Bab 19

8.3K 179 1
                                    

Jam menunjukkan pukol 3.00 pagi. Safiyya terbangun untuk melakukan rutin hariannya iaitu melakukan solat di 1/3 malam. Dimana hanya waktu ini saje dia dapat bersendirian dan meluangkan waktu untuk melakukan ibadat.

Safiyya melangkah menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum 'dating' dengan sang Pencipta. Hanya dengan solat 1/3 malam dia dapat tenangkan hatinya dengan masalah masalahnya di siang hari.

Seusai solat sunat dan solat sunat Tahajjud, Safiyya menangis sepuas puas hatinya. Ini la masanya untuk dia melepaskan semua.

Safiyya mengangkat kedua tangannya dan berdoa sambil ditemani dengan bunyi esakan tangisannya. Betapa dia bersyukur dapat kenikmatan dari Sang Ilahi. Dan Safiyya juga berdoa memohon petunjuk dari Allah tentang perjodohan yg akan dilaksanakan. Sungguh dia lemah tanpa petunjuk Allah.

Seusai Doa Safiyya melanjutkan rutinnya dengan membaca ayat suci AlQuran. Dia memulakan bacaan dari surah Waqiah dan Yasin berserta Surah Al Mulk (surah ni dapat hindari kita dari seksaan kubur). Tangannya tak lenkang dari memegang tasbihnya. Mulutnya mula berkumat kamit memulakan bacaan ayat suci Al Quran sambil menunggu menjelangnya Subuh.

Seusai solat subuh berjemaah dengan kembarnya, mereka mula merapikan bilik tidur mereka dan membersihkan diri. Safiyya dan Eriqa telah bersiap untuk berangkat mengikut haluan masing masing. Eriqa bersiap untuk pergi pejabat ayahnya, manakala Safiyya bersiap sedia untuk pergi ke majlis ilmu taman taman syurga. Mereka turun ke bawah untuk bersarapan bersama keluarga mereka.

"Eriqa macam mana baju Safiyya yg Datin Fatimah design kan tuh? Cantik tak? Ibu jadi tak sabar nak tengok." Tegur Puan Badiah pada anaknya saat mereka makan.

"Erm ibu." Eriqa mengunyah dan menelankan makannya dengan paksa lalu mengambil minuman untuk meredakan sedikit sakit di tekanya. Mana tidaknya makanan yg belum lumat di telan paksa.

"Ish kamu ni Badiah. Bagi lah si Eriqa ni habis makan dulu. " Jawab Encik Adam.

"Ibu, baju tu cantik. Cantik sangat pandai Datin Jahit. Tak terlalu over. Just nice kene dengan Safiyya. " balas Eriqa sambil memegang tangan kembarnya dan masing masing membalas dengan senyuman.

"Bila siapnya?" Tanya Puan Badiah.

"Inshaa Allah kata Datin Fatimah weekend ni Safiyya boleh cuba pakai dah." Sambung Eriqa lagi. Membuat hati Safiyya mendegup kencang saat mendengar kata kata itu dari Eriqa.

"Bagus la. Ibu jadi tak sabar pulak nak tengok." Jawab Puan Badiah bernada gembira. Anak kembarnya itu hanya mampu balas dengan senyuman.

"Erm ok la bu, Eriqa pergi dulu. jom Safiyya." Eriqa bersuara selepas makan.

"Eh, Safiyya nak pergi mana pulak?" Tanya ibunya.

"Safiyya nak pergi majlis ilmu bu. Sekejap je bu. Nanti lunch time Eriqa hantar sini balik sambil makan tengah hari kat sini." Jawab Safiyya bersuara halus dan lemah lembut.

"Ha ye la. Ok la kalau macam tu. Hati hati ye anak anak ibu. Bawak kereta hati hati." Pesan Puan Badiah.

"Ok ibu. Assalamualaikum. " jawab mereka serentak.

••••

Semasa Majlis ilmu selesai, seseorang telah menegur Safiyya.

"Excuse me, are you Eriqa Safiyya?" Tegur seseorang dari belakangnya.

"Yes I'am. And you.?" Balas Safiyya

"Masha Allah Ukhti. Ni ana la. Nusaibah Rashid." Balasnya.

"Masha Allah ukhti. Keciknye dunia ni hingga kita dapat berjumpa semula. Lepas ana balik, ana langsung lost contact dengan ukhti." Jawab Safiyya setelah berjaya mengingat kawannya.

"Itu la. Ana pun lupa nak ambik number contact ukhti. Tapi sekarang, kita dah disatukan kembali Oleh Allah di dalam majlis ilmu ni. Ana bersyukur sangat." Balas Nusaibah.

Untuk pengetahua semua, Nusaibah dan Safiyya merupakan sahabat baik sewaktu Safiyya menuntut ilmu. Nusaibah la tempat kedua untuk dia mengadu masalah. Nusaibah sangat memahaminya. Mereka langsung tidak ada rahsia antara satu sama lain bile ada masalah. Nusaibah kini menjadi seorang niqabis itu yang menyebabkan Safiyya tidak kenal siapa yang menegurnya tadi.

"Eh, ha jom kita coffee coffee dulu kat area sini boleh sambung berborak." Ajak Nusaibah.

"Ok jap kemas kemas jap." Balasnya.

"Ok dah. Jom." Sambung Safiyya.

Mereka menaiki kereta Myvi milik Nusaibah dan memulakan perjalan ke cafe cafe berhampiran. Banyak perkara aku nak kene cerita dekat Safiyya ni. Can't wait to tell her. hati Nusaibah excited. Mereka berhenti di cafe Hijau yg berhampira dengan tempat majlis ilmu itu dan berjalan masuk menuju ke kaunter untuk ambil order.

"Give me one big ice cream Hipster. I nak flavour yam, strawberry and chocolate" pesan Nusaibah lalu membayar harga nya. Mereka duduk di tempat yang agak privacy supaya mereka bebas untuk membuat apa sahaja. Gelak, nangis, marah and else.

"So ukhti duduk mana sekarang?" Tanya Safiyya

"Erm ana duduk di rumah sewa ana. Di shah alam berhampiran dengan i-city tu." Jawab Nusaibah

"Serius? Ana pun duduk di shah alam, seksyen 7." balas Safiyya excited

"Masha Allah lagi kecik dunia ni ye. Dekat rupanya kita. Tak pe nanti ana main main di rumah ukhti ye. Jangan halau pulak. Haha" gurau Nusaibah pada sahabatnya.

"Haha astaghfirullah takkan la ana nak buat begitu pada ukhti. Ana tinggal dengan keluarga. boleh je nak main main ke rumah ana. Lagipun, ana tak buat apa bagus juga kalau ukhti datang. Tidur sana pun tak pe. Hee" balas Safiyya. Dan pesanan mereka sampai di Meja.

"Give me one more spoon please." Arah Nusaibah.

"Baik Cik." Jawab pekerja itu dengan patuh. Dan menyerahkan sudu itu pada Nusaibah.

"Thank you." Balas nusaibah. Dan dibalas dengan tundukkan hormat.

"Oke sambung balik, ana kerja la. Sibuk sangat sekrang. Maybe next month ana datang rumah ukhti. Ok?" Sambung Nusaibah.

"Ana ok je. By the way. Tak ada cerita ke ukhti ni lepas balik jordan." Sakat Safiyya.

"Erm ukhti ni taw taw je. Hee. Ana sekarang tengah keliru. Sebab ada dua orang masuk melamar ana. Tapi ana tak tahu nak pilih mana. Yang sorang ni baik sangat dengan ana. Selalu ada masa ana perlukan seseorang. Sorang lagi, erm tak tau nak cakap. Dia suka buli ana. Jadi ana keliru sekarang, ana tak tahu nak pilih mana." Luahnya pada Safiyya.

"Hati ukhti sekarang pilih yang mana? Kalau susah sangat istikharah je ukhti. Ni soal hidup ni. Bukan boleh bawak main main. Istikarah minta petunjuk dari Ilahi. Inshaa Allah itu yang terbaik. Masalah jodoh ni soal serius ukhti." Jawab Safiyya bernada serius tapi tetap berlemh lembut.

"Erm ok. Mungkin ada betulnya kata ukhti" balas Nusaibah. Sambil menyuapkan aiskrim di mulutnya.

Mereka terus makan ais krim yg aa da di depan mereka. Sampai la Safiyya melihat jam sudah pun hampir ke jam 12.00 tengah hari. Dia terus mengambil handphone nya dan menaip msg dan menghantar locationnya sekarang.

Tak sampai setengah jam mereka berbual bual kosong. Eriqa menelefonnya mengatakan dia telah tunggu di luar kedai. Safiyya cepat cepat mengemas barangnya dan meminta diri untuk pulang kerumah kerana kembarnya telah menunggu di luar kedai untuk menjemputnya.

"SAFIYYA!" nyahut Nusaibah. Dan safiyya menoleh ke belakang.

"Ni cad saya. Nanti free contact ye." Sambungnya lagi. Safiyya terus mengambil cad dari tangan Nusaibah dan mengucapkan terima kasih pada sahabatnya itu. Safiyya mendoakan supaya mereka dapat jumpa lagi di lain hari.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now