Bab 23

8.1K 200 2
                                    

Safiyya bangun awal seperti biasa. Dia mengemas tempat tidurnya di atas lantai. Lantai? Ye lantai. Kerana keegoaan Rayyan, dia mencampakkan bininya untuk tidur di atas lantai tanpa mengunakan alas tidur hanya lah berbantalkan telekungnya.

Safiyya membersihkan diri dan mengurus segala keperluan suaminya sebelum suaminya berangkat kerja. Kerja? Ia Rayyan mengambil keputusan untuk berkerja daripada berbulan madu bersama orang yang tidak pernah dia sayangi. Mereka telah bincangkan hal ini berdua dan disetujui oleh Safiyya walaupun hatinya berat.

Selesai menyiapkan barangan kerja suaminya. Safiyya turun ke bawah untuk membantu menyiapkan sarapan pagi buat keluarga suaminya. Mulai sekarang Safiyya sudah menjadi isteri kepada Rayyan. Kemana sahaja Rayyan bawak, Safiyya harus ikut.

Safiyya melihat pembantu rumah keluarga ini sedang menyiapkan sarapan pagi. Safiyya melangkah masuk ke dapur dan menegur pembantu rumah itu.

"Mak Ija nk masak apa nih?" tegur Safiyya sambil menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan pembantu rumah itu. Mak Ija yg melihat rupa sebenar menantu majikannya itu tanpa purdah membuat dia sedikit terkejut dengan wajah yang putih dan mulus terdapat cahaya apabila memandang wajah itu.

"nak masak kuey teow goreng ni ha. Puan duduk la depan dulu nanti dah siap mak Ija panggil." balas Mak Ija tidak selesa menantu majikannya berada di dapur.

"tak payah la berpuan puan dengan saya mak Ija. Panggil saya Fiyya je. Eh ni, tak pe la mak Ija biar Fiyya tolong." Safiyya membetulkan situasi untuk membuat Mak Ija selesa dengannya. Maklum lah Safiyya orang baru di rumah yg besar ini.

"Tak pe ke ni Puan? Eh erm Fiyya?" tanya mak Ija pada Fiyya.

"betul la Mak Ija. Tak pom biar saya masak. Mak Ija buat air." Safiyya berkata kata sambil mengambil sudip dan kuali keluar dari tempatnya.

"erm. Kalau dah Fiyya sendiri nak tolong. Mak Ija ikut je, barang barang semua kat peti sejuk. Cuma perlu keluarkan dan terus masak je." kata Mak Ija membantu

"Baik Mak Ija" Safiyya terus berdiam diri dan mula memasak menu hari ini.

Rayyan terjaga dari tidurnya dan mendapati isterinya tidak berada di tempat tidurnya. Rayyan memandang sekeliling mencari susuk tubuh isterinya tapi masih tidak kelihatan. Malah, dia melihat baju kerjanya yg telah siap di gosok dan beberapa hal kerjanya terletak rapi di atas meja.

Rayyan merasa bahagia dapat mengerjakan isterinya sejak hari pertama mereka sudah sah bergelar suami isteri. Baginya, ini baru permulaan untuk isterinya itu. Masih ada lagi yg ingin dia kerjakan. Tapi disudut hatinya yg lain, dia merasa kasihan kerana kelakuannya. Rayyan cepat cepat mengalihkan pemikirannya.

Rayyan bangkit dari katilnya dan mencapai handphone nya mendapati ada message dari sahabatnya Iqram.

'Lunch dengan aku tengah hari ni.'

Rayyan kembali menutup handphonenya dan meletakkan di atas meja rias yg kini telah menjadi milik isterinya. Tapi Rayyan tidak menganggap barangnya menjadi milik isterinya. Baginya, dia hak dia. Aku hak aku. Rayyan mencapai tuala mandinya dan melangkah masuk bilik air untuk membersihkan dirinya tambahan pula untuk bersiap sedia pergi ke kerja.

Selesai mandi Rayyan memakai baju kerjanya serta mencapai beg kerjanya dan melangkah keluar bilik untuk turun bersarapan bersama ahli keluarga yang lain.

Safiyya yang sedang membantu mak Ija menyiapkan Sarapan ditegur oleh Mak Mertuanya untuk berhenti menolong Mak Ija tetapi dia masih berkeras untuk menolong. Safiyya buntu untuk melakukan apa jika dia tidak membantu Mak Ija ini.

"Morning Abg. Morning Rayyan" tegur Datin Fatimah sejurus melihat suaminya turun tangga bersama anaknya membuatkan Safiyya ingin ke belakang tetapi di tahan oleh mak mertuanya untuk duduk sarapan bersama.

"morning" jawab suaminya.

"morning my." serta Rayyan.

"macam mana semalam? Tidur nyenyak?" tanya Datin Fatimah memandang kedua pengantin baru itu. Membuatkan wajah Safiyya memerah dan tidak selesa.

"semalam? Ok je nyenyak je. Kan?" jawab suaminya sambil memandang Safiyya. Dan diberi jawapan dengan anggukan dari isterinya.

"erm. Eh? Rayyan Kerja hari ni? Abg? Why Rayyan kerja? Bukan sepatutnya dia pergi honeymoon ke?" tanya Datin Fatimah pada suaminya.

"Rayyan Sibuk la my. Banyak kerja kene buat. Lagipun Safiyya pun oke je dengan keputusan Rayyan kan awak?" jawab Rayyan lagi dan dibalas anggukan Safiyya sambil dia menuang air untuk keluarganya barunya ini.

"kalau kerja je memang la tak akan habis." datin Fatimah masih tidak berpuas hati.

"tuh la. Puas saya pujuk anak awak ni untuk pergi honeymoon. Dia tak nak juga. Katanya ada suprise sendiri." Dato Aizuddin bersuara.

"suprise? Suprise apa Rayyan?" soal Datin Fatimah tidak sabar sambil memakan makanannya.

"haa. Ehem ehem, Rayyan nak bawak Safiyya ke rumah Rayyan. Biar kami dapat kenal dulu hati masing masing. Ye la kan kawen ni atas dasar keluarga. So, Rayyan nak kenal Fiyya dengan cara Rayyan sendiri." Rayyan memberitahu semua dan dengan pemberitahuan itu membuatkan Safiyya sedikit terkejut. Ia hanya mampu berserah pada Tuhan akan takdirnya yg akan datang kelak bersama suaminya.

"ala. Tak terlalu awal ke. Mummy pon tak habis tumpang kasih pada Safiyya ni ha. Tak puas lagi mummy nak keluar ngn menantu mummy sorang ni." Datin Fatimah berkata dengan nada sedih.

"tak pe la my, nanty mummy boleh datang kalau mummy free. Tak pun nanty Fiyya suruh abg hanta Fiyya ke butik mummy buat hilang bosan" Jawab Safiyya bernada merdu dan halus. Dalam hatinya berharap dia tidak pindah memana mana. Tapi apa kan daya, kata suami harus dituruti.

"erm. Nak buat macam mana dah suami isteri ni berkeras juga. Mummy lepaskan je la." balas mummynya sambil bersedih.

"bile nak berangkat pindah?" sambung Datin Fatimah.

" malam ni my. Lagipun, esok Rayyan kan x kerja." jawab Rayyan.

"biar kan la mereka. Nak sweet sweet berdua. Tak nak kene ganggu dengan awak la tu." kata Dato Aizuddin mereka hanya mampu gelak dan senyum.

"ish abg ni. Dah la makan cepat" kata Datin Fatimah. Mereka sambung lagi sarapan mereka yang tertangguh kerana perbualan tadi.

"oke la ma, pa. Rayyan pergi dulu." kata Rayyan Sambil bangkit dari tempat duduknya dan diikuti Safiyya yang ingin menemani suaminya pergi ke kerja. Dia memegang kot kerja dan beg kerja suaminya sambil melangkah mengikuti suaminya ke luar rumah.

"terima kasih." kata Rayyan pada Isterinya tapi sayangnha tidak sekali dia memandang wajah isterinya.

"sama sama" balas Safiyya.

"nanti malam kau siap siap, Kite pindah. Kemas baju tuh je." kata Rayyan sambil bangun dari memasang kasutnya.

"baik abg." balas Safiyya dengan lemah lembut dan memberi barang kerja suaminya. Safiyya menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya sebelum pergi kerja tetapi tidak disambut oleh suaminya. Rayyan pergi tanpa menoleh pada isterinya. Safiyya menemani kepergian suaminya melalui pandangan matanya sahaja.

----
Sorry kalau boring.
:(

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now