Keberadaan Safiyya di dalam kereta sangat membuat Rayyan kekok untuk melakukan apa apa. Sungguh hatinya lembut tapi di sebabkan egonya yang tinggi dan tidak mahu mengalah, Rayyan terpaksa menundukkan hatinya. Baginya sekarang, ini saat yang tepat untuk dia melepaskan apa yang terbuku di hatinya. Ia ingin melepaskan semuanya pada Safiyya isterinya.
Rayyan membelokkan keretanya ke kanan dalam keadaan beremosi sehinggakan menimbulkan bunyi pada tayar keretanya, dia sengaja membuat begitu untuk membuat Safiyya takut. Rayyan menyempatkan diri melihat di sisi kirinya tempat Safiyya duduk. Rayyan telah berjaya membuat Safiyya takut dengan kejadian itu. Safiyya memegang Tali keledar kereta Suaminya itu dan memasang wajah takut. Egonya kini puas dan membuatkan Rayyan mengukir senyuman jahat sambil pandang ke hadapan dan teruskan pemanduan.
'Ouch' Safiyya mengerang kesakitan di dalam hatinya sambil memegang kepalanya yang terhantuk cermin kereta suaminya. Cukup kuat hantukan yang diterimanya tadi sehinggakan Safiyya sempat memasang wajah ketakutan dan menundukkan kepalanya. Safiyya tidak pernah mengalami kejadian seperti ini di dalam hidupnya.
Safiyya hanya mendiamkan dirinya selepas apa yang berlaku tadi. Hantukkan yang diterimanya menyebabkan Safiyya sedikit merasakan pening di kepalanya. Tetapi, Safiyya tetap berdiamkan diri. Dia tidak ingin memberitahu suaminya. Kerana suaminya tidak akan ambil perduli jika dia memberitahu suaminya itu.
Pening di kepala Safiyya menyebabkan Safiyya merasakan pening. Safiyya mengambil keputusan untuk melelapkan mata tidur sebentar untuk memulihkan kepalanya yang sakit itu.
Safiyya terjaga dari tidur dengan sendiri bila dia merasakan tiada lagi gerakan kereta. Safiyya membuka matanya dengan perlahandan tidak lagi melihat suaminya di sisi tempat pemanduan kereta. Matanya melilau mencari kelibat suaminya itu. Safiyya keluar dari kereta suaminya itu dan dia baru sedar yang dia kini sedang berdiri di depan pintu masuk rumah mewah milik seseorang yang dia tidak pasti. Safiyya tergerak hati untuk melangkah masuk ke dalam rumah yang berada di hadapannya. Jika Safiyya terserempak dengan Tuan Rumah ini sekalipun, Safiyya akan membuat alasan yang dia sedang mencari suaminya.
Pintu depan rumah itu dibuka oleh Safiyya dengan perlahan, dia juga mengatur langkah masuk ke dalam rumah itu. Mulutnya seakan terkunci melihat isi dalam rumah ini. Hatinya hanya mampu mengucap Kalimah Allah sebagai tanda kebesaranNya. Kekaguman Safiyya melihat rumah yang sedang dia masuki sekarang membuat dia lupa memberi salam.
"Assalamualaikum....." salam pertamanya tidak ada sambutan
"Assalamualaikum." Safiyya memberi salam lagi untuk kedua kalinya.
"waalaikumsalam." Rayyan muncul di sebalik dinding dapur dengan keangkuhannya sambil memegang cawan yang berisi White Coffee.
"bangun pun kau. Kenapa tak membuta je sampai malam." sambungnya lagi. Membuatkan Safiyya terkejut dan menunduk melihat Tuan Rumah ini adalah Suaminya sendiri.
"mm..maa..maa..maaf. Fi..Fiyaa tertidur tadi." Safiyya membalas sambil menundukkan kepala
"maaf..Maaf. isteri jenis apa tah kau nih" kata Rayyan dengan tajam membuat Safiyya lebih serba salah sambil dia berlalu pergi ke dapur. Safiyya hanya diam tanpa bergerak kemana mana, dia masih tidak tahu apa apa mengenai rumah ini. Dia masih menunggu Suaminya untuk menjelaskan apa yang patut dia jelaskan.
Tetapi Safiyya mengambil keputusan untuk mengikuti suaminya ke dapur dan mendengar apa yang hendak dikatakan suaminya di banding dia duduk didepan tanpa mengikut suaminya dapat mengumpan kemarahan suaminya.
"rumah ni ada 2 tingkat, tingkat atas ada 5 buah bilik. Dan tingkat bawah ada 1 bilik iaitu bilik pembantu. Kat luar rumah ni, ada kolam renang dan garden untuk kau hias or buat apa apa suka hati kau la. Kat rumah ni, kita tak akan duduk sebilik. Kau ada bilik kau, aku ada bilik aku. Aku tak nak ambik pembantu kat rumah ni. Aku nak kau jadi pembantu aku. Maka dari itu, kau yang akan duduk di bilik bawah iaitu bilik pembantu." kata Rayyan menjelaskan semua mengenai apa yang Safiyya ingin Tahu.
"kau hanya lah isteri aku di atas kertas jangan mengharapkan apa apa dari aku. Semua perbelanjaan kau aku yang akan tanggung sebagaimana layaknya seorang isteri menerimanya." Sambung Rayyan.
Satu lagi kenyataan yang harus Safiyya telan hidup hidup. Dan hanya mampu berlakon baik di depan Suaminya.
"baiklah" Kata Safiyya yang menyembunyikan rasa kecewanya.
Safiyya terus berjalan dan melangkah menuju ke bilik barunya yang berdekatan di dapur itu. Safiyyh meletakkan beg bagasinya di dalam beg tersebut dan membuka purdah dan tudungnya sambil matanya melilau melohat kebesaran bilik ini yang sudah mencukupi bagi dirinya. Safiyya memakai tudung si pasang kegemarannya untuk memberi kesenangan kepadanya melakukan kerja kerja rumahnya.
Safiyya melangkah keluar dari biliknya, untuk memulakan tugasnya sebagai isteri di dalam rumah ini. Dia melihat kearah dapurnya untuk mencari barang yang perlu dia kemaskan, tapi sayangnya semua barang di rumah ini telah pun dikemaskan. Hanya dia melihat cawan bekas suaminya minum sahaja di atas singki dapur. Dia mengambil cawan itu dan sempat memeluknya sekejap, meluahkan kepedihannya yang terbuku di hatinya semenjak mereka bergelar suami ister. Safiyya mencuci cawan yang digunakan suaminya itu dan meletakkan di sisi singki yang menempatkan semua pinggan pinggan basah.
Selepas mencuci cawan milik suaminya, safiyya membuka satu persatu almari di dapur untuk dia membiasakan dirinya di masa yang akan datang. Senang dia mencari cari barang barang keperluan apa apa jika dia sudah tahu tempatnya.
•••••
Mohon maaf saya lambat update.
Bz memanjang.12/may/2016
Khamis.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...