Bab 60

8.9K 168 2
                                    

"Safiyya nak apa apa tak sayang?" kata Rayyan pada Safiyya.

Safiyya tidak membalas. Dia malah berdiam diri dan tidak memandang Rayyan. Cukup hati nya kini terluka dengan apa yang sebenarnya berlaku antara dia dan Rayyan selama ini hanya kepura puraan.

Rayyan cuba menyentuh pipi Safiyya untuk dia melepaskan rindu. Dengan segera Safiyya paling wajahnya untuk mengelak dari disentuh Rayyan.

Rayyan terkejut dengan tindakan Safiyya setelah dia sedar ini. Sikapnya berubah. Rayyan rasa tidak sedap hati, dia menyangka dalam kepalanya sekarang Safiyya mengalami amnesia.

Dengan tiba tiba pintu bilik wad Safiyya dibuka dan mereka berdua melihat susuk tubuh Doktor Uwais bersama dua orang jururawat dk sampingnya. Di belakang nurse tersebut ada susuk tubuh yang dia kenali. Iaitu Eriqa dan Iqram.

"Pagi Puan Safiyya." tegur Doktor Uwais pada Safiyya yang sedang memandang Eriqa.

"Pagi" jawab Safiyya. Hanya itu ayat yang keluar dari bibirnya sejak dia sedar.

Doktor Uwais segera memeriksa Safiyya tetapi di tolak oleh Safiyya dengan lembut.

"Saya nak jururawat tu yang periksa saya." kata Safiyya.

"Baik puan" patuh Doktor Uwais itu.

Doktor itu segera melangkah ke belakang dan membiarkan 2 orang jururawat itu memeriksa Safiyya dengan rapi. Doktor Uwais itu tersenyum melihat sikap Safiyya yang masih berjaga jaga walaupun keadaannya masih belum sepenuhnya stabil.

'Sebab sikap awak ni la saya jatuh hati kat awak Safiyya.' bicara hati Doktor Uwais sambil tangannya memeluk tubuh.

"Apa yang puan rasa sekarang puan?" tanya Doktor Uwais dari belakang jururawat itu.

"Sakit" jawab Safiyya sambil matanya melirik ke arah suaminya.
"Masih sakit di bahagian mana puan?" tanya doktor itu lagi.

"HATI!" jawab Safiyya lagi dengan sengaja menekan kata kati itu sambil melirik ke arah suaminya lagi.

Rayyan terus memandang Safiyya pelik. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Safiyya sekarang dan apa yang cuba dia sampaikan.

Doktor Uwais juga turut pelik dengan jawapan yang Safiyya katakan itu. Tapi dengan memandang wajah Safiyya yang sedang memandang Rayyan dengan tatapan Tajam, dia mengerti apa yang di sampaikan oleh Safiyya tadi.

"Bawak bincang puan. Tak semua kita tahu itu buruk. Cari tahu dulu perkara sebenar" balas Doktor Uwais dengan tiba tiba.

Safiyya memandang Doktor Uwais itu. Suara itu seperti biasa didengar bagi Safiyya. Segera Safiyya membuang wajahny ke arah suaminya.

Dengan apa yang doktor itu katakan, Safiyya rasa ada betul nya apa yang dikatakan oleh doktor itu. Dia tidak mendengar secara jelas apa yang dibincangkan. Tapi hatinya cukup sakit dengan pengakuan Rayyan tadi.

"Semua dah siap Doktor, puan Safiyya dah Stabil sepenuhnya" kata Jururawat yang memeriksa Safiyya.

"Tapi masih lagi kene rawat dalam 2/3 hari doktor. Sebabnya darah perut pesakit masih belom kering" jawab jururawat satu lagi.

Safiyya memandang jururawat itu pelik. Apa kene mengena kepalanya dan perutnya. Seingat Safiyya hanya kepalanya dan kakinya yang berdarah. Melainkan..

Safiyya terus membulatkan matanya yang sudah bergelinangan air mata dan memandang Rayyan. Rayyan yang melihat wajah isterinya turut sedih.

Rayyan terus memeluk Safiyya yang sudah terduduk di atas katil nya itu. Rayyan juga turut duduk di samping Safiyya dan memeluknya kembali.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now