Sesampainya mereka dia di sebuah gedung membeli belah yang terkenal iaitu Pavilion. Eriqa terus meletakkan keretanya di tempat parking dekat dengan pintu masuk mall itu. Nasib hari ni hari bekerja, jadi tak la ramai sangat orang kat sini.
Iqram yang memandang keberadaanya sekarang sungguh terasa pelik. Dia memandang sekeliling nya sesekali memandang Eriqa yang sedang memandu itu tapi langsung tidak dibalas oleh Eriqa pandangan tersebut.
Keluar sahaja mereka dari perut kereta, Eriqa terus tersenyum manakala Iqram pulak terasa pelik. Biar betul minah ni, kata hati Iqram.
"Woi, kau nak bawak aku g dating ke pergi dengar cerita kau?" tanya Iqram pada Eriqa.
"Masuk je la dulu ish." Balas Eriqa pada Iqram. Sesekali hatinya terusik dengan sikap si Iqram. Tetapi dia segera menghilangkan rasa itu kerana Iqram selalu bersifat Annoying padanya.
"Nak ke mana ni?" tanya Iqram yang tak puas hati dengan jawapan itu
"Ishh." Eriqa terus menarik lengan baju Iqram untuk mengikutinya tanpa banyak songeh.
"Ehh" kata Iqram yang terkejut.
Eriqa membawa Iqram memasuki sebuah restoran yang agak ber kelas. Mereka menduduki meja yang mempunyai 2 kerusi dan tepi tingkap.
Saat Eriqa sedang menarik kerusi untuk duduk, datang seorsng pelayan untuk amik order mereka. Iqram langsung memesan Air Green Tea ice. Manakala Eriqa memesan satu Nescafe Ice.
Selesai mengorder makanan dan minuman. Iqram terus memandang muka Eriqa untuk mendengar cerita darinya. Eriqa yang bermain fon itu perasan yang ada orang sedang memerhatinya. Dia terus memandang ke hadapannya sekarang.
Dia telah lupa seketika yang dia datang ke sini bersama dengan orang lain bukan dirinya sahaja.
"Erm. Okay okay. First of all aku nak kenalkan diri aku. Dan kau pun kene kenalkan diri kau. Aku Eriqa Afiqah." kata Eriqa yang memperkenalkan diri.
"Aq Iqram. Dah cepat cerita." Jawab Iqram yang tidak sabar.
"Ye la. Jadi orang penyabar sikit la. Grr.." kata Eriqa pada Iqram.
"I Don't Care." jawab Iqram.
"Okay, aku start buat plan and upah orang bagai ni, sejak aku nampak Farah kat butik Aunty Fatimah" kata Eriqa.
"Kau buat apa lau butik aunty tu?" tanya Iqram.
"Sabar la. Cuba dengar je jangan nak menyampuk. Aku tak nak cerita kang" marah Eriqa ada Iqram.
"Okay okay" Jawab Iqram.
"Aku ke butik aunty sebab masa tu aunty minta tolong aku belikan kain untuk baju wedding Safiyya. Then, aku nampak Farah kat luar pintu butik aunty Fatimah. Aku masuk senyap senyap kat belakang ak dengar apa yng dia cakp kat aunty. Aku dengar apa yang dia ugut aunty." Sambung Eriqa yang bercerita.
"Wait, dye ugut Aunty? Dia tak tahu ke syarikat kau dengan syarikat uncle pemegang saham terbesar kat syarikat daddy dia?" tanya Iqram."Aku agak dia tak tahu. Sebab masa aku bagi tahu gitu pun. Dia terkejut. Masa tu la aku tahu dia nak merancang apa sahaja untuk robohkan rumahtangga Safiyya. Safiyya seorang yang lemah, dia langsung tak tahu melawan. Jadi aku as kembar akan terasa bile dia duka. Aku tak nk tu terjadi." kata Eriqa.
"Masa aku balik dari pejabat. Aku nampak seseorang datang kat aku. Dan dia bagi aku info pasal Farah. So, sampai sekarang orang tu jadi orang suruhan aku. Dia belot ada Farah sebab aku bagi gaji dia lebih then aku bagi dia krja kat syarikat aku" kata Eriqa lagi. Iqram hanya memandang dan setia mendengar.
"Maknanya kau ni baik la." sampuk Iqram.
"Maksud kau?" soal Eriqa yng tidak begitu faham.
"Ye la. Aku fikir kau nak runtuhkan rumahtangga Safiyya. Tu yang aku cari kau lepas kita jumpa aritu. Sebab aku nak cari kepastian." jelas Iqram.
"Ish kau ni. Tak akan la aku nak hancurkan rumahtangga kembar aku pulak." protes Eriqa.
"Mana la tahu." balas Iqram sambil meminum minumannya itu.
"Haish kau ni kang. Ada juga balik jalan kaki" kata Eriqa."Ala gurau je la." pujuk Iqram. Dia tidak mau pulang jalan kaki. Dah la keretanya berada di syarikat Eriqa.
"Kalau macam tu. Jom tolong aku selamatkan rumahtangga kembar aku" ajak Eriqa pada Iqram.
"Hrm. Aku pon aritu ada dengar plan si Farah tu. Tak sengaja haritu aku keluar bilik air nampak Farah tengah berbual. Aku pun duduk di meja belakang dia. Aku dengar semua. Aku memang nak tolong tapi aku tak tahu macam mana." kata Iqram.
"Kan ada sekarang." balas Eriqa, Iqram yang mendengar nya turut terharu dengan jawapan Eriqa.
"Cehh cehh cehh. Dating eh" bunyi satu suara di belakang Eriqa. Mereka terus memandang pada suara tersebut.
Alangkah terkejutnya mereka berjumpa pasangan yang sedang mereka bualkan kini. Eriqa terus cuak dengan Safiyya. Apakah Safiyya mendengar apa yang dia bincangkan dengan Iqram.
Semua persoalan bermain di fikirannya hingga hilang suaranya untuk. Dia hanya berharap agar Iqram dapat menutupi apa yang mereka bincangkan.
"Eh Safiyya, mana Rayyan." tanya Iqram membuatkan Eriqa sedikit lega. Safiyya terus mengambil tempat duduk di sebelah Eriqa.
"Ada tu. Dia tengah beli baju katanya" jawab Safiyya yg bersuara lembut.
"Oh."balas Iqram yg terus kehilangan Idea.
"Eriqa buat apa kat sini dengan kawan abg Rayyan." soal Safiyya pada Eriqa membuatkan Eriqa sedikit gugup untuk membalas.
"Er.. Arrhh.. Erm.. Ka. Kami cuma lunch sama je." jawab Eriqa terserlah kegugupan nya membuatkan Safiyya sedikit pelik dengan sikap kembarnya ini.
"Tadi Safiyya dengar korang sebut selamatkan Safiyya dengan abg Rayyan. Selamatkan dari apa?" soal Safiyya pada Mereka berdua.
Eriqa dan Iqram masing masing berpandangan antara satu sama lain. Tak tahu bagaimana hendak menjelaskan pada Safiyya. Mereka takut apa yang mereka akan katakan ini tidak dipecayai oleh Safiyya pulak.
"Safiyya dengar apa lagi?" soal Iqram
"Itu je Fiyya dengar. Tak sempat dengar habis abg Rayyan dah Panggil" jawapan Safiyya sedikit membuat mereka lega.
'Thanks Rayyan' kata Hati Eriqa.
"Er..ermm..Tak la kami sebenarnya da bersama .kami rancang nak bagitahu korang yang terakhir. Tu yang kata selamatkan Safiyya Dan Rayyan tapi Fiyya tak dengar ayat habiskan. Sebenarnya ayatnya selamatkan Safiyya dan Rayyan dari jadi org yg pertama." jawab Iqram membuatkan dua kembar itu pelik.
"Wahh.. Sampai hati Eriqa. Bile jadi ni? Jangan lama lama tau. Kawen cepat" balas Safiyya.
"Er.. Err. Ta.. Tak ada la.. Ka.. Kami pun baru je lagi." Jawab Eriqa dengan terpaksa.
Keningnya da berkerut sambil memandang Iqram.
"Perkara baik kenapa nak sembunyi pulak." kata Safiyya pada mereka berdua.
"Jap eh nak panggil Abg Rayyan jap." sambung Safiyya terus bangkit dari kerusi dan pergi dari situ meninggalkan mereka dan barang belanjaannya.
"Apasal alasan tu kau bagi?" soal Eriqa dengan Marah.
"Dah itu alasan yang terlintas. Kau nak Safiyya tahu apa yang sebenarnya kita bincang?" balas Iqram membuatkan Eriqa terdiam.
------------
Sorry gais tak tahu buat scene gaduh.
But hope ini dah menghiburkan.Sorry late update gais. 😁
Keep voting ye gais.😍😍
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...