Bab 27

8.1K 188 6
                                    

Safiyya melangkah ke seluruh pelusuk rumah besar ini untuk melihat kebesaran dan keluasan rumah milik suaminya ini. Safiyya juga melangkahkan kakinya ke luar rumah dimana ia terletak kolam renang yang dikatakan suaminya itu dan Safiyya juga melilaukan matanya melihat keluasan laman di luar rumah ini untuk di hiasi olehnya. Safiyya berfikir fikir untuk membuat konsep garden di laman rumah suaminya ini. Konsep ini juga bersesuaian dengan konsep rumah yang di buat oleh suaminya, konsep eropah modern.

Safiyya juga mengambil kesempatan ini untuk merendamkan kakinya di kolam itu. Safiyya mencabut stokin di kakinya itu dan terus merendamkan kakinya di kolam itu. Safiyya mengerakkan kakinya serta tangannya bermain dengan air kolam renang rumah ini, walaupun dia menerima seksaan zahir dan batinnya dia tetap bersyukur kerana diberi selesaan walaupun keselesaan yang sebenar bagi nya adalah semua seksaan. Tetapi hati dan mulutnya tidak pernah putus mengucap kata kesyukuran pada Ilahi.

Permulaan hidup Safiyya bersama suaminya adalah permulaan yang tidak baik, tetapi Safiyya percaya bahawa Takdir Allah itu lebih indah dari perancangan manusia. Safiyya hanya mampu menjalani hidup ini dengan kesabaran yang tinggi untuk melalui semua ini

'Hadapi kesukaran pada permulaan, Inshaa Allah manis pada pengakhirannya' prinspir Safiyya setelah berkahwin

Rayyan yang melihat dari teres biliknya kelakuan isterinya itu merasa kasihan sedikit di hatinya. Hatinya terusik serba salah juga apabila dia melakukan kekasaran pada isterinya. Tapi apa kan daya, egonya melebihi semua. Apabila dia melihat kelakuan isterinya dalam apa jua keadaan perasaan lelakinya itu terusik.. ingin sahaja Rayyan berbaik pada Isterinya, tetapi Rayyan malah cepat cepat mengalihkan pemikirannya agar tidak memikirkan soal isterinya.

"Woi! Masak lah! Kau nak suruh aku makan pasir ke apa ha? Itu pun nak kene ajar. Eh tengok jam lah!" Katanya dari atas memeranjatkan Safiyya yang berada di bawah, dan dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya untuk kembali menyambung kerjanya yg tertangguh itu. Safiyya yang mendengar arahan dari suaminya itu segera bangkit dari duduknya itu dan mengatur langkah ke dapur untuk mula memasak. Safiyya memang mahir memasak, dari kecil ibunya telah mengajarkannya cara memasak sama ada bidang bakeri atau pun yang berkuah dia boleh lakukan.

Safiyya mengambil barang barang yang ingin dia masak untuk suaminya, Safiyya merancang untuk memasak lauk Siakap stim limau dan sayur campur. Safiyya mula membersihkan dan Memotong bahan bahan masakan serta mula menyiang ikan serta membersihkan bahan masakan yang lain,

Setelah siap memasak masakan makan malam untuk mereka berdua, Safiyya menyempatkan diri untuk membersihkan dapur yang dia gunakan untuk memasak tadi. Safiyya kemudiannya mengatur langkah masuk ke dalam biliknya untuk membersihkan dirinya sebelum tiba waktu malam mereka bersama.

Safiyya mengambil lauk di dapur itu dan menyusun di atas meja makan di hadapan. Walaupun di dapur juga ada meja makan kecil. Tapi demi keselesaan suaminya, Safiyya menyusun makanan semua di meja makan di hadapan yang lebih besar mejanya dan kuantiti kerusi yang lebih banyak. Walaupun keluarganya baru dua orang.

Rayyan mengambil kunci keretanya serta handphonenya dan menyimpan di saku seluarnya sambil melangkah turun menuju ke meja makan. Untuk pertama kalinya, Rayyan akan makan masakan isterinya yang tidak dia sukai. Safiyya perasan kehadiran suaminya yang sedang menuruni tangga dengan kadar segera Safiyya menyusun makanan di atas meja makan itu. Rayyan mengambil tempat duduk di kerusi utama meja makan, Safiyya segera mengambilkan nasi didapur dan di letakkan di atas pinggan suaminya.

Safiyya yang sedang menarik kerusi untuk duduk dan makan bersama suaminya itu ditegah.

"Siapa suruh kau duduk?" Tegur Rayyan.

"Kau tak layak duduk dengan aku. Kalau kau nak makan, tuh kat dapur tu pergi makan sana bukan dengan aku. Tapi sekarang, Kau kene layan aku makan" sambungnya lagi.

'Ya Allah kepahitan apa lagi ini yang harus ak terima. Berikan aku kesabaran Ya Allah' batin Safiyya berkata.

"Termenung lagi!, tak reti nak amikkan aku air ke?" Bentak Rayyan mengejutkan Safiyya.

Safiyya tersentak dengan suara keras suaminya itu segera menuangkan air ke gelas suaminya itu. Rayyan mula mengambil lauk siakap dan sayur campor masakan isterinya it.sambil memandang isterinya itu, Rayyan mendapat idea untuk lebih menyakitkan hati isterinya itu.

Rayyan memakan makanan masakan isterinya itu, sambil mengunyah dalam beberapa kali Rayyan bangun dari duduknya dan meludahkannya pada isterinya.

"Makanan apa kau masak ni ha?!" Bentak Rayyan. Safiyya terkejut dengan tindakan suaminya itu. Dia hanya mampu diam dan membersihkan makanan yang di sembur suaminya.

"Kau reti masak ke tak ni ha?! Kalau tak reti masak, cakap!" Kata Rayyan seolah olah marah

"Tak ada rasa langsung. Tawar, pahit je aku rasa. Kau fikir aku ni kucing ke ha?!" Sambungnya lagi sambil mencengkam rambut isterinya itu.

"Abg..sakit abg" kata safiyya yang meraung kesakitan.

"Tau pun sakit. Sakit lagi hati aku tengok kau ni haa! Blahh!" Kata Rayyan mencampakkan isterinya ke dinding yang memisahkan dapur dan ruang makan.

Rayyan segera melangkahkan kakinya keluar rumah, dia menghidupkan enjin kereta dan memecut keluar dari perkarangan rumahnya tanpa izin isterinya.

Rayyan berasa puas hati dapat membuat isterinya meraung kesakitan. Hati nya gembira melihat tangisan Safiyya. Rayyan mengukir senyuman sepanjang di perjalanannya yang tidak tahu ingin ke mana.

Safiyya mengemas makanan di atas meja itu sambil menahan sakit di kepalanya itu. Setelah mengemas, Safiyya mengisi perutnya walaupun seleranya hilang akibat perbuatam suaminya itu.

Walaupun perbuatan kasar yang suaminya lakukan terhadapnya,dia tetap bersabar demi kebahagiaan rumah tangganya itu. Tanpa dia sedar matanya mula mengalirkan air jernih yang mula jatuh ke pipi.

'Sakit itu memang, tapi untuk redha dariNya. Aku akan tetap kuat dan sabar.' Hatinya berkata kata untuk memberi semangat padanya.

Selesai makan, Safiyya segera kemas dan masuk ke dalam biliknya. Safiyya melihat dirinya ke cermin kelihatan ada sesuatu yang membengkak di dahinya. Ini kerana ulah suaminya. Safiyya cuba untuk merehatkan tubuhnya untuk menghilangkan rasa sakit itu di dahinya.





Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now