Bab 46

8K 167 3
                                    

"Uhuk uhuk." Safiyya mendengar namanya di sebut dan mummynya mengeluarkan hasratnya untuk ada cucu itu mengejutkannya.

Rayyan segera menepuk belakang isterinya untuk meredakan isterinya itu dari batuknya. Manakala Eriqa membantu memberi air pada kembarnya sambil mempertawakan gelagat Safiyya.

"Rezeki tu milik Allah. Tuhan tak bagi uhuk.. Tak bagi lagi nak buat macam mana." kata Safiyya dengan suara tersekat sekat di satu sudut hatinya juga sedih. Kerana sepanjang perkahwinan mereka berjalan. Suaminya belom sentuhnya lagi hingga ke hari ni. Wajah Safiyya terus berubah masam.

Eriqa perasan perubahan di wajah safiyya terus berhenti tersenyum. Hanya dia yang faham kenapa safiyya bermasam muka.

Eriqa memegang tangan Safiyya untuk menenangkannya. Safiyya terasa ingin menangis sekarang tetapi dia terpaksa tahan di depan semua orang.

"Apa mummy ni. Tuhan tak bagi rezeki lagi. Nak buat macam mana sabar je la." kata Rayyan sambung makan makanannya.

"Mummy gurau je la. Mummy tak kisah bile kamu nak dapatkan anak tapi jangan lambat sangat." kata Datin Fatimah sempat menyakat lagi.

Semua yang mendengar hanya mampu ketawa. Tapi tidak untuk Safiyya. Safiyya bersedih dengan apa yang diperkatakan mak mertuanya itu.

Safiyya terus hilang selera makan. Nasib dia hanya mengambil sedikit sahaja nasi. Dia terus mengambil buah yang tersusun di tengah meja tapi sayangnya buah itu jauh dari nya.

Iqram mengambil buah yang di depannya itu dan segera bagi pada Safiyya. Safiyya segera mengambil buah itu dan meletakkan di atas meja makannya. Sambil semua tengah menjamu selera safiyya hanya mampu berfikir tentang apa yang mak mertuanya itu katanya

'Ini baru beberapa bulan perkahwinan mummy dah tanya gitu. Mau setahun abg tak sentuh macam mana nak jawab dengan mummy kalau tak ada anak lagi' kata hatinya.

'Allah. Berikan la hati ku tenang.'sambungnya lagi.

Setelah selesai makan malam. Semua orang berehat di ruang tamu termasuk Safiyya dan keluarganya. Manakala Datin Fatimah dan Rayyan pergi ke dapur untuk mengambik pencuci mulut. Nasib esok cuti boleh la mereka pulang lewat.

Sementara semua tengah bergelak ketawa, Eriqa beranjak menuju ke dapur untuk mengambil air minum. Semasa dia melangkah untuk masuk ke dapur, dia terus mendengar perbualan antara Datin Fatimah dan Rayyan.

"Apa maksud mummy cakap macam tu depan semua orang." kata Rayyan mengeraskan suara sedikit.

"Shh..this is one of my plan." balas Datin Fatimah perlahan.

'Plan?' tanya Eriqa dengan pelik dalam hatinya.

"Plan apa lagi mummy." tanya Rayyan seoerti ingin marah mummynya.

"Ingat Rayyan. Rayyan yang terima cabaran mummy. So mummy ada hak nak buat apa. As long as you and her together." kata Datin Fatimah seperti nada peringatan marah.

'Cabaran apa pulak dorang ni' kata Eriqa dalam hati. Makin pelik pulak dirinya.

"Ish mummy ni." kata Rayyan melepaskan geram.

Eriqa mendengar seperti tapak kaki Rayyan ingin keluar dari dapur segera Eriqa bangun dan pergi meninggalkan tempat ini sebelum diketahui mereka yang dia mendengar perbualan mereka tadi.

Eriqa berjalan dengan melihat ke belakang sampai dia sampai dia terasa seperti dia telah melanggar tubuh seseorang hingga dirinya terjatuh dan mengadu kesakitan.

"Adoii" kata Eriqa.

"Aduhhh" kata Iqram.

"Jalan pakai mata laa." kata Eriqa pada Iqram. Dia terus berjalan menuju ke ruang tamu bersama keluarganya.

"Eh perempuan ni. Macam aku je yang salah. Dia yang jalan tak pakai mata." balas Iqram yang membuat muka bengang.

Jam telah menunjukkan pukul 10 malam. Semua telah beredar pulang hanya tinggal Safiyya dan Rayyan di rumah itu membantu mengemas semua yang patut.

Rayyan teringat kata daddynya yang suruh dia menemuinya sehabis majlis makan malam ini. Katanya ada hadiah buat dirinya

"Haa daddy." tegur Rayyan saat melihat daddynya ingin menaiki tangga

"Ye.." kata Dato Aizuddin.

"Kata nak bagi hadiah tadi.." balas Rayyan mengingati daddynya.
"Oh ye. Nasib kamu ingatkan" kata Dato Aizuddin.

"Daddy lupa la tu" balas Rayyan.

"Biasa la dah tua. Panggil Safiyya jap." suruh Dato Aizuddin.

"Safiyya.." panggil Rayyan di tempatnya.

"Eriqa Safiyya.." panggil nya lagi.

"Ye.. Ye abg.. Ada apa? " jawab Safiyya berlari dari dapur setelah mendengar suaminya memanggil namanya.

"Ni daddy panggil sekali" kata Rayyan.

"Ada apa daddy? " tanya Safiyya.

"Kamu dua jom ikut daddy ke atas." kata Dato Aizuddin.

"Baik daddy" kata suami isteri itu serentak.

Mereka berdua menaiki tangga menuju ke bilik kerja Dato Aizuddin. Safiyya sedikit terpegun dengan bilik kerja ayah mertuanya itu. Sangat teratur dan klasik.

"Ni kunci bilik kamu berdua." kata Dato Aizuddin sambil menghulur kunci bilik itu.

"Thank you daddy. Laa ni je ke hadiah nya. Macam x pernah masuk pulak bilik Rayyan tu." balas Rayyan

"Pergi la tengok dulu sana. Jangan komen dulu" kata Dato Aizuddin

"Tapi daddy. Fiyya nak tolong mummy kat bawah." balas Safiyya baru bersuara.

"Tak payah. Kat sini dah ada pembantu kamu dengan pembantu mummy. Mereka boleh buat." kata Dato Aizuddin menghalang.

"Tapi mummy kat bawah." kata Safiyya tak mahu kalah.

"Pergi rehat Safiyya. Mummy dah naik ke bilik dah." balas Dato Aizuddin.

"Baik daddy" kata Safiyya. Akhirnya dia akur dengan suruhan ayah mertuanya itu.

"Beg kamu semua dah di pindahkan ke dalam bilik kamu" kata Dato Aizuddin.

"Baik daddy" kata mereka serentak.

Safiyya berjalan di belakang Rayyan mengikutinya dari belakang. Dia sedikit lelah kerana menolong Datin Fatimah satu hari ini.

Rayyan membuka kunci pintu biliknya itu dengan perlahan. Sambil dia membuka perlahan pintunya itu dan melangkah masuk. Mereka melihat susunan lilin wangi di sekitar bilik. Mereka juga melihat ada taburan bunga di jalan dan di atas katil mereka. Suasana bilik mereka kelihatan seperti suasana romantik.

Ia sangat menakjubkan mereka berdua. Mereka berdua berjalan menuju katil sampai berpimpin tangan. Safiyya sungguh terharu dengan usaha Datin Fatimah untuk dia dan Rayyan.

Tapi tiba tiba fikiran nya bersuara yang Rayyan tak akan sentuhnya walaupun berbagai suasana yang di tayangkan. Hatinya menjadi sedih. Lagipun Rayyan tidak mencintainya. Usaha mummy jadi sia sia jika mereka tidak gunakan. Memang akan jadi sia sia bagi Safiyya.

Terus dia melepaskan tanganya dari tangan suaminya itu. Rayyan terus memandang wajahnya yang telah berubah. Safiyya terus berjalan menuju ke arah begnya yang di susun di tepi dinding berdekata dengan meja makeup.

"Safiyya mandi dulu." kata Safiyya sambil mengambil tuala di atas meja itu

"Fiyya.. " panggil Rayyan tetapi terlambat, safiya terlebih dahulu masuk ke dalam bilik mandi.

--------

Bersambung...

Macam mana dengan bab ni? Spoil tak.?

Sorry la kalau tak ada feel. 😂

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now