Sudah nak masuk seminggu lamanya Safiyya terbaring kaku di atas katil hospital. Setiap hari juga Rayyan akan datang ke hospital untuk menjaga Isterinya. Rayyan kadang tertidur di sofa dalam wad isterinya itu.
Sedang Rayyan sedang tidur nyenyak di kerusi samping karil Safiyya, dia dikejutkan dengan kehadiran Doktor Uwais bersama dengan jururawat yang datang untuk memeriksa kesihatan Safiyya.
"Eh Doktor" jawab Rayyan setelah di tegur oleh Doktor Uwais hanya dengan menepuk bahunya
"Encik Rayyan balik la dulu. Pergi berehat. Kesian saya tengok encik." kata Doktor Uwais.
"Tak per la doktor saya kat sini je." balas Rayyan yang tidak ingin meninggalkan Safiyya setelah dia mengetahui dari cctv bahawa kereta yang melanggar Safiyya itu adalah kereta Farah.
Doktor Uwais itu membalas dengan senyuman. Dan doktor Uwais meneruskan pemeriksaanya terhadap pesakitnya ini merangkap isteri kepada Rayyan.
Hati doktor Uwais kadang terasa seperti di hiris apabila melihat kemesraan yang di tunjukkan Rayyan walaupun dalam wad sepatutnya hanya Rayyan yang tahu. Tapi Doktor Uwais selalu mengintai Safiyya dari cermin pintu bilik Safiyya senyap senyap
Selesai memeriksa tubuh Safiyya, Doktor uwais terus mengukirkan senyuman yang memuaskan hatinya. Dia terus mencapai borang pemeriksaan hariannya itu dan diisi ditemani dengan senyuman di bibirnya itu.
"Macam mana dengan isteri saya doktor?" tanya Rayyan yang risau dengan keadaan isterinya yang tidak sedsr sedar
"Alhamdulillah, Safiyyah sudah mula melewati masa kritikalnya dan kini dia telah stabil. Kita hanya perlu menunggu waktu untuk dia sedar sahaja." jawab Doktor Uwais.
"Alhamdulillah" balas Rayyan sambil menadah tangan dan meraup ke wajahnya
"Kalau Safiyya sedar cepat cepat panggil kami ye encik Rayyan." kata Doktor Uwais Rayyan yang gembira tidak mamlu mengeluarkan suara. Dia hanya mampu mengangguk untuk menjawab.
"Mari nurse" ajak Doktor Uwais terhadap nurse yang baru masuk beberapa hari yang lalu.
Mereka berdua terus berjalan keluar dari ruangan wad Safiyya. Rayyan terus mengatur langkah ke kerusi samping Safiyya dan memegang tangan Safiyya.
"Sayang. Sayang buka la mata. Tak kesian ke kat abg. Dah lama abg tunggu sayang macam orang tak betul. Sayang, abg rindu kat Fiyya." bicara Rayyan pada Isterinya tetap tiada jawapan yang di harapkan.
"Dia sedar juga tak lama lagi. Sabar je la Rayyan. Bagi dia masa" kata seseorang di belakangnya terus Rayyan menoleh melihat empunya suara.
"Eriqa. Mana ibu?" soal Rayyan yang melihat Eriqa berjalan menuju ke meja sebelah katil Safiyya.
"Ibu kat rumah. Aku datang dengan Iqram" jawab Eriqa.
"Mana Iqram?" soal Rayyan lagi.
"Entah mamat tu. Asyik asyik nak ikut semak aku" jawab Eriqa selamba.
Rayyan terus diam dan tersenyum melihat telatah mereka berdua ini. Ada hati tapi tak nak mengaku antara satu sama lain.
Eriqa terlintas satu soalan yang sedang bermain di kepalanya. Mungkin perkara ini sudah berlalu lama, tapi dia berhak tanya dan tahu apa yang sebenarnya berlaku."Rayyan. Aku nak tanya sesuatu boleh?" kata Eriqa yang memecahkan kesunyian.
"Tanya la." balas Rayyan tanpa memandang Eriqa.
"Apa yang Datin Fatimah dan kau sedang merancang?" soal Eriqa dengan berani
"Maksud kau?" Rayyan terus memandang Eriqa tanpa berkedip.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomantiekKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...