Selepas menghantar Safiyya pulang ke rumahnya, Eriqa terus menuju ke tempat perjumpaan biasa dia dengan orang suruhannya. Nasib baik dirinya tak call orang suruhannya jika tidak habis cerita terbongkar.
Eriqa keluar dari keretanya sambil menyangkut beg tangan di lengannya satu lagi dia terus mengunci keretanya. Saat Eriqa berada di lorong kedai dia sedang mencari Handphone di beg tangannya sambil berjalan. Dengan cara tak sengaja dia seperti melanggar seseorang sehinggakan mereka berdua terjatuh.
Tidak hanya mereka berdua yang terjatuh, handphone mereka juga sama sama terjatuh. Eriqa mengusap pinggangnya yang sakit kerana hentakan jatuh tadi.
"Maaf Encik." kata Eriqa tanpa memandang orang yang sama terjatuh dengannya.
"Maaf juga la ye." balas org tu yang sibuk membersihkan bajunya dari kotor.
"ENGKAU?! " sambung orang itu. Eriqa terus memandang selepas mendengar suara keras orang yang berada di hadapannya.
"Laa manusia ni rupanya!" kata Eriqa selepas mengetahui orang yg sama sama langgar. Dia juga membalas seperti tak nak kalah.
"Haish, kenapa la mesti engkau yang aku langgar. Kalau tahu tadi biar aku lanyak terus kau ni." kata Iqram kasar. Dia marah pada Eriqa kerana kejadian makan malam di rumah Rayyan. Bukan dia yang salah tapi Eriqa yang salah baginya tak nak minta maaf padanya selepas melanggarnya.
"Amboi kau, sedap mulut kau cakap eh. Tak hormat langsung kau dengan perempuan." balas Eriqa pada Iqram.
"Perempuan jadi jadian macam kau ni memang tak patut aku hormat. Dah la salah tak nak minta maaf." kata Iqram.
"Eh eh dia ni melebih pulak. Dah la aku tak ada masa nak layan perangai budak budak kau ni sekarang." balas Eriqa sambil mengambil kembali Handphone nya di lantai dan terus berlalu pergi.
"Haa pastu tak nak minta maaf." jerit Iqram pada Eriqa. Eriqa terus berhenti berjalan dan memusing kan badan nya ke belakang.
"Kau pekak ke tuli? Tak dengar aku minta maaf tadi. Haish, harap muka nya handsome tapi pekak." balas Eriqa terus berlalu pergi tanpa menghiraukan Iqram di belakang.
'Harap harap tak jumpa mamat pekak tu lagi. Ish, nauzubillah.' kata hati Eriqa terus menggeleng geli.
Dia terus berjalan menuju ke restoran. Walaupun hatinya sedikit tak senang kerana ada yang merosakkan moodnya hanya kerana masalah kecil sahaja.
Eriqa terus duduk di kerusi berhadapan dengan orang suruhannya. Orang suruhannya itu terus membuka cermin mata hitamnya dan meletakkan di atas meja makan.
"Ada apa bos? " kata orang suruhannya.
"Aku nak kau siasat sesuatu mengenai Rayyan." Kata Eriqa dengan wajah serius.
"Siasat apa tu bos?" tanya orang suruhannya.
"Aku ada dengar Rayyan dan Datin Fatimah ada buat cabaran. Aku percaya mesti ada lain juga terlibat. And yang aku nak kau siasat cari tahu cabaran apa dorang buat. Apa itu bersangkut paut dengan Safiyya atau tidak." jelas Eriqa.
"Baik bos. Saya akan segera cari tahu." jawab orang suruhannya yang patuh.
"Good, apa perkembangan yang kau dapat sepanjang mengekori Safiyya?" tanya Eriqa pada org suruhannya.
"Perkembangan buat masa kini, Farah sedang merancang sesuatu untuk menghancurkan mereka bos. Farah juga telah mengupah seseorang masuk ke dalam rumah Datin Fatimah untuk melaksanakan rancangan. Apa yang saya tahu rancangannya gagal bos." terang orang suruhannya dengan detail.
"Siapa nama anak buah dia?" tanya Eriqa Lagi.
"Sumayya bos. Saya dah siasat siapa dia. Dia pekerja di salah satu kedai bunga langganan Datin Fatimah bos." jawab Orang suruhannya.
"Sumayya, nice name. Ada gambar dia tak?." balas Eriqa sambil memegang dagu dan memandang orang suruhannya.
"Tak ada buat masa sekarang bos." kata Orang suruhannya itu.
"Lain?" tanya Eriqa.
"Buat masa ni tak ada bos. Kami sedang siasat tentang rancangan Farah bos" jawab Orang suruhannya.
"Bagus. Terus kan ekori Safiyya. Pastikan dia selamat setiap masa tanpa gangguan." kata Eriqa dengan tegas.
"Baik bos" jawab Orang suruhannya..
"Ini upah buat kau 1k" kata Eriqa sambil menghulur wang bernilai 1k di dalam sampul surat warna coklat.
"Selebihnya ak bayar lepas habis kes" sambungnya lagi.
"Baik bos" jawab orang suruhannya itu.
Eriqa terus bangun dari duduk nya da terus berangkat pergi dari tempat itu. Dia tidak ingin ada sesiapa nampak dia berjumpa dengan orang suruhannya.
Ketika Eriqa sedang berjalan, dia terserempak dengan orang yang merosakkan moodnya. Dia tidak langsung menegur iqram tidak juga dia memberi senyuman pada Iqram.
Iqram hanya memandang Eriqa pelik kerana dia smpat melihat Eriqa berjump seseorang di dalam restoran. Iqram memasang wajah pelik.
Dia terus mengekori Eriqa dari belakang. Dia berharap dia berjumpa clue kenapa Eriqa datang berjumpa seseorang. Siap menyebut nama Safiyya pulak tuh. Kata hati Iqram.
Eriqa yang terasa diriya diekori terus memasang wajah hampeh, kerana dari cermin kereta orang yang dia lewati dia telah tahu siapa yang mengekorinya.
'Ish, apa lagi la mamat pekak ni nak.' kata Eriqa dalam hati.
Eriqa terus membuka kunci keretanya dan terus membuka pintu keretanya. Saat tangannya ingin menutupi pintu itu, pintu itu di tahan oleh Iqram.
"Kau nak apa lagi ha pekak?" tanya Eriqa sambil buat wajah yang rimas.
"Semak aku tengok kau la. Rosakkan mood orang betul la mamat ni" sambung Eriqa lagi.
"Kau hutang aku sesuatu" kata Iqram.
"Haish, bila masa aku ada hutang duit dengan kau?" kata Eriqa yang makin rimas.
"Bukan hutang duit la sengal." kata Iqram akhirnya ikut meninggikan suara seperti Eriqa.
"Dah kalau bukan duit hutang apa aku kat kau? " tanya Eriqa yang buat wajah pelik.
"Kau hutang ak satu penerangan. Siapa mamat yang kau jumpa tuh? And kenapa kau sebut sebut nama kembar kau sendiri?" Tanya Iqram sambil buat wajah serius.
"Haih, ni mesti kes kau ikut aku kan? " kata Eriqa mendalihkan soalan.
"Dah kalau kereta aku pun depan restoran tuh mau nya aku tak nampak kau" jelas Iqram. Eriqa yang mendengar itu terus buat muka.
"Eleh, ngintai ak kata je la." kata Eriqa lagi sambil buat muka.
"Ei, tak ada masa ak nak ngintai kau. Dah la manusia jadi jadian separuh perempuan separuh lelaki." balas Iqram buat muka toya.
"Ey jantan ni. Dah la blah la kau." kata Eriqa sambil masuk ke dalam perut kereta.
"Woi, kau tak cerita lagi woi." kata Iqram sambil mengetuk cermin kereta Eriqa.
"Tak penting untuk kau tahu." balas Eriqa menuruni Cermin keretanya.
"Tapi dorang tuh, kawan aku. Kau jangan nak apa apa kan dorang eh. Aku tahu nanti aku cari kau sampai lubang cacing." jelas Iqram yang tengah marah.
"Justru aku nak tolong dorang la sengal." kata Eriqa hanya itu yang membuatkan Iqram terkejut dan Eriqa terus meninggalkan
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...