Setelah Datin Fatimah membersihkan diri. Dia duduk di atas katil bersebelahan dngan suaminya sambil menghadap muka suaminya. Dato Aizuddin yang sedang membaca buku itu perasan dengan sikap isterinya itu. Tanpa basa basi, dia terus menegur isterinya itu.
"Ye imah. Kenapa pandang muka abg macam tu?" Soal suaminya sambil membaca buku.
"Abg. Imah nak cakap sikit boleh tak." Pinta isterinya.
"Sejak bila Imah nak bercakap kene minta izin ni.?" Soal suaminya lagi dengan wajah berkerut.
"Ye lah, abg kan tengah baca buku. Tu yang imah minta izin." Terang isterinya.
"Hrmm, ye la. Imah nak cakap apa?" Balas isterinya tanda mengalah. Dia menutup buku yang dibacanya tadi dan menghadap isterinya.
"Abg, tempoh hari kan. Imah jumpa kawan imah kat butik imah. Lepas tuh imah jumpa anaknya yg kembar tu. Sekrang dah besar panjang dah abg." Kata Datin Fatimah bernada bercerita. Suaminya hanya mengangguk katanya sambil matanya tidak lepas dari memandang isterinya.
"Lepas tuh kan abg salah satu anak badiah yang kembar tu kan. Pakaian dia sopan sangat. Baru balik dari jordan katanya. Berpakaian niqab lagi bang. Hormat orang tua, baik hati, pendiam, sopan santun, lemah lembut pokoknya comel la dia tu. Imah betul betul berkenan kat dia abg" kata isterinya yg memuji muji anak kwannya itu. Suaminya yang mendengar cuba untuk menyakat isterinya.
"Imah nak abg isi qouta ke? Ya Allah baiknya hati Imah, izinkan abg pasang satu lagi. Alhamdulillah..." nyampuk suaminya mematikan mood isterinya.
"Abg! Kalau abg nak masuk hospital pasang la satu lagi." Balas isterinya yang membuat muka bengis. Suaminya hanya menggelakkan sikap isterinya itu. Tapi dia masih tidak paham kenapa isterinya beria cerita pasal anak kawannya itu.
"Dah kalau bukan untuk abg, untuk siapa? Kenapa imah beria sangat cerita pasal budak tu sampai ke gunung imah puji dia." Soal suaminya dengan penuh persoalan. Hatinya mengagak sesuatu.
"Imah cite ni, imah nak kenan kan dengan anak Tunggal kita tu ha. Dari dia bersama dengan Farah tu. Baik dia pilih wanita tu." Jawab isterinya di hadapan suaminya itu.
"Hendak ke dia? Imah bukan tak taw dia. Tak mau orang ikut campor pasal hidup dia." Terang suaminya.
"Sebab itu imah nak abg tolong imah, tegas dengan Si Rayyan tuh. Saya malu la bang, kalau dapat menantu macam si Farah tuh nanti. Kesana Kesini. Suami kat rumah lupa. Siapa nak jaga anak kita macam tu? Cucu kita lagi nanti?" Jelas Datin Fatimah pada suaminya yang lagi memikirkan sesuatu.
'Betul juga kata isteri aku ni." Hati Dato Aizuddin mengiakan kata kata isterinya.
"Okay, abg akan tolong. Tapi macam mana nak bincang dengam mereka?" Dato Aizuddin terus bersetuju.
"Hal tu abg jangan risau. Malam esok, keluarga mereka akan buat majlis kesyukuran kita bincang dengan mereka esok malam lepas majlis. Kawan saya ada invite saya di majlis kesyukuran mereka di rumah mereka. Nak sambut kepulangan anak kembarnya la tu." Jelas isterinya pada suaminya bernada teruja.
"Okay,malam esok kita jumpa dan bincang." Kata suaminya tanda setuju.
"Okay abg. Okay la jom tidur. Saya dah ngantuk dah ni." Sambung isterinya sambil menguap.
"Haa ye la..tutup lampu tu." Arah suaminya itu.
-----------------Rayyan bekerja pada pagi ini dengan perasaan yang bercampor baur. Hatinya seperti tidak tenang untuk melalui hari ini. Kerja yang berada di hadapannya dipandang tanpa focus.
Perasaan sebegitu menyebabkan dia tidak tenang untuk melakukan kerja. Akibatnya, dia memarahi semua pekerjanya walaupun hanya kesalahan kecil.
Apa lagi yang buat bos hilang mood pagi ni. Kata hati salah seorang pekerja nya.
Perasaan itu membuatkan dia mengambil tindakkan untuk pulang awal dari pejabat. Dia tidak mahu mencamporkan urusan peribadi dengan urusan kerja.
Sepulangnya Rayyan di rumah, dia melihat mummynya sedang menyiram pokok bunga kesyangannya di laman rumah. Dia tidak mahu mengganggu mummynya.
Kehadirannya yang ingin menaiki tangga untuk menuju ke bilik terbantut. Apabila mummynya yg menegurnya.
"Rayyan, awalnya balik?" Tegur mummynya dari laman rumah.
"Haah my, Rayyan tak sedap badan" bohong Rayyan pada mummynya.
"Oh, pergi la rehat dulu. Nanti mummy bawakkan ubat."jelas mummynya.
"Tak pe la my, Rayyan nak rehat je. Nanty okay la ni." Balas Rayyan.tidak mahu mummynya risau.
"Ha ye la. Rehat la dulu. Nanty mummy buat kan bubur ye" balas mummynya lagi.
"Okay my" Balas Rayyan. Dia tidak ada idea lagi mahu membangkang mummynya.
"Haa Rayyan. Malam ni ikut mummy dengan daddy pegi majlis kesyukuran kawan mummy ye." Mummynya memberi tahu sebelum terlupa.
"Okey my." Balas Rayyan walaupun dirinya tidak mahu. Tapi dia tidak sanggup memghampakan org tuanya. Lantas, Rayyan langsung menyambung perjalanannya untuk menuju ke biliknya.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...