Bab 40

8.6K 159 7
                                    

TING!

Satu idea telah muncul di kepalanya setelah menelefon Menantunya itu. Dia ingin menyiapkan suatu kejutan untuk anak menantunya nanti.

Dengan segera Datin Fatimah menelefon kedai bunga langganannya itu untuk memesan sesuatu. Dia ingin pastikan rancangan ini siap sebelum menantunya datang ke rumahnya.

"Hello Ying, You punya kedai bukak ka sekarang?" kata Datin Fatimah.

"Hello Datin, ada buka. Kenapa? You mau pesan bunga ka?" soal pemilik kedai itu.

"Haa you macam tau saje apa yang i nak." kata Datin Fatimah secara basa basi.

"Bunga jenis apa kali ni you mau?" tanya Pemilik kedai bunga itu.

"I nak bunga yang romantik." balas Datin Fatimah.

"Bunga lomantik bunga Los la. Los melah." kata Pemilik kedai itu.

"Haa kalau macam tu i nak rosa merah tu tapi nak kelopak dia saje." jelas Datin.

"Haiya, olang beli bunga dengan tangkai you mau itu kelopak saja. You mau bikin apa datin?" soal Pemilik kedai itu dengan keadaan pelik.

"You tahu kan anak i sudah kawen. Jadi i nak bagi dia suprise. Hias dia punya bilik macam first night." Balas Datin Fatimah.

"Ouh itu macam ka. Paham paham. Bila you mau amik? Ada mau guna perkhidmatan pekerja i ka?" soal pemilik itu.

"Of course i perlukan pekerja i. Ying you tahu la i ni tak la sehebat you" kata Datin dengan memuji Ying.

"Haha, you ni datin. Pandai pandai saje puji" kata Ying tapi dalam hatinya bangga.

"Eh i cakap betul apa. Haha, ok ying i nak siapkan suprise ni sebelum pagi esok. Dia punya wife datang pagi esok." kata Datin Fatimah kembali membangkitkan topiknya.

"Okay okay datin. Sebelum malam i siapkan. Pukol 2 i sampai rumah you." kata ying pemilik kedai itu.

"Okay i tunggu. Payment i bank in kejap lagi ar" Balas Datin Fatimah.

"Baik datin." jawab Ying. Datin Fatimah terus mematikan Panggilannya dengan pemilik kedai bunga itu.

Datin bangkit mengambil buku tulis dan pen untuk menulis barang barang yang perlu dia beli di Pasar Raya nanti. Sementara dia hendak ke bilik bacaannya, Datin Fatimah melihat pembantunya sedang mengemas ruang solat rumahnya.
Tanpa tunggu lama, Datin Fatimah terus menegur pembantunya itu untuk memintanya berbuat sesuatu.

"Jah, oo jah.." Tegur Datin Fatimah di depan pintu ruang solatnya itu.

"Yee Datin." jawab Pembantunya itu.

"Erm. Nanti tukar cadar bilik Rayyan. Saya nak jah tukar Cadar yang warna merah hitam tu." kata Datin Fatimah.

"Tapi Datin itu kan Kain Satin" jawab Pembantunya itu.

"Takpe. Sebab saya nak buat sesuatu kat bilik dia nanty. Bagi suprise sikit." balas Datin Fatimah.

"Baik la Datin." jawab Pembantunya itu dengan patuh.

"Oh haa Jah sebelum saya lupa pukol 3 saya nak jah ikut saya pergi Pasar Raya beli barang dapur." kata Datin Fatimah itu.

"Baik Datin" balas pembantuya.

Datin Fatimah terus bergerak menuju ke bilik bacaannya dan duduk di meja kerjanya untuk menulis barang barang dapur yang hendak di belinya nanti.

Datin Fatimah melihat jam yang baru menunjukkan pukol 12 tengah hari. Suaminya tidak akan pulang untuk makan tengah hari kalau dia sedang sibuk mesyuarat.

Datin fatimah terus menulis barang barang dapur yang hendak di beli di atas kertas kosong. Menu untuk makan malam nanti dia ingin masak yang sangat spesial. Selepas perkahwinan anaknha itu, rumah kembali sunyi. Ini la masanya dia ingin membuat majlis kecil kecilan.

Selepas Membuat list barangan, Datin Fatimah sambung membaca buku yang berada di bilik bacaannya yang menjadi buku favourite nya.

Sampaikan dia sendiri tidak sedar jam telah pun menunjukkan pukol 2 lebih.

TOK! TOK! TOK!

"Datin, ada pekerja kedai bunga datang rumah nak jumpa datin" kata Pembantunya dari luar pintu.

Datin Fatimah terus melihat jam yang berada di dinding itu dan jarum telah pon menunjukkan pukul 2.15. Ini la jadinya jika Datin Fatimah Rajin membaca buku. Apa pun dia tidak akan sedar.

"Astaghfirullah. Haa ye jah suruh dia masuk terus bilik Rayyan nanti saya susul" jerit datin dari bilik bacaannya.

"Baik Datin." balas Pembantunya.

Datin Fatimah terus menyusun balik buku ke tempat yang dia ambil tadi. Dia merapikan dirinya untuk berjumpa tetamu yang datang untuk menyelesaikan misinya untuk memberikan suprise pada anak menantunya.

Datin Fatimah keluar dari bilik bacaannya dan segera pergi ke bilik anaknya itu untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh pekerja ying.

"Assalamualaikum, boleh masuk ke? " kata Datin yang menegur dari luar.

"Waalaikumsalam. Boleh datin." jawab Pekerja Ying

"Siapa nama ni? " tegur Datin pada pekerja ying yang sedang menyusun membahagikan kelopak bunga pada dua bahagian.

"Sumayya Datin." jawab Pekerja itu sambil menunjukkan senyuman manis pada datin itu

"Baik la sumayyah buat kerja dulu. agak agak pukol berapa siap?" soal Datin Fatimah.

"Dalam 3.30 atau 4 siap dah. Datin nanti saya letak lilin kat sekitar sini. Nanti Datin tinggal nyalakan api la. Semua dalam list yang datin nak." jelas sumayya pekerja kepada Ying itu.

"Baik. Nanti untuk bayaran jumpa saya kat dapur ye." kata Datin Fatimah.

"Baik Datin." jawab Pekerja itu. Datin meninggalkan pekerja itu untuk membuat kerjanya. Datin terus melangkah ke bawah untuk menuju ke dapur.

Selesai sahaja tugasnya Sumayyah mengenakan sentuhanya yang terakhir iaitu menyusun kelopak bunga pada katil dengan kreatif.

Dia telah menyiapkan tugasnya di sini. Kini tinggal anak Datin tu jalani sahaja dan menyalakan api pada lilin yang harum ini. Memang bos nya yang memilih lilih yang berbau harum lavender untuk menaikkan lagi suasana romantik pada bilik ini nanti.

Sumayya mengemas bilik ini dan terus mengunci bilik ini setelah dia keluar. Sumayyah mengambil kunci ini dan membawanya turun ke dapur untuk diserahkan pada Datin Fatimah.

"Datin kerja saya dah siap. Ni kunci bilik itu."kata Sumayyah sambil menghulurkan kunci bilik pada Tuan Punya Rumah.

"Dah siap. Terimah kasih sumayya. Eh duduk dulu minum petang dengan saya, Ni haa ada cempedak goreng mak ija masak. Meh meh." pelawa Datin Fatimah.

"Terima kasih datin." balas Sumayya menerima pelawaan Datin. Memang dirinya tidak sempat makan tengah hari kerana banyak tugas yang diberikan oleh bosnya padanya.

------

Okay sorry lambat update.
Buzy sikit.

26/7/16
12.05 AM

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now