan memeluk suaminya dari belakang. Safiyya memeluk suaminya erat dan melepaskan keluhan.
"Fiyya tahu abg belom boleh mencintai Fiyya. Fiyya terseksa sendirian selama ni rupanya. Bile abg dah boleh mencintai Fiyya, cari la Fiyya. Fiyya selalu ada di sisi abg." kata Safiyya tanpa dia sedar dia melepaskan air mata.
"Fiyya tak bermaksud nak jadi isteri derhaka malam ni. Tapi apa yang Fiyya lakukan untuk memastikan yang Cinta abg sudah jadi milik Fiyya. Perkara yang dah lama Fiyya nantikan. Maafkan Fiyya abg." sambungnya lagi. Rayyan tidak sedikit pon bergerak dia hanya mendengar apa yang isterinya cakap.
Fiyya mengambil wajah suaminya dan menoleh ke arahnya. Rayyan hanya ikut tanpa membantah. Dia memandang wajah isterinya yang penuh dengan harapan saat mengalirkan air mata.
Safiyya terus mencium pipi suaminya dan bangkit memasuki bilik air. Hati perempuan mana yang tak sedih bila ini berlaku. Bukan kemahuannya untuk jadi seperti ini.
Saat dia melepaskan tangisannya dalam bilik air. Safiyya mendengar pintu bilik nya di tutup dari luar. Mungkin juga suaminya keluar mencari angin malam ni.
Safiyya keluar bilik air dan memandang kiri kanan mencari kelibat suaminya tetapi tidak ada dalam bilik. Betul sangkaannya.
Safiyya terus baring di atas katil tanpa memakai tudung. Kali ini biar la dia yang bertindak mencari cinta suaminya. Safiyya melepaskan rambutnya yang panjang bak mayang mengurai itu.
Niatnya ingin menunggu suaminya masuk ke bilik tetapi apa kan daya. Rasa ngantuk datang menyerang nya. Safiyya tertidur dengan berselimut paras dada.Tak sampai beberapa minit, Rayyan masuk menutup pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat isterinya tanpa hijab di kepala. Ini baru pertama kalinya di hadapannya isterinya melepaskan hijab ketika tidur.
Rayyan masuk ke bilik air untuk membasuh kakinya dan dia terus baring di sebelah isteri nya itu. Rayyan bermain dengan rambut isterinya yang panjang itu sebelum tertidur. Mencium rambut isterinya yang bau harum. Bila agaknya dia mencuci rambutnya.
Kelakuan Rayyan tadi mengundang pergerakan Safiyya. Safiyya bergerak memeluk badan Rayyan dan menenggelamkan wajahnya di lengan suaminya.
Rayyan diam tidak bergerak. Dia tidak mahu Safiyya terjaga dari tidurnya. Tanpa menunggu lama Rayyan juga bergerak menghadap isterinya dan juga memeluk tubuh isterinya itu. Terasa selesa berada di situasi sebegini. Oh, apa perasaan ini sebenarnya. Dan akhirnya mereka tertidur dengan keadaan berpelukan.
-------
"Dah lama Rayyan dengan Safiyya tak jenguk kita rumah ni kan bang" kata Datin Fatimah pada suaminya yang sedang membaca buku. Padahal dia telah pon menemui anaknya di pejabat beberapa hari yang lalu.
"Hrmm" jawab suaminya.
"Dah 2 bulan tarikh perkahwinan mereka. Ermm.. Ahh? Abg apa kata kita hadiah kan mereka tiket honeymoon? Lagipun masa dorang mula-mula kawen, dorang tak pergi honeymoon pon" kata Datin Fatimah.
"Saya okey je. Awak pilih la tempat mana mana" jawab suaminya tanpa memandang wajah isterinya.
"Okay, saya pilih nanti saya bagi tahu abg. Erm nak msg Rayyan jap." kata isterinya sambil menaip sesuatu di telefonnya.
"Buat apa awak nak message budak tu lewat malam dah ni." balas suaminya.
"Nak ajak mereka datang la esok ish abg ni. Makan malam dengan kita la." jawab Datin Fatimah.
"Esok esok boleh message." balas suaminya yang menutup buku.
"Tak boleh esok la saya nak dorang datang" jawab Datin Fatimah"Suka hati awak la. " balas suaminya yang mengemas bukunya bersiap sedia untuk tidur.
"Hrmm.. Eh ala abg ni jangan la tidur dulu." kata Datin Fatimah pada suaminya.
"Eh awak ni, saya dah ngantok nak tidur." balas suaminya.
"Ala. Pergi la tidur sana." jawabnya acuh tak acuh sambil memasang mulut muncung.
"Night Sayang. Assalamualaikum" kata suaminya yang telah pon memejamkan mata.
"Hrmm.. Night.. Walaikumsalam." jawab Datin Fatimah.
"Tak nak teman sudah." sambungnya lagi.
Datin Fatimah terus mencari butang call pada nama pembabtu rumah anaknya itu aka orang suruhannya. Hanya sekadar nak tahu perkembangan mereka suami isteri. Dia tidak me percayai Rayyan walaupun Rayyan anaknya sendiri. Kerana Rayyan mempunyai sifat panas baran dengan sesuatu yang dia tak suka
"Hello assalamualaikum" tegur Datin Fatimah.
"Waalaikumsalam. Datin." jawab orang di seberang sana.
"Haa macam mana keadaan mereka berdua mah." tanya Datin Fatimah
"Macam tak ada perkembangan je Datin. Masih dingin dua dua"jawabnya.
"Tapi perkembangan baik. Rayyan dah mula bermanis manis dengan isterinya." sambung lagi menyedapkan hati Majikannya yang satu ini.
"Oh yeke. Herm." datin Fatimah melepaskan keluhan berat.
"Lagi satu Datin tadi saya nampak Tuan Rayyan keluar amik angin kat laman rumah. Muka dia macam marah dengan sedih gitu la datin." kata pembantu rumah itu.
"Kenapa sampai keluar pulak dia tu?" tanya Datin Fatimah pada org suruhannya
"Yang itu saya tak tahu la datin. Gaduh kot." agak pembantunya.
"Hrm. Mah, awak kene tolong saya rapatkan mereka mah."kata Datin Fatimah meminta tolong.
"Saya bersedia untuk tolong Datin." jawab pembantu rumah itu
"Nanti apa apa awak update saya ye. Dah malam ni saya nak tidur pulak." kata Datin Fatimah.
"Baik datin." jawab Pembantu rumah itu.
Datin Fatimah mematikan panggilan telefonnya dan terus meletakkan meja sampingnya itu. Datin Fatimah terus memadamkan lampu bilik untuk tidur. Merehatkan minda.
----
Okay nahh tak ada idea sungguh ni.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...