Bab 35

8.9K 181 6
                                    

Eriqa parking keretanya berhampiran di depan deretan kedai yang ternama. Safiyya hanya mampu berdiamkan diri dan memandang kiri kanan untuk memastikan tempat itu.

Eriqa melihat wajah Safiyy kelihatan pelik dengan tempat ini. Ye, mereka berdua kenal tempat ini. Tapi mungkin Safiyya telah lama meninggalkan Malaysia, hingga dia lupa tempat ini.

"Iqa, kita kat mana ni?" Fiyya bersuara tanpa memandang Eriqa.

Mereka keluar dari perut kereta dan pergi ke studio atas kedai ternama itu. Ia adalah studio fesyen. Fiyya mengerut keningnya kerana dia tidak tahu apa rancangan kembarna ini. Fiyya hanya mampu akur demi suaminya tercinta.

"Fiyya, ni Iqa kenalkan make up artist kat studio ni. Nama dia Maya, dia memang hebat bab make up ni. And don't worry, she's my friend." Kata Eriqa bersuara.

"Oh Assalamualaikum maya." Balas Safiyy sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Waalaikumsalam. Oh you la Safiyya, Eriqa banyak cite pasal you. Don't worry, i akan tolong you selagi mana i boleh tolong." Kata Maya sambil membalas huluran tangan Safiyya.

"Oh yeke, thanks a lot dear." Balas Eriqa sambil tersenyum bahagia.

"Oke shall we?" Kata Maya sambil mempersila kan kembar itu masuk ke dalam ruang make up yang cukup besar.

Safiyya menduduki sebuah kerusi depan cermin itu bersebelahan dengan Kembarnya. Safiyya mula melihat barng barang make up yang di bawa keluar oleh Maya kawan kepada Eriqa.

Safiyya ternganga melihat barang make up yang cukup banyak. Patutlah dia expert bab make up ni, tengok je la barang dia. Macam profesional dahh. Kata Safiyya dalam hati.

"Oke jom kita start pembelajaran make up kita. Saya akan ajar Safiyya cara make up dari simple sampai la ke event event berkaitan."kata Maya dari belakang Eriqa.

******

Selesai sahaja pembelajaran mereka bab make up di studio, Eriqa mengajak Safiyya pergi ke Shopping Mall untuk belanja sedikit barang berkaitan dengan apa yang mereka belajar tadi.

Eriqa memberhentikan keretanya di parking sebuah mall yang terkemuka di KL. Safiyya memasuki Pavilion Mall bersama kembarnya itu. Safiyya memegang tangan kembarnya itu kerana takut kembarnya itu jauh dari nya.

"Fiyya kita masuk kat kedai make up ni. Kedai ni barang make up dia cantik cantik." Kata Eriqa yang baru bersuara. Sejak habis sahaj pembelajaram mereka tentang make up Eriqa langsung tidak bersuara. Bersungguh sungguh betul dia nak membantu Kembarnya itu,

"Oh, erm, okay. Jom" kata Safiyya gagap untuk menjawab ye kerana dia hanya melihat harga shaja sudah seperti mencekiknya.

Kaki mereka akhirnya melangkah masuk ke dalam kedai yang di katakan oleh Eriqa. Safiyya tidak mampu membuat pilihan untuk membeli apa apa. Dia seperti terkaku melihat bpharga di kedai ini. Dia hanya mamph berjalan perlahan melihat tanpa menyentuhnya,

"Safiyya kenapa ni?" Tegur Eriqa.

"Iqa, jom la beli kat tempat lain, sini mahal la." Safiyya berkata.

"Fiyya, lupakan pasal duit. Hari ni, Eriqa belanja Safiyya. For you my twin." Balas Eriqa memandang Safiyya dengan wajah yang comel.

"Okay okay jom." Safiyya hanya akur dengan keputusan Eriqa kembarnya ini.

"Ala bukan untuk sesiapa pun, untuk husband you juga." Kata Eriqa lagi sambil mencuit lengan Safiyya. Membuatkan Safiyya malu.

"Eriqa.." Safiyya membalas dengan mencubit lengan Eriqa.

"Ouch, haha. Oke2 enough. Jom." Balas Eriqa sambil memeluk bahu Safiyya.

Ditengah mereka berjalan, ada penasihat bab make up yang berkerja di situ menghampiri mereka. Eriqa menceritakan pada Penasihat itu apa yang dia inginkan apa yang mereka inginkan adalah set make up natural.

Penasihat itu membawa mereka ke tempat barang make up yang terbaik dan best seller di situ. Safiyya hanya mengangguk apabila penasihat itu sedang menjelaskan detail barang barang mereka.

Setelah mereka mendapatkan set make up itu, Safiyya dan Eriqa berjalan ke luar dari kedai itu. Mereka berjalan jalan mencuci mata di sekitar mall itu.

"Nak pergi mana lagi ni?" Tanya Safiyya yang sudah kepenatan berjalan di sekitar mall ini.

"Kita pergi makan jom. Lapar laa.." Balas Eriqa sambil memegang perutnya.

"Okay jom." Kata Safiyya.

Eriqa membawa Safiyya pergi ke Secret Recipe di dalam mall itu. Mereka duduk di tepi tingkap untuk meluaskan pemandangan mereka di luar.

"Safiyya nak makan apa?" Kata Eriqa,

"Fiyya nak 2 slice kek durian. Dengan air mineral je." Balas Safiyya.

"Okay, nanti Eriqa datang balik." Kata Eriqa yang pergi memesan makan.

Sememtara menunggu kembarnya itu, safiyya membuka HP nya untuk menghilangkan bosan. Sedang dia membelek belek isi HP nya itu datang satu Message yang buat dia tersenyum sendiri.

'Balik pukul berapa nanti?' - Zauji♥

Safiyya tersenyum melihat message yang datang itu dari suaminya sendiri. Jarang suaminya bertanya apa apa pada dia. Biasanya Suaminya langsung tidak ambil tahu pasal dia.

'Sekejap lagi Fiyya balik' - Me

Fiyya tersenyum walaupun hanya satu pertanyaan yang ditanya oleh suaminya. Safiyya meletakkan HP nya di meja dan mula memeluk tubuh melihat ke kiri kanan mencari kelibat kembarnya yang kini tiada di tempat casheir.

Mana pula kembarnya pergi ni, buat orang risau je budak ni. Oh, mungkin dia ke toilet. Husnuzon Safiyya. Hati Safiyya berkata sambi dia mengurut dadanya untuk menenangkan hatinya dari teus bersuudzon.

TING!

ada satu message masuk ke dalam HPnya, dengan cepat dia mengambil HP nya untuk melihat siapa yang telah message padanya. Alangkah terkejutnya Safiyya apabila dia melihat message dari suaminya lagi. Safiyya tidak pernah dapat 2 message dari suaminya. Sepanjang pernikahan mereka.

'Cepat la balik, saya sunyi ni seorang.' - Zauji ♥

Safiyya tersenyum membaca message dari suaminya itu.benarkah apa yang dia baca sekarang ni.

'Baiklah. Safiyya balik sekarang." - Me

Safiyya membalas message suaminya itu dengan senyuman yang lebar. Dia mencari kelibat kembarnya itu masih tiada lagi di sekitar kedai ini. Mana pulak perginya eriqa ni, lamanya order pon. Kata Safiyya,

Selang beberapa minit, Eriqa berjalan menuju ke meja kembarnya itu, dia melihat wajah Safiyya sudah menunjukkan wajah yang boring plus marah. Dia tahu Safiyya pasti akan marah dengannya.

"Jom balik Safiyya." Kata Eriqa pada Safiyya sambil menarik kerusi duduk.

"Ish, Iqa pergi mana tinggalkan Fiyya sorang kat sini. Takut tau tak." Kata Safiyya sambil memasang wajah merajuk.

"Eriqa pergi beli something tadi, lama sikit sebab tak jumpa yang sesuai tadi." Jelas Eriqa.

"Beli apa tu?" Kata Safiyy setelah melihat di kerusi sebelah kembarnya penuh dengan barangnya.

"Beli barang keperluan diri je. " jelas Eriqa.

"Jom la balik." Sambungnya lagi.

"Oh okay jom. Lagipun, memang nak balik pun." Kata Safiya sambil bangun dari duduknya untuk beredar dari situ.

"Eleh, tau la rindu laki kat rumah tu." Kata Eriqa menyakat Safiyya,

"Ish Eriqa ni jom la balik." Balas safiyya yang malu malu selepas kene sakat dengan kembarnya itu.

-----
Bersambung..

Idea sampai sini je untuk bab ni.

17/July/2016
2:54 AM

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now