Bab 62

9.9K 198 10
                                    

Selepas mendengar penjelasan dari jururawat tadi, Eriqa kembali ke bilik wad Safiyya. Dia melihat Iqram yang sudah tertidur di sofa sama seperti Safiyya yang sudah tidur mungkin kerana ubat yang di makan.

Hanya Rayyan yang tidak tidur, dia ralat bermain dengan handphonnya. Eriqa segera duduk di samping Iqram dan mengejutkan iqram dari tidur. 

"Iqram, Iqram bangun." kejut Eriqa pada Iqram sambil menggoyangkan tanggannya.

"Iqram, bangun la wei. Ei kalah anak dara tidur la kau ni" kata Eriqa yang geram.

"Iqram." sambung Eriqa.

Rayyan hanya tergelak mendengar pasangan yang di seberang sana, Siapa lagi kalau bukan Eriqa dan Iqram. Iqram orang yang paling senang bangun dari tidur bagi Rayyan. Iqram sengaja buat begitu untuk mengenakan Eriqa.

"Sentuh la dia Eriqa" kata Rayyan dari jauh.

"Kau gile ke apa? Kalau dia suami aku tak apa la juga nak belai ke nak pegang ke apa" balas Eriqa yang geram dengan Rayyan.

Sedang dia mengalihkan pandangan dari Iqram, Eriqa sempat mengutuk Rayyan dalam hatinya itu.

"Kalau macam tuh jom la kawen." kata Iqram dengan tiba tiba. Eriqa yang terkejut pantas badannya ke belakang dan terkene bucu meja di bahagian lengannya.

"Aduiii." Eriqa memegang lengannya sambil mulutnya mengadu kesakitan.

"Sorry sorry" kata Iqram yang serba salah.

"Ish kau ni" marah Eriqa yang sedikit perlahankan suaranya.

"Haa ada apa kau nak ni?" tanya Iqram yang mengubah topik.

"Ak dapat bukti baru. Jom pergi pejabat datuk tu." ajak Eriqa yang masih memegang lengannya yg masih sakit.

"Nanti dulu. Kita kene banyak kumpul bukti. Tapi bukti apa kau dapat?" tanya Iqram lagi.

"Orang suruhan Farah." jawab Eriqa.

"Kau record apa apa tak? Aku pun nak tahu." kata Iqram. Rayyan terus bergerak duduk di samping Iqram manakala Eriqa sudah duduk di kerusi.

"Bukti apa Eriqa?" tanya Rayan.

"Er. Bukti percubaan bunuh Farah pada Safiyya untuk kali ke dua" jelasnya.

"Haa?" Iqram dan Rayyan serentak menjawab begitu.

"Ye." jawab Eriqa mengiyakan kata kata mereka.

"Kau record ke tak?" tanya Iqram.

"Aku record la.." balas Eriqa.

"Aku nak dengar Eriqa." kata Rayyan.

"Tapi Rayyan..aku takut kau emosi nanti." Eriqa yang sedang cuba mengelakkan Rayyan dari dengar sementara amarahnya pada Farah atas apa yang dilakukan oleh Farah terhadap Safiyya masih lagi ada.

"Haah Rayyan. Betul kata Eriqa. Aku tak nak kau buat kecoh hal ni. Biar aku dengan Eriqa je handle benda ni. Small matter la bro"  Kata Iqram yang sedang membantu Eriqa.

"Tapi aku nak balas dendam. Anak aku pergi sebab dia" balas Rayyan sementara Air matanya telah pun jatuh di pipinya. Dia masih mengingat kata kata doktor yang mengatakan Safiyya keguguran.

"Aku Faham Rayyan." jawab Eriqa.

"Aku pun rasa kelemahan dia." sambung Eriqa.

°°°

Farah yang sedang berjalan di sekitar tempat gelap keseorangan itu dapat dilihat oleh Safiyya. Safiyya cuba mengekori Kemana Farah hendak pergi. Dia pelik dengan keadaan sekeliling nya, sunyi hanya dia dan Farah. Kemana Semua.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now