"Fiyya.." panggil Rayyan apabila dia dapati isterinya tidak lagi berada dalam bilik.
"Safiyya.. " panggilnya lagi sambil menuruni tangga.
"Kak, nampak Safiyya tak? " tanya Rayyan pada pembantu rumahnya yang sedang menyediakan sarapan pagi untuk tuannya.
"Puan ada kat laman belakang tuan" jawab pembantu rumahnya
"Terima kasih kak" balas Rayyan.Kakinya terus melangkah ke laman belakang. Saat kakinya melangkah ke ruang tamu, dia melihat ruang tamu nya itu indah lepas di hias.
Hiasan yang cantik, walaupun simple di matanya. Tapi dia yakin, ini sangat bermakna pada Safiyya. Bile agaknya isterinya menghias ini semua. Kenapa la dia baru sedar sekarang. Rayyan tersenyum melihat hasil tangan isterinya yang menghias.
Safiyya yang sudah habis menyiram bunga di laman belakang melangkah masuk ke dalam rumah dan dia juga terus melihat Suaminya di ruang tamu membelakanginya.
Safiyya terus melangkahkan kakinya secara perlahan menuju ke arah suaminya. Saat dirinya berada betul betul berada belakang suaminya, safiyya mempunyai idea untu mengenakan suaminya.
"BAH!" Sergah Safiyya sambil memegang bahu suaminya. Rayyan yang sibuk mengamati hiasan ruang tamu itu turut terkejut dengan sergahan isterinya dan terus menoleh ke belakang.
"Ish Fiyya ni. Terkejut abg tau" balas Rayyan yang mencekak pinggang.
Safiyya tergelak dengan sikap suaminya yang terkejut. Safiyya terus memaut pinggang suaminya dan melekatkan kepalanya di dada suaminya.
"Fiyya minta maaf abg." kata Safiyya mengeratkan pelukan pada suaminya.
"Hrm.." balas Rayyan yang merajuk dengan sikap isterinya.
"Ala tak mau la merajuk. Tak hensem la suami saya nanti." kata Safiyya yang memujuk suaminya sambil mencubit hidung suaminya juga.
"Hrm. Pergi mana tadi?" tanya Rayyan pada isterinya sambil membuat wajah merajuk.
"Erm. Fiyya siram pokok je kat laman belakang tu." jawab Safiyya sambil membuat mulut muncung untuk menunjukkan laman belakang.
"Sampai hati tinggalkan abg sorang kat bilik tu ye." kata Rayyan yang tidak membalas pelukan isterinya.
"Abg, bukan Fiyya tinggalkan. Fiyya nampak abg tidur tadi, malas nak ganggu jadi Fiyya keluar la dulu." jelas Safiyya pada suaminya.
"Sunyi tau abg kat bilik sorang" kata Rayyan terus membalas Pelukan isterinya.
"Alala, Mengadanya." balas Safiyya
"Eh, abg tak kerja ke hari ni?" sambungnya lagi.
"Tak, abg cuti. Ingat nak ajak jalan. Tapi Fiyya buat abg tak ada mood dah" rajuk Rayyan lagi sambil melepaskan pelukannya pada isterinya dan terus bergerak duduk di sofa panjang.
"Jalan? Jom."Safiyya terus teruja mendengar suaminya nak ajak jalan.
"Tak ada mood nak jalan." rajuk Rayyan lagi. Safiyya terus gerak duduk di sebelah suaminya itu dan berpegang tangan suaminya sambil buat wajah wajah merayu. Rayyan terus membalas dengan gelengan kepala. Safiyya terus berbaringkan kepala nya di paha suaminya itu.
"Tak mau la merajuk abg. Abg tak kesian kat Fiyya ke?" kata Fiyya yang cuba mengoda suaminya dengan suaranya.
"Fiyya tu tak kesian kat abg" balas Rayyan yang memandang ke wajah isterinya yang sedang berbaring di paha nya.
"Abg.." panggil Fiyya, dia terus memegang pipi suaminya untuk menundukkan kepala memandangnya.
"Kalau boleh, Fiyya nak berkepit dengan abg tau 24 jam. Tak habis lagi rindu ni kat abg. Tapi Fiyya ni isteri abg. Suri rumah pulak tu, kene la jaga rumah ni. Biar abg selesa kat sini. Kalau berkepit je kotor la rumah." jelas Fiyya pada suaminya.
"Hrm. Ye la yela abg mengalah." kata Rayyan yang memandang wajah isterinya. Safiyya terus tersenyum pada suaminya. Dia terus bangun dari baringnya dan bergerak duduk di kedua paha suaminya.
Tangannya terus merangkul leher suaminya. Dan tersenyum gembira selepas suaminya sudah mau mengalah dengannya. Dia terus memeluk tubuh suaminya. Rayyan turut tersenyum dengan sikap ke anak anakan isterinya itu dan membalas pelukan isterinya.
'Comel sungguh' pujinya dalam hati.
Safiyya terus melepaskan pelukannya pada leher suaminya dan memandang wajah suaminya. Rayyan yang tertanya terus mengangkat keningnya menandakan dia menanya.
"Jalan?" tanya Safiyya.
"Tengah hari sikit kita pergi ye." jawab Rayyan.
"Dah habis dah buat kerja?" tanya Rayyan lagi sambil tangannya satu memeluk pinggang isterinya.
"Dah" jawab Safiyya yang masih duduk di kedua paha suaminya itu.
"So, jom" kata Rayyan membuatkan mata Safiyya membutang dan gembira.
"Jalan?" tanya Safiyya.
"Makan sayang makan. Abg tak breakfast lagi. Laju je dia nak berjalan" kata Rayyan membuatkan Safiyya berwajah masam.
"Wajar la Safiyya teruja nak berjalan. Ni first time tau kita jalan. Sebagai suami isteri pulak tu. Bayangkan berapa bulan kawen kit...... "
"Ye sayang ye abg faham, kita jalan nanti. Sekarang makan jom ye" kata Rayyan yang memotong kata safiyya.
"Oke jom." kata Safiyya yang ingin bangun dari duduknya di paha Rayyan tapi di halang.
"Kenapa?" tanya Safiyya pelik
"Kiss? " kata Rayyan menunjukkan pipinya. Safiyya terus menutup mukanya di bahu suaminya dan tersenyum.
"Malu la abg. Nanti kak mah nampak" jawab Safiyya.
"Ala abg tak kisah dia nampak. Kita bukan buat dosa pun kan." kata Rayyan tak nak kalah.
"Ish ye la ye la" jawab Safiyya.
Semakin wajah Safiyya mendekat pada pipi Rayyan, Rayyan terus menolehkan wajahnya untuk menciumi bibir isterinya. Perkara itu membuat Safiyya terkejut dan terus menutup mulutnya.
"Ish abg jahat. Tipu" kata Safiyya memukul tangan suaminya itu.
"Haha. Oke sory sory. Haa nahh" balas Rayyan terus membagi pipinya pada Safiyya."Tak nak nanti main tipu" kata Safiyya membuatkan Rayyan tergelak sambil memeluk isterinya.
"Tak tak. Nah" Rayyan terus menunjukkan pipinya.
Safiyya terus menutup mulut suaminya dan memegang kepala suaminya lagi dari belakang. Membuatkan Rayyan betul betul ingin meletus gelaknya.
"Muahhh.."
Safiyya terus melepaskan tangan dari mulut dan kepala suaminya. Dia terus bangun dari paha Rayyan dan berdiri di hadapann Rayyan.
"Dah jom sarapan." ajak Safiyya.
"Ok jom. Tarik abg." kata Rayyan. Safiyya yang menarik suaminya itu langsung tidak bergerak.
"Ei, berat la abg ni. Bangun sendiri cepat" marah Safiyya yang mengeluarkan suara seperti tidak marah.
"Haha ok la jom." mereka terus melangkah menuju ke meja makan untuk bersarapan pagi. Rayyan berjalan berpimpin tangan dengan Safiyya membuatkan Safiyya gembira dengan perubahan suaminya ini.
'ya Tuhan, kekalkan kebahagiaan ini.' doa Safiyya dalam hatinya.
------
Ok bersambung.Tak ada feel?
Maafla kita ni bujang xde pengalaman.
😂
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...