Selesai sahaja majlis kesyukuran untuk Safiyya. Kini ada lagi kejutan untuk si kembar itu. Puan Badiah dan Encik Adam mengumpul kekuatan untuk membicarakan soal ini pada kedua outeri mereka.
Bagi ayah mereka, perkara itu harus di beritahu. Dia tidak mahu lagi menangguh nangguh soal penting. Pintu bilik Safiyya dari luar kedengaran gelak tawa si kembar itu. Tanpa banyak bicara, pintu bilik itu dibuka kelihatan mereka berdua yang lagi duduk di atas katil Safiyya.
"Assalamualaikum, boleh ayah dengan ibu masuk tak.?" Soal ayahnya dari luar.
"Waalaikumsalam. Masuk la ayah..ibu." bicara Safiyya bernada lembut. Ibu dan ayah mereka segera masuk dan mengambil tempat di hadapan mereka berdua.
"Ayah dan ibu sebenarnya nak bagitahu dengan kamu berdua sesuatu." Bicara ayahnya sebagai permulaan. Eriqa yang dari tadi memandang wajah kedua ibu dan ayahnya itu memecah kesunyian.
"Macam serius je 'sesuatu' tu ayah. Apa dia?" Soal Eriqa bernada sedikit kasar seperti tomboy.
" erm. Bismillah. Satu, ayah nak minta Eriqa berhenti kerja kat Syarikat Dato Aizuddin tu." Minta ayahnya pada eriqa.
"Tapi kenapa pulak ayah? Bukan kita da cakap ke pasal ni? Saya akan amik alih syarikat ayah bila ayah nak bersara je." Jawab Eriqa.
"Sebab ayah kata gini la ayah nak bersara dah. Ayah nak Eriqa amik alih tempat papa sebagai CEO syarikat. Boleh kan? Dan esok eriqa boleh start." Jelas ayah mereka pada Eriqa. Eriqa hanya mengangguk tanda setuju. Bilik kemudian kembali senyap untuk seketika.
"Jap ayah, satu? Apa yg kedua?" Kekeliruan Safiyya kini berbicara
" yang kedua. Ermm, ayah nak Safiyya untuk menikah. Tapi.." terang ayahnya membiarkan ayat tergantung sambil memandang wajah Safiyya yg kekeliruan
" tapi apa ayah?" Sambung Safiyya. Eriqa yang dri tadi mendiam kn diri. Kini membutangkan matanya melihat ayahnya.
"Tapi biar ayah yang jodohkan. Kamu okey ke syg?" Soal ayahnya lagi bernada lembut. Dia tahu anaknya satu ini tidak akan menolak.
"Safiyya okey je ayah, Pilihan orang tua ini kan sangat diredhai oleh Allah.." jelas safiyya dengan lembut. Tetapi di bantah oleh Eriqa.
"Kenapa ayah? Safiyya baru balik tak sampai sebulan ayah. Ayah sikit pun tak bg dia kebebasan. Biarkn lah dia merasakan kebebasan ayah. Lagipun umur Piya muda lagi ayah." Eriqa cuba pertahankan Safiyya.
"Tak apa la iqa. Piya oke je. Lagipun, Rasulullah galakkan umatnya nikah muda. Piya tak muda lagi. Bila bila masa boleh dipanggil oleh Allah. Jadi biarkan la Piya berbakti dengan perintah orang tua kita. Walaupun sebentar lagi sudah mahu bertukar tanggungjawab. Tapi Piya tetap akan setuju. Piya da jadi kembar yang baik, biar berusaha jdi anak yang solehah. Jadi, biarkan piya jadi isteri yang solehah pulak lepas ni untuk suami piya." Terang Safiyya pada Kembarnya sambil menyentuh pipinya. Kata kata itu bebetul menyentuh hati orang tua mereka.
Ya Allah. Aku besyukur sangat dapat anak seperti Safiyya dan Eriqa. Mereka telah berbakti pada ku tanpa. Malah mereka tak prnah sakitkan hati aku Ya Allah. Doa Encik Adam pada Tuhan dalam hatinya dengan menitiskan air mata.
"Esok malam. Mereka akan datang rumah kita untuk melihat wajah Safiyya. Safiyya bersedia ye nak. "Sambung ibunya.
"Baik lah ibu. Ayah." Kata safiyya tanda setuju.
"Baiklah, kalau tak ada pape. Ibu dngan ayah masuk tidur dulu ye. Kita bincang lagi esok. Eriqa jangan lupa edit surat peletakkan jawatan tu malam ni dan hntar pada bos Eriqa esok." Kata ayahnya sambil menyuruh anaknya eriqa melaksanakan tugasnya dengan segera.
"Baik ayah. Eriqa akan buat semuanya." Balas eriqa tanpa memberontak. Langkah ibu dan ayahnya di atur untuk keluar dari bilik ini.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...