Sepanjang Iqram bekerja hari ni, hatinya tak tenang. Dia ingin mendengar semua penjelasan dari Eriqa. Tapi dia berfikir, dia tidak ada number fon Eriqa. Apa lagi nama dan alamat syarikatnya.
'Haih, mana aku nak dapatkan alamat minah ni?' kata hati Iqram.
Dia terus berjalan tanpa arah di pejabatnya memikirkan Eriqa. Dia hendak memikir Eriqa itu jahat. Tapi, dia ingin menolong kembarnya. Misal kata dia baik, buat apa dia upah Org suruhan.
Terlalu banyak persoalan yang bermain di kepalanya. Sampaikan dia terduduk dan membaringkan mukanya di atas meja kerja.
TING!
Dia telah mendapat satu cara macam mana nak dapatka number dan alamat Eriqa. Hanya melalui kembarnya, iaitu Safiyya. Tapi dia juga tidak ada number Safiyya. Aduh susah susah hatinya terus mengeluh.
Lama dia berfikir dia terus menepuk dahinya. Dia baru teringat pada Rayyan. Dia akan mendapatkan number Safiyya pada Rayyan dan dia akan msg Safiyya untuk dpatkan alamat syarikat keluarganya.
Dia cepat cepat mengambil telefonnya dan menaip msg pada Rayyan.
'Rayyan, aku nak number bini kau jap' - iqram.
tak sampai beberapa minit, dia mendapat satu pesanan di telefonnya. Dan itu pasti Rayyan. Siapa lagi kalau bukan dia, hanya dia sahaja yang dia msg tadi.
'Kau nak buat apa? Cakap dulu.' - Rayyan.
Iqram terus melepaskan nafas berat. Banyak betul soal mamat ni kata Iqram dalam hati.
'Aku nak number Eriqa' -Iqram
Dengan jawapannya sebegitu, dia harap boleh terus dapat number Safiyya untuk dapatkan number Eriqa.
'Eriqa mana ni? Bini aku pun Eriqa gak' - Rayyan
Sekali lagi dia menahan sabar dengan sahabatnya ini. Orang tengah serius memain pulak dia.
'Eriqa Afiqah la. Adui cepat lah aku serius ni wey!' -Iqram.
Iqram pasrah. lepas ni Rayyan main main, memang dia akan terus ke rumahnya untuk berjumpa Safiyya.
'Haha. Tak payah minta kat bini aku. Aku pun ada.' - Rayyan
Mendapat msg itu dia terus gembira.
'Aku bagi contact dia dah. Dalam tu complete alamat syarikat dia, email and so on' - Rayyan
Msg Rayyan lagi.
'Tq Bae.'- Iqram.
Balas Iqram lepas mendapat data penting mengenai Eriqa dengan lengkap
'Bae taik kau. No probs beb' - Rayyan.
Sungguh membuat hatinya geli mendapat msg dari Rayyan sebegitu.
Kini Iqram bernafas lega. Akhirnya dia mendapat kan Number Eriqa. Tetapi dia tersedar seketika dengan tindakannya yang ibarat cacing kepanasan itu hanya untuk mendapatkan number fhone Eriqa.
Dengan segera dia merubah kata kata di otaknya dengan mengatakan dia hanya ingin membantu Sahabatnya Rayyan dari penyesalan.
Iqram terus menekan kekunci di handphonenya untuk melihat detail mengenai Eriqa dan WALA! Dia menjumpa akhirnya alamat Syarikat Eriqa.
Iqram harus berterima kasih dengan Sahabatnya kerana memudahkan dia dan dia terus mengambil kunci keretanya dan meluncur ke tempat Eriqa berkerja iaitu di syarikatnya sendiri.
Iqram terus memasuki bangunan di hadapannya dan menanyakan pada reception di depannya itu.
"Saya nak berjumpa dengan Puan Eriqa Afiqah" kata Iqram.
"Maaf encik, ada hal apa ye?ada buat temujanji ke?" tanya Receptionist itu.
"Ada. Saya nak tanya perjanjian antara kami." balas Iqram sambil tersenyum manis.
"Sekejap ye encik" kata pekerja Reception itu
Iqram menunggu di sofa berdekatan dengan reception itu sambil bermain telefonnya. Lama kelama dia tunggu akhirnya nama nya dipanggil.
"Encik" panggil pekerja reception itu, Rayyan terus bangun nak pergi menghadapnya.
"Ye?"tanya Rayyan.
"Puan Eriqa sedang turun ke bawah. Mohon Encik tunggu dia disini ye. Ini atas arahan Puan Eriqa" jelas Pekerja itu.
"Baik" balas Iqram.
Iqram melangkah ke sofa tempatnya duduk tadi. Dalam hatinya sudah mengata bukan bukan pada Eriqa. 'Adakah suruh aku tunggu kat sini. Ish perempuan ni, nasib syarikat ni kau punya. Kalau tak, memang nahas kau' kata Iqram dalam hati sambil buat muka tidak puas hati.
Masa Iqram nak duduk kat sofa tu, dia melihat susuk tubuh yang dia cari itu. Akhirnya Eriqa muncul juga depan matanya. Iqram yang tak jadi nak duduk terus berdiri membetulkan dirinya dan terus melangkah berdepan dengan Eriqa.
"Eriqa Afiqah" panggil Iqram dari belakang Eriqa.
"Ye Saya" Eriqa terus menoleh pada empunya suara. Eriqa melihat orang yang dia langgar masa tu berada di hadapanya sekarang.
"Aduh, apa kau buat kat sini haa." kata Eriqa selepas mengetahui orang yg dihadapannya.
"Aq tak puas hati dengan kau." jawab Iqram.
"Tak puas hati apa lagi kau ni. Aduh" kata Eriqa.
"Pasal aritu, ke kau nak aku buka cerita kat sini juga?" Balas Iqram sambil membuat muka jahatnya
"Nanti nanti je la kau tahu. Aku tengah sibuk la sekarang" jawab Eriqa dihadapan meja reception.
"Aku tak nak, aku nak tahu hari ni juga" kata Iqram membuatkan Eriqa rasa annoying dengan sikapnya.
"Kalau aku tak nak juga bagi tahu?" tanya Eriqa sambil buat muka.
"Kalau kau tak nak? Senang je" jawab Iqram membuat Eriqa tanda tanya dengan sikapnya yang mengeluarkan telefonnya dari poket.
"Aku msg Safiyya. Cakap dekat dia yang kembar dia ni pun ikut campor dalam hal rumah tangga dia." sambung iqram lagi.
"Ish kau ni" marah Eriqa sambil buat muka tak puas hati.
"Mesti Safiyya pun tak suka kan. Kau ikut campor dalam rumah tangga dia." sambung Iqram sambil buat muka yang sangat annoying pada Eriqa.
"Ish! Ye la ye la. Ikut aku." kata Eriqa terus menghadap Reception untuk mengambil kunci keretanya
"Pergi mana?" tanya Iqram.
"Banyak songeh la kau ni. Perempuan ke lelaki kau ni? Mengalahkan perempuan pulak aku tengok" kata Eriqa.
"Coi. Nauzubillah. Aku lelaki la." kata Iqram.
Eriqa yang tiada masa nak bergaduh dengan lelaki di hadapanya ini terus menarik tangan Iqram untuk keluar dari situ dan mengikutnya ke suatu tempat.
"Masuk." kata Eriqa pada Iqram.
"Aku ada kereta la." balas Iqram.
"Masuk je la. Ish pondan betul." kata Eriqa yang sedang marah pada sikap Iqram.
Iqram terus masuk ke dalam kereta Eriqa Afiqah mereka terus bergerak ke suatu tempat yang jauh sedikit dari syarikatnya untuk dia senang bercerita semuanya pada lelaki kepoh depannya ini.
"Kita nak pergi mana ni?" tanya Iqram pada Eriqa yang sedang focus memandu.
"Ke suatu tempat yang senang untuk aku bercerita kat kau. Jadi lepas ni tak ada la kau kepoh dan salah faham" balas Eriqa yang tidak memandang wajah Iqram.
"Perli la tu" kata Iqram perlahan.
----------
Maaf cerita berterabur. Tak tahu oke ke tak. 😞Keep voting ye guys 😉😉
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...