Rayyan menjadi serius selepas kejadian bersama isterinya di rumah mummynya. Safiyya menjadi hairan, Rayyan sering pulang malam ke rumah dan tidak lagi sering bersapa dengan isterinya.
Safiyya yang duduk di rumah nya itu terasa hairan. Apa yang telah terjadi pada suaminya. Bertegur siapa pun tidak, pulang awal pun tidak, bergaul dengannya lagi pun tidak.
Safiyya cuba untuk mendekati suaminya, tetapi Rayyan sering menjauhi Safiyya. Air mata Safiyya mula mengalir di pipinya. Terasa baru semalam dia dapat merasakan kelembutan Rayyan. Kini Rayyan telah kembali ke sifat asalnya.
Apa yang tidak dia inginkan berlaku lagi. Terkadang Safiyya terasa seperti perempuan simpanan Rayyan. Bile rasa itu datang, dia cepat cepat menggelengkan kepala dan ber istighfar.
'Apa aku salah memberikan kehormatan aku padanya' Kata Safiyya dalam hati yang sedang duduk di ruang tamu.
'Tapi dia suami aku. Dia layak mendapatkannya. Tapi kenapa secepat ini dia berubah?' sambungnya lagi. Air mata Safiyya kembali mengalir kali ini air matanya turun dengan laju.
Safiyya malas hendak berfikir lagi. Dia segera bangun nak bersiap, tapi dia sendiri belom tahu kemana akan kakinya melangkah.
Setelah bersiap Safiyya duduk di atas kerusi meja riasnya sambil main fonnya untuk msg pada suaminya meminta izin untuk keluar rumah. Walaupun hati nya sedih dengan kelakuan suaminya, tapi tanggungjawab sebagai isteri tetap perlu dia lakukan.
'Abg , saya nak minta izin keluar rumah sekejap.' - Safiyya.
Safiyya menunggu sambil membetulkan tudung dan niqabnya di depan cermin. Safiyya yang sedang memakai handsock itu mula terfikir untuk berjumpa dengan kembarnya. Tak sampai beberapa minit satu msg masuk dalam telefonnya.
'K.' - zauji ❤
Satu msg yang menyakitkan. Suaminya betul betul telah berubah. Ada apa dengan kebaikannya selama ini, kata Safiyya dalam hati.
Safiyya mengemas beg tangannya dan segera turun. Semasa menuruni tangga Safiyya terserempak dengan Pembantu rumahnya itu.
"Kak, saya keluar dulu ye" kata Safiyya.
"Baik puan" balas pembantunya itu yang sedang mengemas meja televisyen.
Safiyya terus keluar dari rumah itu dan menghalang satu teksi yang ingin melalui jalan di sekitar perumahannya itu.
'Nasib ada teksi' kata hatinya.
Safiyya terus menyebut alamat syarikat milik ayahnya itu dan mereka begerak menuju ke tempat yang dia katakan itu. Nasib baik jam masih belom menunjukkan jam pulang kerja waktu pejabat.
Sesampainya di syarikat ayahnya itu, Safiyya terus naik ke bilik tempat Eriqa berada. Dia lega kerana menjumpai Eriqa yang sedang berehat.
Safiyya mengetuk pintu bilik kerja Eriqa dengan begitu formal. Dia ingin mengejutkan Eriqa tentang kehadirannya.
TOK! TOK! TOK!
"Masuk" kata Eriqa sambil memejamkan mata. Safiyya pun melangkah masuk ke dalam bilik kerja Eriqa itu.
"Ada apa? " sambung Eriqa.
"Puan, Puan ada temujanji sekarang puan." kata Safiyya berpura pura.
Eriqa yang berasa suara asistennya itu sangat pelik segera membuka mata dan memandang empunya suara tiada sesiapa di hadapan meja kerjanya. Dia terdengar seperti suara Safiyya di dekatnya.
Safiyya yang pantas terus menunduk menyembunyi di bawah meja hadapan supaya Eriqa tidak tahu. Dia terus gelak kecil di bawah meja itu.
"Macam suara Safiyya je tadi." Kata Eriqa sambil matanya memandang di setiap sudut bilik kerjanya hanya ada dirinya.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...