Bab 11

8.9K 217 0
                                    

Jam telah menunjukkan pukol 2 pagi. Dimana waktu safiyya biasanya bersujud pada Tuhan. Hati nya menangis, seumpama tiada satu yg memahaminya. Pada siapa dia hendak mengadu. TUHAN, ia dengan Dia sepatutnya aku mengadu.
Setelah melakukan solat hajat dan solat tahajjud. Safiyya melangkah kakinya ke balkoni biliknya. Dengan memandang langit, Safiyya berfikir tentang jawapan apa yg patut dia berikan. Safiyya melepaskan keluhan yang berat. Hatinya kini keliru, dia masih keliru dngan.

'Aku ada impian keluarga aku sendiri. Ya Tuhan, hati ini seperti tidak yakin pada takdir Mu terhadap diri ku. Apa ini yang terbaik buat diri ku.'

Dengan mengatur langkah, Safiyya masuk ke biliknya mengambil laptopnya untuk menaip isi hatinya. Baginya, laptop adalah tempat yg paling selamat untuk dijadikan diary. Laptop adalah barang peribadi Safiyya yg tiada siapa berani membuka sama ada itu ibu bapanya ataupun kembarnya.
Seusai menulis diary, Safiyya berfikir untuk melakukan solat istikharah. Meminta petunjuk dari Tuhan dengan takdir yg datang padanya sekarang. Walaupun hatinya berat menerima apa yg diucapkan oleh orang tuanya tentang perjodohan ini. Tapi, dia tetap akan meminta petunjuk dari yg Maha Kuasa.
Dalam solatnya, Safiyya menitiskan air mata. Hatinya memikirkan apa yg dibicarakan oleh orang tuanya itu. Sangat berat untuk Safiyya menerima.

'YA KARIM, YA JABBAR, YA KHALID, YA RAHIM, YA ZAHIR WA YA BATIN, YA AZIZ. Hanya padaMu diri ini memohon. Kau Tuhanku, Kau yg mengatur takdir. Aku memohon berikan diri ini petunjuk yang terbaik untuk takdir yang akan Kau aturkan ini Ya Rabbi. Hati ini seperti berat menerima ketentuan ini. Berikan diriku jalan yang terbaik untuk hidupku, agamaku dunia wal akhirah. Sesungguhnya diri ini memohon semohon mohon pemohonan agar di beri petunjuk Ya Rabbi.' Doa Safiyya dalam hatinya sambil mengeluarkan air mata yang deras.

---

Keesokkan paginya, seusai mandi Eriqa mengambil baju di wardrobenya sesimple mungkin. Kerana hari ini dia dengan rasminya telah meletak kan jawatan sebagai PA di syarikat Dato' Aizuddin. Matanya telah menimbulkan kesan hitam bawah mata kerana semalam melakukan kerjanya mengubahsuai surat peletakan jawatannya.
Selepas memakai bajunya. Eriqa turun ke bawah di ruangan meja makan untuk sarapan bersama keluarganya. Dia melihat ayah dan ibunya bersama kembarnya Eriqa Safiyya sedang menunggunya untuk sarapan bersama. Keluarga Encik Adam mengamalkan konsep makan bersama. Jika satu dari ahli kluarganya tiada mereka tidak akan makan selagi mereka turun makan sekali berbeza situasi jika salah seorang anaknya sedang ada urusan dan terpaksa makan diluar.
Semasa mereka bersarapan bersama, kesunyi menerpa mereka. Tiada satu pon yang bersuara. Mereka sendiri seperti memikikan sesuatu di dalam benak fikiran mereka. Eriqa menatap satu persatu dengan keadaan pelik.

"Ayah, ibu, Safiyya, nape senyap je ni.?" Soal Eriqa memecahkan kesunyian sambil makan sarapan paginya.

"Tak ada apa lah. Kan tengah makan ni iqa. Fiya xde perkara nak cakap." Balas Safiyya.

"Haa ayah. Eriqa dah fax kan surat perletakan jawatan di Syarikan Dato Aizuddin Hassan Al Sayyid. So, bila Eriqa boleh start kerja di syarikat ayah?" Soal Eriqa pada ayahnya membuat ayahnya berhenti makan dan menongkat dagu.

"Oh, buat sementara ni. Eriqa rehat dulu ayah pon masih ada lagi beberapa hal nak settle kan di syarikat. Nanti da ready ayah bg tahu Eriqa" balas ayahnya pada Eriqa.

"Ha Eriqa dengan Safiyya ada hal ke petang ni?" Sambung ayahnya.

"Eriqa ada nak amik barang Eriqa nanti kat syarikat tu dalam pukul 2. Kenapa ayah?" Balas Eriqa sementara Safiyya membalas dengan bergeleng pada ayahnya.

"Safiyya, Safiyya oke ke? Ibu nampak lain macam je." Soal ibunya yang perasan dengan tindakan anaknya yg satu ini mendiam kan diri dari tadi.

"Safiyya oke je bu. Tak de mood sikit. Biasa la bu. Hee" balas Safiyya sambil menunjukkan senyuman yg palsu bg dirinya.

"Okey, kalau sakit bagi tahu ye nak." Balas ibunya lagi sambil dibalas dengan anggukan oleh Safiyya.

Selesai sarapan dan mengemas. Safiyya mengambil tempat di depan television untuk membuang fikiran yang sedang menghantui pemikirannya dari tadi. Tapi sayangnya, tiada satu pun yang menarik perhatiannya. Dengan terpaksa di menonton siaran 'Kalau Dah Jodoh Bersama Datuk Ustaz Kazim Elias" dia hanya memandang tapi setiap bicara Ustaz Kazim satu pun tidak masuk di otaknya.
Kerana merasa begitu bosan, Safiyya merasakan matanya makin berat. Dia melelapkan mata sekejap untuk menghilangkan rasa ngantuk. Safiyya tertdo di sofa dalam keadaanya sedang duduk dan kepalanya di sandarkan di sofa.
Dalam keadaanya sedang tidur, Safiyya memimpikan sebuah tangan yang sedang memimpin tangannya berjalan jalan di taman bunga. Dia tidak pasti tempat yg dia berada. Tetapi, Safiyya sedang dalam keadaan pelik melihat sebuah tangan yg sedang memimpin tangannya. Safiyya menoleh kearah di pemilik tangan tetapi mukanya seperti berada jauh di penglihatannya membuatkan dirinya seperti Rabun tidak melihat si pemilik tangan. Saat tangan kiri Safiyya hendak menegur si pemilik tangan Safiyya terjaga dari tidurnya kerana panggilan dari ibunya di dapur.

Sedang dia melakukan kerjanya yg disuruh ibunya dia berhenti dan mengelamun sebentar tentang mimpi yang dia alami tadi. Mungkinkah itu jawapan dari solatnya semalam. Safiyya membuat andaian yg betul bg dirinya. Dia segera membuang pemikirannya dari berfikir lagi. Yang Safiyya tahu, dia menyerahkan semua nya pada yang Maha Agung untuk menentukan segalanya.
Safiyya mengatur langkah menuju ke dapur seusai di melakukan kerjanya di laman rumah. Dia melihat ibunya yang lagi memasak. Dia melihat wajah ibunya dari jauh. Dia merasa mesti ada kebahagiaan akan terpancar di wajah itu jika dia menerimanya dan mungkin wajah ayahnya juga.
Sekarang Safiyya bertekad untuk menyetujui pilihan orang tuanya. Dia memutuskan untuk tidak memikirkan tentang dirinya sendiri. Kini, dia memutuskan untuk melakukan apa sahaja untuk melihat ibu bapanya gembira. Dan ini takdir salah satunya yg akan membuat ibu dan ayahnya gembira apabila mendengar keputusan yg positif dari anak mereka.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now