Bab 56

8.1K 174 2
                                    

"Ibu" panggil Eriqa dari belakang.

Panggilan itu tidak dinyaut. Tapi dinyaut dengan tangisan yang tak henti henti kedengaran di telinga nya ini.

Eriqa terus memeluk ibunya dari belakang. Puan Badiah terus memegang tangan yang sedang memeluk nya itu dan tangisannya semakin kuat. Nasib dalam surau itu tidak ada sesiapa. Hanya mereka berdua.

Eriqa terus meletakkan kepalanya di belakang ibunya, untuk meredakan sedikit tangisan ibunya itu.

Eriqa tidak mahu menanyakan apa apa pada Ibunya dahulu. Biar la ibunya ini melepaskan tangisan nya dahulu sebelum menceritakan apa apa.

Dan tanpa Eriqa bertanya, Puan Badiah terus memberitahu apa yang terjadi pada Safiyya di dalam sana sambil ditemani esakan tangisannya itu

"Fiyya koma. Fiyya keguguran iqaaaa" kata Puan Badiah terus menguatkan tangisannya..

Eriqa yang mendengar terus terkejut sampai sebegitu teruk kah Safiyya Eksiden. Siapa yang sanggup langgar Safiyya kata Hati Eriqa.

'Something wrong somewhere' sambungnya lagi dalam hati.

"Kenapa ini jadi kat anak ibu." kata Puan Badiah.

Eriqa terus menghadap ibunya itu dari depan dan terus memeluknya untuk menenangkan dia sedikit.

"Ibu Tuhan bagi dugaan ni kat kita sebab Tuhan tahu kita mampu untuk hadapi. Tak mau lemah macam ni bu, kalau Fiyya nampak mesti Fiyya pun ikut sedih. Kita kene kuat semangat tak mau sedih sedih. Kalau kita kuat semangat, Fiyya pon kuat semangat nak lawan sakit dia tu." Eriqa terus memberi kata kata semangat pada ibunya walaupun dirinya juga lemah. Ye la kembar kot eksiden, mesti la Eriqa terasa.



Sementara Eriqa sedang memujuk Ibunya, Iqram yang tadi berpisah jalan dengan Eriqa di hospital ini terus pergi mencari kelibat Rayyan.

Selepas menemui Rayyan, Iqram melihat dari jauh yang Rayyan nampak kusut tidak seperti tadi dia bertemu dengannya. Ada apa ini tanya hati Iqram.

Dia segera melangkah menuju ke Rayyan. Saat tangannya menegur bahu Rayyan, Rayyan hanya mengangkat muka dan terus menutup mukanya kembali.

"Bro, apasal ni?" tanya Iqram.

Namun tidak dijawab oleh Rayyan. Hanya ditinggal sepi soalan itu.

"Bro, kusut je aku tengok kau" kata Iqram.

Namun tiada juga jawapan atau ungkapan suara dari Rayyan. Dia tidak menghiraukan apa yang Iqram katakan.

"Bro, cite la kat aku." kata Iqram yang mencuba lagi.

Akhirnya dengan kata kata itu, air mata Rayyan kembali jatuh di pipinya. Iqram yang melihatnya jadi serba salah. Tak patut rasanya dia berkata begitu pada Rayyan.

Saat kakinya cuba untuk meninggalkan Rayyan seorang. Niatnya hanya untuk memberikannya sedikit ruang. Tapi, saat badannya sudah bangun, Rayyan membuka suara.

"Safiyya koma" hanya itu yang keluar dari mulut Rayyan. Dan membuatkan langkah Iqram terhenti. Dia terus kembali duduk di samping Rayyan untuk mendengar apa yang Rayyan hendak katakan

"Aku cuai, tak jaga Safiyya. Sampaikan anak aku pun hilang. Dia sepatutnya tumbuh sihat dalam perut Safiyya. Tapi sebabkan aku cuai, anak aku pon hilang." kata Rayyan suaranya bergema menahan tangisan.

"Safiyya mengandung?" tanya Iqram yang pelik.

"Ye. Tak sampai sebulan lagi." jawab Rayyan.

"Sabar la Rayyan. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kau. Sebab tu dia bagi kau hadapi takdir macam ni" kata Iqram cuba menghilangkan kesedihan Rayyan.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now