Selepas keberangkatan Rayyan ke tempat kerjanya, Safiyya mengemas disekitr rumahnya. Dari mula ke ruang tamu hingga ke bilik bilik yang ada. Tetapi bukan di bilik suaminya, Rayyan pernah melarang dirinya daripada mengemas biliknya jika tidak di suruh.
Safiyya merasa dia hanya menjadi pembantu di dalam rumahtangganya sendiri. Kadang dirinya sempat merasa sedih atas layanan suaminya ke atas dirinya. Tapi apa kan daya dirinya, Safiyya hanya mampu berharap pada takdir ilahi dan menadah tangan semoga ada ruang di hati suaminya untuknya.
Memang makan masa untuk mengambil hati seorang suami yang tidak pernah cintakan kita. Tapi apa pun caranya, Safiyya akan tetap bersabar dalam mencuba. Dia percaya pada takdir ilahi.
Sedang Safiyya berehat dari mengemas rumah, dia terdengar suara ketukan pintu di rumahnya. Tak kan la suaminya pulang jam sebegini. Jam baru menunjukkan pukul 10 lebih, kakinya segera masuk ke bilik untuk memakai baju jubah dan tudung labuh. Pakaiannya sekarang agak terbuka untuk berjumpa tetamu.
Saat pintunya dibuka, Safiyya hanya melihat susuk tubuh yang seperti dia kenal sebelum ni. Tanpa mempelawa tetamunya masuk, dia sudah terlebih dahulu masuk ke dalam rumahnya itu. Safiyya dengan segera menutup pintu rumahnya dan menuju untuk menemui tetamunya itu. Apa mahunya datang ke rumah orang tanpa memberi salam.
"Maaf Cik, Cik ni siapa ye? Masuk rumah saya tanpa beri salam. Main masuk gitu je." Tanya Safiyya.
"Kau tak kenal aku ke? Safiyya.. Safiyya.. aku kesian tengok kau ni." Balas tetamunya itu.
"Maaf siapa kamu ye?" Tanyanya sekali lagi seiring dengan kakinya yang sedikit demi sedikit melangkah ke belakang untuk mencapai ganggang telefon rumahnya.
"Tak perlu takut, aku bukan nak apa apa kan kau. Aku datang sini nak bagi sampul ni kat kau." Balas tetamunya sambil menghulur sampul surat. Tetamunya itu dapat mengagak ada perasaan takut di dalam diri Safiyya.
"Nama kamu siapa?" Safiyya tidak berhenti menanyakan soalan itu pada tetamunya.
"Oh, lupa nak kenalkan diri. Hai, Saya Farah. Saya bakal isteri kepada Rayyan." Kata Farah sambil menekankan kata Bakal Isteri pada Safiyya.
" haa haaii. Kamu nak apa datang sini. Abg rayyan tak ada, dia pergi kerja." Kata Safiyya
"I datang sini nak cari you, Not my future husband. I tahu dia kerja."jelasnya.
"Nahh. Untuk you."sambungnya lagi sambil menghulurkan sampul surat pada Safiyya.
"Apa ni?" Tanya Safiyya sambil mengambil sampul yang telah di hulur.
"Ambik je. And tengok tau lepas tu tolong sedar diri tu siapa. Perempuan tak tahu malu." Kata Farah pada nya sambil matanya menjeling pada Safiyya.
Farah terus melangkah keluar rumah Rayyan bersama isterinya itu. Misi nya selesai untuk membuat rumahtangga Rayyan dan isterinya itu hancur makin berjalan lancar. Kini, tinggal tunggu hasildari tindakannya sahaja.
"Bodoh punya Rayyan. Kau ingat aku nak lepaskan kau macam tu je.?" Kata Farah sendirian di dalam keretanya.
"Kau tengok je la, aku akan buat rumahtangga kau hancur berderai macam mana hancurnya hati aku kau buat."sambungnya lagi.
"Kesian kat kau Safiyya. Jadi mangsa dalam rancangan ni. Tak pe la Safiyya, suatu saat aku akan bagi kau rehat. Rehat yang panjang." Kata Farah sambil mengingati wajah mereka berdua.
Safiyya yang menerima sampul itu terus mengambil tempar duduk di dalam biliknya dan melihat isi dalam sampul surat itu. Isinya adalah gambar, gambar kemesraan suaminya bersama Farah. Wajah suaminya kelihatan begitu gembira bersama Farah. Hatinya sakit melihat gambar di dalam genggamannya itu.
Tangannya masih membelek gambar yang di berikan Farah padanya. Tanpa dia sedar ada air mata yang jatuh di pipinya. Siapa yang tak sayang laki oii. Walaupun orang tu tak tunjuk kasih sayang kat kita. Tapi bila sekali kita da sah jadi milik seseorang, automatik hati kita akan sangkut pada dia walaupun rasa itu sebesar zarah. Betul tak?? Ok sambung.
Farah memasukkan kembali gambar gambar itu ke dalam sampul surat itu. Dia harus kekal sabar, dia harus kekal kuat dalam harungi ujian ini. Kalau dia merajuk atau marah pon bukan suaminya datang pujuk, lagi suka ada la. Dia harus buat biasa.
Tapi hatinya tidak kuat, safiyya berbaring di katilnya dan terus menangis melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Kerana kepenatan menangis, Safiyya tertidur di atas katil. Nasib lah kerja rumahnya dah siap.
Sebangunnya Safiyya dari tidur, Dia langsung mencapai handphonenya. Kerana Safiyya terjaga dari bunyi telefonnya tadi. Tanda mesagge masuk di telefonnya. Safiyya langsung membuka matanya dan mencapai telefonnya. Safiyya membuka msg yang di hantar oleh suaminya itu,
'Malam ni aku balik lambat, jangan tunggu aku.'- Zauji♥
Selepas melihat msg dari suaminya itu, Safiyya langsung menutup handphonenya dan melangkah menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Jam telah menunjukkan sebentar lagi masuknya azan fardu zohor.
Lama juga dia tidur kerana kepenatan. Satu kerana kepenatannya mengemas, dua kerana kepentannya menangis kerana sifat dingin yang suaminya tunjukkan pada dirinya.
Selesai bersembahyang, Safiyya duduk di tepi kolam renang suaminya itu dan berendam kaki. Safiyya memangkat seluarnya hingga ke paras lutut. Memperlihatkan kakinya yang putih itu. Nasib lah dalam rumah kalau tidak, mahu kene marah dengan ibunya.
Berkata pasal ibu, lebih baik dia menelefon ibunya untuk menghilangkan bosannya di rumah.
"Assalamualaikum ibu." Sapanya.
"Waalaikumsalam sayang, Lama nya Safiyya tak call ibu. Rindu ibu pada Fiyya." Suara ibunya di corong telefon.
"Hee. Maaf bu, Fiyya dengan abg Rayyan sibuk. Kemas rumah lagi bu. Ibu apa khabar? Sihat?"tanyanya pada ibu kesayangan.
"Ibu Alhamdulillah sihat. Fiyya sihat?"tanya ibunya kembali.
"Fiyya pon Alhamdulillah sihat. Ibu Eriqa ada di rumah tak bu?" Tanya Safiyya.
"Eriqa kat pejabat la sayang. Kenapa? Kalau rindu Eriqa pergi je la kat office." Kata ibunya.
"Ibu dengan siapa kat rumah?" Tanya Safiyya kembali.
"Ibu sorang je kat rumah. Ayah ke office ada meeting urgent katanya." Jelas ibunya pada Safiyya.
"Oh, okey la bu. Fiyya nak gerak pergi jumpa Eriqa kat office. Nanti Fiyya free Fiyya call ibu lagi ye." Kata Safiyya pada ibunya.
"Haa okay sayang. Janji ye call ibu balik?" Kata ibunya.
"Ye bu, Fiyya janji ye. Assalamualaikum ibu." Kata Safiyya.
"Waalaikumsalam sayang."balas ibunya.
Safiyya meletakkan panggilannya dan segera ke biliknya untuk bersiap ke pejabat ayahnya. Tetapi dia perlu meminta izin suaminya dulu.
----------------------
Hai, author minta maaf kalau kalau ada yang lambat update. Maklum la, da bz masuk kolej dahh. Maaf ye. Haha
11/7/
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...