Bab 3

12.8K 297 3
                                    

Selepas melihat sadara kembarnya di pejabat tengah hari tadi. Eriqa bersemangat ingin menghabiskan kerjanya hari ini walaupun memenatkan badannya. Baginya, tiada apa yg dapat menggantikan kembarnya dari hal kerja atau dunia. Mereka telah berpisah sepanjang mereka menuntut ilmu. Mereka mempunyai hobi dan cita cita yang berbeza.

Eriqa segera turun dari pejabatnya dan melangkah laju menuju ke keretanya. Dengan kadar yang segera dia terus memecut laju keretanya menuju ke rumahnya.

'Mujur tiada banyak kereta petang ni.' Bersyukur Eriqa dalam hatinya.

Eriqa memakirkan kereta Honda City nya ke dalam garaj kereta rumahnya. Eriqa segera keluar dari perut kereta menuju masuk dalam rumahnya dalam keadaan dia berlari lari anak. Hati nya bergembira buat masa sekarang kerana bakal berjumpa kembarnya yg dah lama dia tidak bersua.

"Ibuuuuu!!!..ibuuu!!!..ibuuu!!! Mana Piyaa ibuu.." jerit Eriqa pada ibu nya sambil kakinya menuju ke dapur..

"Salam tak ada apa ada. Nak buat orang sakit jantung agaknya anak aku sorang ni." Perli ibunya pada Eriqa.

"Assalamualaikum ibu..Piyaa mana buu.." sambil mengoncang tubuh ibunya perlahan lahan.

"Sini~" Safiyya muncul depan biliknya sambil melambai tangan pada kembarnya dengan muka yg mengejek.

"Piyaaaaaa!!!!" Jerit Eriqa sehingga bergema rumah mereka sambil kakinya melangkah ke atas ke tempat berdiri kembarnya sekrang.

Safiyya mendepakan tangan nya untuk menyambut kembarnya dalam pelukan. Eriqa mendapatkan pelukan. Di mengeratkan pelukan mereka sambil melepaskan rindu antara satu sama lain. Yg telah lama berpisah. Tangisan demi tangisan, ucapan demi ucapan mereka ungkapkan.

Selesai berpeluk, mereka masuk ke dalam bilik Safiyya untuk bercerita kan semua apa yg patut dia cerita kan. Safiyya merasa bangga dapat jejak ke malaysia dengan selamat. Dia juga bangga dapat menghabiskan pengajiannya di sana. Kini, dia akan menetap di malaysia bersama keluarganya.

Setelah pulang ke rumah. Rayyan merebahkan tubuhnya ke atas katilnya yang bersaiz king. Rayyan melelapkan mata nya seketika bagi menghilangkan kengantukannya dan kelelahannya setelah seharian berkerja.

Deringan handphone yang datang dari handphone milik nya membuatkan Rayyan bangun dari lenanya. Dia melihat jam menunjukkan pukul 7.00 malam dan nama yng tertera di skrin handphonenya ialah 'FARAH ANDERSON' iaitu buah hatinya sendiri.

Farah Anderson adalah anak kacukan belanda yg dilahirkan di Turki. Mempunyai darah melayu pda belah bapanya. Dia telah menjadi buah hati kepada Rayyan genap 2 tahun. Mereka berjumpa saat Rayyan menghadiri Majlis Hari Lahir bapanya. Mereka bersatu hanya keran hubungan baik antara syarikat bapanya dengan syarikat Rayyan. Bukan atas dasar Cinta.

"Hello sayang, how are you honey?" Soal Farah setelah beberapa bulan mereka tidak bertemu akibat kesuntukan masa nya sebagai seorang Model Antarabangsa. Jadualnya yang padat membuatkan mereka jarang berjumpa.

"Hi, i'm fine thank you sayang. Bila balik Kuala Lumpur?"soal Rayyan pada Farah dengan suara yang mendatar.

"I baru sampai ni. You esok hangout jom i free esok. Jom la sayang lagi pun kita dah lama tak jalan keluar." Kedengaran suara manja Farah di corong telefon. Membuatkan Rayyan naik menyampah dengan sikap Farah.

"Okey jom. Esok jumpa tempat biasa di pukul 10 pagi. Okay?" Soal Rayyan walaupun hatinya malas hendak keluar esok. Dirinya ingin berehat sehari. Tapi apa kan daya, dia hanya memikir kebaikan syarikat pada masa akan datang.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now