Rayyan membaringkan tubuhnya di atas katil bersaiz king itu kerana kepenatan mengangkat barang barang isterinya itu. Walaupun tak banyak, tapi cukup memenatkan. Dalam lama dia tidak membuat kerja kerja mengangkat barang ni. Biasanya dia menyuruh pembantunya sahaja.
Akhirnya Rayyan terlelap kerana kepenatan. Safiyya yang melihat suaminya yang sedang tidur itu terasa sungguh bahagia. Sayang hatinya bukan untuk dia. Safiyya memejamkan matanya cuba untuk menelan kebenaran itu.
Mungkin dia tak akan pernah duduk di hati suaminya ini. Mungkin kebaikan yang dia tunjukkan dari semalam ada maksud tersendiri. Safiyya cepat cepat menggelengkan kepala, tak baik berburuk sangka terhadap suami sendiri kata Safiyya dalam hati,
Walau apa pun yang Rayyan buat pada dirinya, Safiyya akan cuba bersabar dan setia pada suaminya. Sampailah hati suaminya hanya untuknya seorang. Walau dia tahu akan mengambil masa yang lama untuk menanti masa itu tiba,
Safiyya cuba baring di sebelah suaminya secara perlahan lahan. Dia tidak mahu suaminya terjaga kerananya. Safiyya membaringkan kepalanya dia atas lengan kekar suaminya itu dan tangannya laju memeluk suaminya.
'Jika ini masa terakhir kita bersama. Izinkan Safiyya peluk abg buat seketika.' Kata safiyya dalam hati.
Safiyya bermain main dengan wajah suaminya. Dia tidak pernah diberi kesempatan untuk membelai wajah suaminya sendiri. Ini lah masanya, jika waktu akan berubah. Biarkan hanya ini menjadi kenangan.
Saat Safiyya bermain dengan hidung suaminya, ada gerakan dari tubuh suaminya. Dia cepat cepat menutup mata pura pura tidur supaya tidak diketahui oleh suaminya.
Rayyan membuka matanya kerana terasa geli di wajahnya seperti ada seseorang bermain dengan wajahnya. Pada saat yang sama, Rayyan cuba mengangkat lengannya tiba tiba terasa berat. Dia menoleh ke arah lengannya itu dan mendapati isterinya sedang berbantal kan lengannya.
Sayup melihat wajah bersih dan putih isterinya. Wajah isterinya di tenong lama, Safiyya yang pura pura tidur itu takut untuk membuka mata. Takut suaminya akan mengamuk.
"Tidur pun pakai tudung labuh dia ni." Kata Rayyan perlahan cuba untuk membuka tudung isterinya. Tetapi Safiyya terlebih dahulu bergerak memeluk tubuh suaminya. Membuatkan Rayyan berhenti bergerak dan membatalkan niatnya untuk membuka tudung isterinya.
Rayyan memindahkan kepala isterinya di atas bantal dan menyelimuti isterinya. Rayyan membalik tubuh melihat isterinya sambil menongkat kepalanya.
"Perempuan pelik. Orang dalam rumah pakai baju biasa, ni pakai jubah. Orang dalam rumah buka tudung, ni pakai tudung masa tidur pon pakai." Kata Rayyan perlahan sambil membelai kepala isterinya.
'Mungkin dia masih menyembunyikan dirinya untuk yang lebih layak.' Sambungnya dalam hati.
Rayyan masih membelai kepala isterinya. Dalam masa dia membelai kepala isterinya, tiba tiba ngantuk menyerang dirinya. Lalu mereka pun tidur bersama di atas katil buat pertama kalinya.
---------
Di sebelah petangnya pula, Kembarnya datang di rumah Safiyya untuk mengajaknya shopping bersama. Lama Eriqa tidak keluar bersama dengan Kembarnya. Entah apa khabar Safiyya sekarang setelah berkahwin. Bahagia ke tidak kembarnya itu.
Eriqa sempat msg pada Safiyya untuk temannya ke shopping. Safiyya hanya membalas boleh setelah di izinkan oleh suaminya. Sekarang Eriqa dalam perjalanan untuk ke rumah Kembarnya.
"Assalamualaikum." Safiyya menekan bell di depan pintu rumah kembarnya itu.
"Waalaikumsalam." Balas orang dalam rumah. Eriqa tahu betul itu suara kembarnya. Safiyya membuka pintu rumahnya dan mengintai di sebalik pintu.
"CAK! SAFIYYA!!" Kata Eriqa dengan Excitednya.
"ERIQA!" Kata Safiyya serentak tetapi masih halus suaranya.
"Ready?" Kata Eriqa. Di balas anggukan dengan Safiyya.
"Jom." Kata Eriqa.
"Jap jap. Nak salam suami." Balas Safiyya setelah melihat kelibat suaminya turun tangga.
"Abg, Fiyya minta izin keluar ye. Sekejap je tak lama pun." Kata Safiyya pada suaminya sambil menyalami suaminya.
"Ye la. Hati Hati." Balas suaminya.
"Baik." Safiyya membalas terus menoleh membelakangi suaminya untuk menuruni anak tangga,
"Dah, jom Iqa" ajak Safiyya sambil mencuit lengan kembarnya itu.
Mereka sama sama memasuki kereta dan segera meluncur ke tempat yang di tuju. Mula mula, Eriqa membawanya ke sebuah taman yang cantik dan sesuai untuk orang yang sudah mempunyai pasangan.
Eriqa menarik tubuh Safiyya dan membawanya ke sebuah tempat duduk yang jauh dari orang ramai dan sedikit tertutup. Safiyya tidak tahu apa yang sedang kembarnya cuba lakukan.
"Fiyya bahagia dengan wedding ni?" Tanya Eriqa mengejutkan Safiyya,
"Apa yang Iqa cakapkan ni. Kata nak ke shopping mall, ni kat taman bukan shopping mall ika." Kata Safiyya cuba berdalih dan cuba untuk bangun dari duduknya.
'ERIQA SAFIYYA! Please answer my question" kata Eriqa dengan tegas. Safiyya cuba menahan air matanya. Dia tahu Kembarnya mesti akan tahu jika dia ada masalah.
"Ini Rumahtangga Fiya Iqa. Tolong kali ni, biar Fiyya yang handle." Kata Safiyya Sayu.
"Okay, I'll let you handle your rumahtangga. Tapi Fiyya boleh handle ke masalah yang dah datang ni. Come on Fiyya, Cerita kat Eriqa biar hati Fiyya tu tenang. Dari tadi your face tunjuk yang you tak Tenang Fiyya dari dalam kereta lagi." Jelas Eriqa. Eriqa cepat tahu jika Safiyya mempunyai masalah atau tidak. Safiyya hanya mampu menundukkan kepala dan menagis. Safiyya menurunkan purdahnya ke bawah dagu supaya bebas untuk dia berkata kata.
"Please don't lie to me Fiyya. I know you." Kata Eriqa dengan lembut membuatkan Safiyya tambah menangis.
Safiyya memeluk tubuh kembarnya itu dan menangis kepuas puas hatinya. Eriqa yang melihat dapat mengagak masalah ini tidak mampu untuk Safiyya tanggung.
"Kenapa ni. Cerita laa.." kata Eriqa cuba mengorek walaupun dia sudah tahu cerita tentang apa yang Farah dah lakukan dari konci konconya. Safiyya hanya mampu menggeleng kepala. Safiyya jenis suka berahsia jika ada masalah, tapi bila ditanya di hanya mampu mengangguk dan menggeleng. Eriqa meleraikan pelukan tadi supaya senang untuk dia bertanya.
"Fiyya bahagia dengan Rayyan?" Kata Eriqa. Dan dibalas dengan anggukan.
"Farah buat hal lagi?" Tanya Eriqa dan dibalas dengan anggukan. Kalau di minta untuk cerita tak mungkin Safiyya akan buka mulut.
"Fiyya..." panggil Eriqa membuat Safiyya mengangkat wajahnya memandang ke wajah Eriqa.
"Fiyya dah disentuh ke?" Tanya Eriqa dengan bersuara lembut dan perlahan membuatkan Safiyya tambah menangis dan menunduk. Dan Eriqa tahu jawapan itu pasti belom. Kini dugaannya tepat. Sudah masanya Eriqa membantu Safiyya.
"Fiyya, Fiyya nak Rayyan tak?" Tanya Eriqa.
"Nnnn..naakk." Balas Safiyya gagap. Isteri mana yang tak nak dipandang suami dik oii.
"Then you have to change your self." Kata Eriqa membuatkan Safiyya terkejut.
"Fiyya nak kene buat macam mana? Fiyya tak tahu." Tanya Fiyya yang sedikit blur.
"Fiyya kene tahu cara cara make up kat muka, Fiyya kene tahu nak main Rambut dan lain lain hanya untuk suami Fiyya. Fiyya sanggup?" Eriqa menjelaskan pada Safiyya.
"Sanggup." Jawab Safiyya.
"Oke then, Let's Start." Kata Eriqa.
--------
Bersambung.Okay tak idea ni?
Komen sikit.Update 15/July/2016
12:51 am
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomansaKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...