Majlis resepsi belah perempuan yang di gabungkan sekali dengan belah lelaki telah pun selesai dengan jayanya. Banyak jemputan yang hadir ke majlis resepsi perkahwinan mereka. Majlis yang menjadi kebahagiaan setiap pasangan yang baru berkahwin, Tapi tidak untuk pasangan Safiyya dan Rayyan. Semua yang berlaku antara mereka di majlis resepsi itu hanya la lakonan semata mata.
Tidak seperti yang digambarkan dalam angan angan nya sebelum ini. Safiyya hanya mampu bersabar dengan sikap dingin suaminya padanya. Dia percaya suaminya akan sedar dengan kehadirannya.
"arr, penatnya.." Rayyan bersuara sambil merenggangkan urat urat di bahunya yg telah tegang kerana kepenatan.
"abg nak saya urutkan?" tanya safiyya sambil meletakkan tangannya pada bahu Rayyan dengan perlahan lahan.
"tak payah. Aku tak nak perempuan sentuh badan aku kecuali orang yg aku betul betul cinta dan sayang. Bukan macam kau! Hanya pasangan yang tak guna!" jawab Rayyan sambil menepis tangan Safiyya.
DEG!
Degupan jantung Safiyya bagaikan berhenti sesaat menelan kata kata dari suaminya dengan hati yang hancur berkecai sambil ditemani air mata bertakung di matanya. Dengan segera Safiyya mengambil tisu dan mengelap air matanya yg sudah bertakung itu. Mujur dka tidak pakai sebarang make up di wajah.
'Aku mesti kuat. Aku tak boleh lemah. Safiyya! Ini baru permulaan bukan perakhirannya. Sabar Safiyya! Allah bersama sama dengan hamba Yang sentisa sabar dengan ujianNya' batin safiyya bersuara
Seusai majlis mereka, safiyya duduk termenung di meja makan berhampiram pintu masuk itu bersendirian. Menangisi jalan hidupnya yang bakal dia lalui. Melepaskan semua yg terbuku di hati dengan tangisan mampu membuatnya lega. Pada hari pertama perkahwinan mereka safiyya dilayan dengan teruk oleh Rayyan, sekarang kenyataan yang baru didengari daripada suaminya.
Nusaibah dan Eriqa datang mendekatinya yang sedang bersendirian di meja makan tetamu yg jauh dari pandangan keluarga.
" Assalamualaikum. Saf...." teguran Eriqa terhenti Saat melihat Safiyya sedang menundukkan kepala dan bersedih. Eriqa memandang Nusaiba, nusaibah memandang Eriqa. Masing masing mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Fiyya, kenapa ni?" soal Eriqa. Safiyya cepat cepat mengusap matanya dari terkesan apa apa oleh Eriqa.
" Tak ada apa lah." jawabnya mengeluarkan suara yg bergetar. Dan cuba memgalihkan pandangan dari mereka berdua.
"Safiyya tak mahu tipu kami, Kami bukan kenal awak semalam." Nusaibah bersuara.
"fiyya tak bahagia ye dengan dia? Ke dia ada buat apa apa Fiyya." Eriqa bersuara garang dan serius.
"eh tak lah, Safiyya cuma....cuc..cumaa.. sss..sedih.. ye la fiyya dah tak tinggal dengan Ayah dah. Terpisah dari keluarga dah. Jadi hak milik orang dah" Safiyya memberi alasan yg agak munasabah pada Eriqa.
"ala Safiyya. biasa la tuh pengantin, Jadi hak milik suami. Awak tak akan terpisah dari mereka Safiyya. Cuba awak terpisah tanggungjawab je." jawab Nusaibah yg tidak tahu apa apa. Lain pada Eriqa yg dari tadi mengesyaki sesuatu.
"Hrm, dah la Fiyya jom ke sana. Ayah cari." Eriqa mengajak Safiyya untuk beredar.....
•••••••
"tak guna punye JANTAN!. Kau tak patut kawen dengan dia, tapi dengan aku." kata Farah sejurus memasuki biliknya.
"well. I've got a chance to win your heart again Rayyan. Don't Worry Farah, Rayyan will be yours. Otherwise, Rayyan looks like hate his wife. So,you can use this situation to get him back. Hrmm" sambungnya lagi sambil memujuk dirinya sendiri.
Farah yang tadi murung kembali tersenyum Selepas menyusun strategi untuk menghancurkan rumahtangga Rayyan. Memang Farah silap terlalu fokus kepada kerjayanya sampaikan lupa tentang kekasih hatinya di malaysia.
Sekarang masa nya telah tiba bagi Farah untuk bahagia bersama Rayyan. Tapi mungkin dia tersalah langkah sehinggakan ada orang lain yang dulu rampas status yg sepatutnya dia sandang.
Farah akan cuba sedaya upayanya untuk mengambil kembali hati kekasihnya. Dan mencuba merampas status yg sepatutnya jadi hak milik dia. Lalu Farah mengambil handphonenya mendail number seseorang yang boleh tolong dia.
"hello hisham, kau free tak?" sapa Farah.
"........"
"bagus aku ada kerja sikit untuk kau." sambungnya lagi.
"........"
"mcm ni. Aku nak kau follow Rayyan. Dan bgthu jadual perjalanan dia kat aku. Dia meeting ke, apa ke. Aku tak kisah. Yg penting aku nak tahu tu je dan dapatkan aku no fon bini dia ASAP!"
"........"
"jangan risau bayaran pendahuluan aku akan bank in kat kau. Selebihnya aku akan bayar bile kerja kau dah settle."
"........"
"ok." Farah tersenyum bahagia apabila orang suruhannya bersetuju.
'Aku kan manfaatkan situasi ni untuk buat Wife you menderita Rayyan. Sama macam hati i sekarang yang tengah menderita kehilangan you. WELCOME TO GAME GUYS' Batin Farah bersuara senyum dengan senyuman yang jahat.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...