TOK! TOK! TOK!
"Assalamualaikum mummy." ucap Safiyya dari luar pintu yang baru sahaja sampai di rumah mak mertuanya.
"Waalaikumsalam" kedengaran suara orang menjawab dalam di balik pintu besar ini. Setelah membuka pintu rumah itu Dan itu ternyata suara mummy.
"Ehh Fiyya, masuk nak." pelawa mummy.
"Terima kasih mummy." balas Safiyya sambil melangkah masuk.
"Sama sama eh mummy yang patut ucap terima kasih sudi datang rumah mummy pagi pagi macam ni." kata Datin Fatimah.
"Tak ada apa la mummy." balas Safiyya yang bersuara lembut.
"Fiyya naik atas jap eh nak buka purdah dengan letak beg ni ha." kata Safiyya sambil nenunjukka beg di belakangnya.
"Naik la eh tapi guna bilik tetamu dulu ye sayang. Bilik Rayyan mummy tengah renovate sesuatu malam nanti baru boleh guna." jawab Datin Fatimah
"Baik my."jawab Safiyya sambil menyepetkan mata tandanya lagi sedang tersenyum tanpa bertanya apa apa.
Safiyya bingkas bangun dari duduknya dan segera naik ke atas untuk menuju ke bilik tetamu yang jarak satu bilik dengan bilik suaminya.
Safiyya meletakkan begnya di atas katil dan merebahkan badannya untuk berehat seketika. Safiyya yang terbawa arus suasana kini berasa ngantuk. Tanpa melanjutkan tidur, safiyya segera mengelengkan kepala untuk menghilangkan rasa ngantuknya.
Safiyya terus membuka pin yang melekat di tudungnya itu dan dan meletakkan di atas meja bersebelahan dengan katil itu. Membuka pudah yang melekat di wajahnya dan meletakkannya juga dj atas meja bersama sama dengan tudungnya.
Safiyya terus mengganti baju jubah nya dengan baju muslimah dengan seluar sport. Dia menyinsingkan lengan baju itu hingga ke paras setengah lengan menunjukkan kulitnya yang putih di pergelangan tangan.
Dengan mengenakan tudung lycra bidang 50 di kepalanya, safiyya terus keluar dari bilik itu dan segera turun menuju ke dapur untuk menolong mak mertaunya. Pembantu rumahnya telah pun lebih dahulu masuk dari pintu belakang rumah ini sesampainya dia tadi.
"Mummy nak masak apa ni?" tegur Safiyya sambil memegang bahu mak mertuanya dari belakang.
"Masak untuk sarapan kita la dulu." jawab mummynya gang sedang memotong tempe mentah di atas meja.
"Ada apa apa yang fiyya boleh tolong tak?" tanya Safiyya
"Ada. Fiyya pergi amik kacang panjang kat sinki tu, pastu fiyya potong. Jangan panjang sangat pulak ye, sedang sedang cukup." jawab Datin Fatimah.
Tanpa fiyya menjawab lagi, dia terus ke sinki dan mengambil kacang panjang yang di maksudkan oleh mak mertuany itu.
'Wargh. Banyaknya kacang panjang.' ketus hati Safiyya setelah melihat nya.
Safiyya mengambil pisau yang berada di tapi sinki dan papan pemotong di stor. Dia terus duduk berhadapan dengan nak mertuanya.
"Fiyya, mummy nak tanya something boleh? Tapi Safiyya kene jawab jujur." kata Datin Fatimah sejurus Safiyya duduk di hadapan nya.
"Tanya apa my?" balasnya yang sedang memotong kacang panjang itu.
"Fiyya dengan Rayyan dah okay ke? Maksud mummy ye la kan masa mula mula kawen dingin je mummy tengok korang ni. Sekarang macam mana?" soal Datin Fatimah.
"Hrmmm.. "Balas Safiyya sambil tersenyum..
"Abg Rayyan sekarang dah baik dengan Fiyya. Dah tak macam dulu, yang dingin dan pemarah. Sekarang abg Rayyan baik dan lemah lembut juga dengan Fiyya. Layanannyaa, percakapannya, sikapnya dan lain lain semua dah jadi baik. Tapi yang Fiyya pelik, abg berubah lepas Fiyya nampak.... " kata Fiyya terhenti di situ.
Tak mungkin Safiyya menceritakan perkara apa yang dia lihat di office suaminya. Boleh bergaduh mereka sebabkan aku. Lagipun, itu rahsia rumahtangganya yag patut dia jaga. Kata Fiyya dalam hati.
Safiyya sambung memotong sayur yang berada di hadapannya. Tanpa meneruskan kata katanya. Membuatkan mak mertua nya tertanya tanya.
" Fiyya nampak apa? "Soal mummynya yang berhenti membuat kerjanya untuk mendengar menantu nya bercerita.
"Tak ada apa la mummy. Fiyya pon tak pasti tadi mana tujuan kata kata Fiyya. Tu yang berhenti." balasnya.
"Oh..ok la kalau tak nak cerita. Mummy tak paksa." kata Mummynya.
Sebenarnya Datin Fatimah telah pun tahu apa yang dilihat oleh Menatunya itu. Itu kerana, Asissten Rayyan telah lapor sendiri padanya sejurus sahaja kejadian itu terjadi.
Selesai sahaja masak masakan untuk makan tengah hari, Rayyan dan Daddynya sudah sampai tepat pada masanya. Mereka pulang bersama cuma bezanya mereka menaiki kereta yang berbeza.
Safiyya dan Datin Fatimah terus menyambut mereka di depan pintu dan menyalami tangan suami mereka masing masing. Lain di sudut hati Rayyan, Rayyan bangga kerana isterinya ini rapat dengan keluar nya. Sungguh hati Rayyan luluh melihat kemesraan mummynya dan isterinya.
'Sebegitu dekat hubungan mummy dengan Safiyya' kata hati Rayyan sambil wajahnya menunjukkan satu senyuman manis pada isterinya.
Ketika isteri nya sedang menyalami tangannya, Rayyan pantas menyium kening isterinya itu selepas isterinya mengangkat kepalanya.
Sontak membuat Safiyya terkejut dengan sikap suaminya ini. Ini kali ke 2 suaminya melakukan itu kepadanya. Satu lagi ketika dia hendak berangkat ke kerja pada hari yang sama sehinggakan dia malu dengan pembantu rumahnya yang sedang duduk di belakang.
Tapi Hati Safiyya bahagia dilakukan sebegitu dengan suaminya. Ini tandanya suaminya sudah mula terima dirinya sepenuhnya. Apa pun alasanynya Fiyya kene berterima kasih pada ilahi kerana memberi peluang padanya merasakan bahagianya layaknya bahagia seorang isteri pada suaminya.
"Makan jom." kata mummynya menyedarkannya dari lamunan.
"Haa jom" balas Daddy nya.
"Sini beg kerja abg dengan kot tu, biar Safiyya letak kat bilik" kata Safiyya.
"Tak perlu, letak je kat sofa tu. Kita makan dulu." jawab suaminya mempamerkan wajah manis pada isterinya.
Datin Fatimah yang melihat itu terasa bahagia. Alangkah indahnya hidup mereka jika tanpa kepura puraan dalam kebahagiaan.
Tapi dia yakin, yang Rayyan mesti kalah dengan cabarannya. Rayyan akan kalah dengan perasaanya sendiri. Dia harus lebuh giat membuat rancangannya berjaya menyatukan mereka. Datin Fatimah sungguh tidak sanggup melepaskan menantu sebaik Safiyya.
Baginya Safiyya satu dalam seribu. Dia yakin Safiyya yang akan bawa kebahagiaan itu pada anaknya yang egois ini.
------
Bersambung gais.
Lost idea pulak.
Plus mata dah ngantok.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...