Setelah menunggu jubah yang ditempah oleh kedua kembar itu, akhirnya sudah siap dan berada di tangan mereka. Eriqa berasa sangat teruja untuk memakainya pada hari majlis kesyukuran di rumahnya yang bakal tiba pada malam esok. Segala persiapan telah pun dibeli oleh mereka anak beranak. Tinggal persiapan makanan dan hiasan rumah yang harus dipindahkan untuk beberapa hari agar ruang tamu rumah mereka kelihatan luas.
Eriqa telah mengundang beberapa rakan sepejabatnya ke rumah nya malam esok untuk mnghadiri majlis kesyukuran yg bakal tiba. Manakala ibunya, telah mengundang beberapa teman rapat ibunya ke rumah termasuk lah Datin Fatimah sekeluarga. Ayah mereka pula, Encik Adam telah mengundang beberapa pekerja pejabatnya untuk hadir ke rumah bagi memeriahkan lagi majlis di rumah mereka. Turut serta mereka mengundang saudara sepapat yang terdekat.
Mereka anak beranak telah mempersiapkan semua di dalam rumah untuk majlis malam esok. Tapi, entah kenapa, hati Safiyya kembali merasa tidak tenang sama seperti sebelumnya pada saat mereka ingin menempah jubah di butik kawan ibunya itu. Hatinya segera beristighfar, dia tidak ingin memikirkan sangat tentang hatinya itu. Dia hanya mampu beristighfar dan berserah pada Tuhan maha Kuasa.
Apabila semua nya sudah selesai, Eriqa dan Safiyya minta izin pada kedua ibu ayahnya untuk berehat di atas. Sementara mereka sedang menaiki tangga, Encik Adam memerhatikan Safiyya dari tempatnya. Kelakuan itu membuatkan isterinya tertanya tanya.
"Kenapa abg pandang anak anak tu? Macam pelik je abg pandang mereka." Soal isterinya yang sedang menuangkan air minum petang sambil berkerut dahi.
"Tak ada apa lah. Abg tengok si Safiyya tu, risau la. Balik dari tempat pengajiannya hingga la sekarang. Asyik diam je" Balas suaminya
"Ala abg ni. Sikap si Safiyya tu kan memang macam tu. Lemah lembut, sopan santun memang la tak banyak cakap. Lain dengan si Eriqa tu ha. Kasar sikit. Abg ni macam baru kenal mereka pulak." Balas isterinya lagi yg sedang duduk berhadapan suaminya.
"Sayang, mereka berdua kan da umur dua puluh tiga. Apa kata kita nikah kan salah sorang dari mereka. Haa. Setuju tak? Lagi pun abg teringin nak menimang cucu." Balas suaminya dengan terus terang.
"Iya tak ya juga kan abg. Tak terfikir pulak saya ni. Saya pun teringin juga menimang cucu. Eh! Eh! Dari tadi yang abg putar belit tu abg pikirkan pasal ini ke? risau konon"soal isterinya sambil ketawa.
"Ye la sayang. Bila lagi kita nak menimang cucu. Tapi abg tak tahu la si Safiyya ada pilihan hati ke tak." Balas suaminya sambil membuat muka.
"Safiyya ke yang abg nak nikahkan? Ya Allah abg. Bagi la dia ruang untuk dia rasa kebebasan sedikit. Dia baru habis belajar tak sampai sebulan. " balas isterinya meminta keprihatinan suaminya.
"Abg tak nak bg dia kebebasan sangat sayang. Dia dah layak menanggung tanggungjawab ni. Abg rasa dah tiba masanya abg lepaskan mereka salah satu." Balas suaminya sambil membuat nada yg kesian.
"Kalau itu dah kehendak abg. Badiah tak boleh membantah. Tapi abg ada calon ke untuk Safiyya tu?" Soal isterinya
"Tak ada la pulak. Sayang ada ke?" Soal suaminya lagi.
"Kalau saya ada je. Sebab hari tu sahabat saya adalah cakap nak jodohkan anak lelaki nya dengan Safiyya masa saya ambik baju jubah mereka berdua tu. Tapi saya tolak sebab nak bagi si Safiyya tu kebebasan sikit. Tapi dah abg cakap macam ni nanti kita bincang la dengan mereka malam esok." Jelas isteri pada suaminya.
"Bagus juga tu. Okey la nanti kita bincang dengan mereka. Hai tak sabarnya Ya Allah." Ucap Encik Adam sambil meraup wajahnya dengan kedua tangannya.
Seusai Solat isyak berjemaah di surau kecil tingkat atas rumah mereka. Safiyya menuju ke dapur ingin membantu apa yang patut,sementara ibunya ingin memasak rempah untuk esok malam. Ibunya lebih seronok memasak sendiri daripada menempah catering di luar. Bagi ibunya, kita tidak tahu kebersihan di tempat mereka.
Semasa Safiyya duduk di kerusi di dapur rumah mereka sambil mengupas kulit bawang merah dan bawang putih untuk memudahkan ibunya. Pn Badiah yang perasan kehadiran anaknya itu langsung menoleh dan tersenyum gembira dengan sikap anaknya sorang ni yang ringan Tulang. Betul kata suaminya, Safiyya sudah layak berkahwin.
Ibunya dan safiyya merehatkan diri di meja makan setelah selesai memasak rempah untuk membuat makanan majlis kesyukuran esk malam. Safiyya memandang wajah ibunya yang putih melepak dan tenang itu sambil tersenyum. Ibunya yang perasan dengan kelakuan anaknya itu pun turut tersenyum.
"Safiyya kenapa sayang.?" Soal ibunya dengan bersuara lembut sambil memegang kedua tangan anaknya
"Entah la ibu. Safiyya rasa rindu nak tengok muka ibu. Safiyya rasa macam Safiyya akan meninggalkan ibu dan ayah tak lama lagi." Balas Safiyya yang bersuara kecik dan sopan.
"Safiyya nak pergi mana?" Soal ibunya lagi.
"Safiyya pun tak tahu ibu." Balas Safiyya sambil tersenyum manis pada ibunya.
"Dah la, tak mau fikir bukan bukan. Dah, jom naik tidur. Lewat da ni. Terima kasih tolong ibu tadi." Kata ibunya sambil mencium pipi anaknya itu.
Mereka melihat jam telah pukul 11 malam. Mereka mengambil keputusan untuk menyambung pekerjaan mereka esok sahaja selesai. Mereka meninggalkan dapur dan naik ke bilik masing masing untuk merehatkan diri.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...