Safiyya terjaga pada pukul 4.00 pagi. Dia mengambil keputusan untuk mendirikan solat tahajud dan taubat serta solat hajat. Hatinya tak tenteram sejak kejadian malam semalam bersama suaminya dia ruang tamu.
Selesai solat, safiyya duduk berzikir menunggu azan subuh berkumandang. Dia tidak boleh tidur, Safiyya harus menyediakan sarapan untuk suaminya. Apa agaknya sikap suaminya nanti ye, apakah masih sama macam semalam atau berubah seperti biasa.
Cepat cepat Fiyya menggelengkan kepala dan teruskan berzikir. Dia tidak boleh fikirkan suaminya buat seketika ini. Safiyya berhenti berehat seketika apabila dia merasa sakit di belakang kepalanya. Safiyya keluar mengambil air untuk diminum.
Tengah dia duduk di kerusi dapur, azan subuh telah pon berkumandang. Safiyya menguatkan diri untuk bangkit dan mendirikan solat subuh. Walaupun Safiyya masih dalam keadaan sakit, dia tetap kuat untuk membuatkan sarapan buat suaminya.
Safiyya bangun dan mengemas peralatan solatnya untuk melakukan tugas sehariannya di rumah ini. Safiyya memulakan tugasnya di dapur, dia ingin memasak sarapan buat suaminya.
Selesai menyediakan sarapan di atas meja, safiyya pergi ke dapur semula untuk basuh pinggan yang telah digunakan tadi. Tengah tengah dia melakukan kerja, dia mendengar suara suaminya yang menegurnya.
"Morning." Kata Rayyan dari tempat duduknya.
"Morning.." teragak agak Safiyya untuk membalasnya. Pelik dari semalam, apa yang membuatkan suaminya itu berkelakuan baik padanya. Mungkin hanya kerana serba salah kerana sikapnya semalam. Kata hati Safiyya mengagak.
"Duduk sini sekali meh." Kata Rayyan.
"Fiyya banyak kerja." Katanya cuba untuk berdalih.
"Kerja tu semua bukan kerja Fiyya. Nanti ada seorang pembantu rumah datang. Dia akan buat semua kerja tu," kata Rayyan sambil memakan nasi goreng buatan isterinya.
Safiyya yang mendengarkan itu terus balik tubuh menghadap suaminya dari jauh. Makin pelik dia dengan sikap suaminya ini. Apa agaknya yang terjadi dengan sikap suaminya ni
"Eh, abg tak kerja ke?" Kata Safiyya setelah melihat suaminya tidak memakai baju pejabat.
"Aku ambik cuti." Jawab Rayyan acuh tak acuh.
"Abg sakit ye..Fiyaaa pon ta.." kata Fiyya
"Tak aku tak sakit. Aku cuma nak luangkan masa dengan kau." Rayyan memotong kata isterinya itu.
"Fiyya, nanti kau pindah kat bilik aku. Bilik tu nanti, bibik baru tu yang duduk." Jelas Rayyan.
"Tapi Fiyya selesa dengan bilik tu." Fiyya cuba berdalih.
PAP!
Rayyan menghentak tangannya dia atas meja.
"Aku tak suka Bantahan!" Kata Rayyan bersuara garang.
"Baa..baa.baaiikkk" kata Fiyya gagap kerana takut dengan sikap suaminya itu yang sudah bertukar ke sedia kala.
Memang betul, Rayyan adalah seorang CEO Syarikat dan dia paling tidak suka bantahan bila dia mengarahkan orang itu untuk melakukan sesuatu.
Selesai makan, Rayyan mengangkat pinggan dan cawan yang di gunakan tu dan nak diletakkam di atas singki. Tetapi tubuh isterinya menghalangnya.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...