Safiyya menaiki anak tangga dahulu diikuti dengan suaminya. Safiyya ingin naik ke biliknya sebab ingin meletakkan barang barang suaminya di dalam bilik. Lepas itu, baru dia sambung membantu mummy masak.
Hanya tinggal lagi 2 lauk perlu di masak. Walaupun tak berat, dia masih ingin menolong mak mertuanya itu di dapur. Apa gunanya dia datang ke rumah ini jika tidak membantu mak mertuanya itu.
Rayyan pelik kenapa Safiyya malah masuk ke dalam bilik tetamu bukan di biliknya di rumah ini. Safiyya melihat langkah suami berhenti di depan biliknya yang sedang di renovate kata mummy.
"Abg, bilik itu mummy kata mummy renovate malam nanti baru boleh guna." kata Safiyya yang menjawab tanda tanya yang bermain di kepala Rayyan.
"Renovate??? Ermm..Ohh. Patut laa" balas Rayyan sambil memasang wajah pelik dan meneruskan langkahnya menuju masuk ke bilik tetamu itu.
Safiyya meletakkan beg kerja dan kot kerja suaminya itu di atas kerusi yang telah disediakan seumpama meja belajar. Bilik ini memang beza dengan biliknya sendiri. Bilik tetamu ini agak terang berbanding biliknya yang selalu gelap menjadi port kegemarannya.
Safiyya mengantungkan tudungnya yang di atas meja itu ke hanger yang berada di dalam almari kosong itu. Safiyya terus mengeluarkan tuala di dalam beg dan menghulurkan ke arah suaminya yang sedang memerhatinya.
Suaminya yang sedang baring hanya memerhati lembut kelakuan isterinya itu di bawah katil yang sedang mengambil tuala. Sungguh kalau lelaki lain, Mungkin dia adalah gadis pilihan yang solehah. Tapi kenapa sejak ak berbuat baik dengannya hati ku jadi lain.
Terasa ingin melihat nya sentiasa tersenyum. Apa perasaan ini, kenapa sangat sulit untuk aku gambarkan. Sungguh aneh rasa ini.
"Kenapa?" tanya isterinya yang perasan di sedang diperhatikan dari tadi.
Rayyan menepuk katil di sebelahnya itu sebagai tanda meminta isterinya duduk di sebelahnya. Safiyya yang tanpa fikir panjang, terus bangkit dan duduk di sebelah suaminya itu.
"Abg tak nak mandi ke?" tanya nya lagi tapi tidak dijawab oleh Suaminya.
Malahan dia terus menarik lengan isterinya untuk berbaring di sebelahnya. Huntung sahaja dia sempat mengunci pintu bilik ini. Jika tidak, ada je yang akan mengganggunya nanti.
Safiyya yang sudah terbaring di sebelah Suaminya heran apa yang ingin suaminya lakukan. Rayyan yang terbaring kepala terus menongkatkan kepalanya dan memandang isterinya.
Tangannya yang satu lagi memainkan jarinya di atas wajah Safiyya. Membuat Safiyya tergeliat geli akibat jari jemari suaminya yang sedang bermain atas wajahnya.
Safiyya memandang suaminya sambil kedua tangannya memegang tangan suaminya untuk tidak terus bermain wajahnya. Tapi mereka malah terbawa suasana yang baginya begitu romantik.
Rayyan yang penuh dengan suprise bagi Safiyya selalu berdiam diri. Seperti persona pendiamnya telah merebak pada suaminya. Tapi, mungkin juga mereka masih canggung antara satu sama lain.
Rayyan mendekatkan wajahnya ke arah isterinya. Tiada tanda penolakan yang diberikan oleh isteriya. Rayyan malah lagi mendekatkan wajahnya membuat kan Safiyya memejamkan matanya dengan melepaskan tangan suaminya.
Tangan Rayyan satu lagi sudah memeluk perut isterinya itu. Safiyya memejamkan matanya dengan perasaan yang bercampor aduk.
Rayyan mencium bibir isterinya yang tertutup itu dan mencium mata isterinya juga. Walaupun dia belom pasti apa yang telah terjadi pada hatinya kini.
"Teman saya tidur." kata Rayyan yang sudah menjauhkan wajahnya dari wajah isterinya.
"Ookk..okkaaayyy" jawab Safiyya yang tergugup akibat ulah suaminya tadi dia menjadi malu. Safiyya sempat melirih pada arah jam. Masih jauh lagi waktu zohor
Boleh la dia qailullah sebentar meneman suaminya tidur. Lagi pula matanya juga ngantok kerana dari tadi menolong mak mertuanya tanpa henti. Kakinya juga naik sakit sebenarnya.
Rayyan terus menaikkan badan isterinya sehingga sepenuh badannya ke katil ini bersama tubuh suaminya. Sempat juga Safiyya membuka tudung lycra nya itu dan meletakkan di atas kepala katil.
"Sini, saya buka ikatan rambut tu." kata Rayyan yang ingin menyiumi wangian rambut isterinya lagi seperti hari hari semalam.
"Eh. Tak pe la fiyya tak nak nanti rimas pulak abg." jawab Safiyya lembut.
"Saya tak pernah rimas. Lagi saya suka adalah." balas Rayyan.
"Oh, kalau macam tu Fiyya buka la.. "Kata Safiyya lalu menggerakkan tangannya untuk membuka ikatan rambutny tapi dihalang oleh Rayyan.
"Biar saya yang buka" balas Rayyan. Rayyan melepaskan ikatan rambut isterinya yang panjang itu. Rayyan meletakkan getah rambut isterinya itu di atas meja belakangnya.
Rayyan kembali menghadap isterinya dan memeluk isterinya sambil wajahnya menyium rambut isterinya yang wangi itu. Sungguh tergugat hatinya sebagai seorang suami. Ketika Rayyan memandang wajah isterinya itu, safiyya telah pun tidur terlebih dahulu. Rayyan turut tersenyum dengan sikap isterinya. Dia juga turut tertidur sambil mukanya didekatkan pada bahu isterinya.
-------
Safiyya terjaga kerana dia merasa ada satu nafas yang menhembus di lehernya itu. Safiyya membuka matanya yang berat dia melihat wajah suaminya yang dekat dengan lehernya
'Patut laa' kata hati Safiyya.
Safiyya terus membalik badan menghadap suaminya. Memandang wajah suaminya yang sedang tidur itu satu nikmat bagi Safiyya plus ia juga dapat pahala di sisi Tuhan.
"Apa yang akan terjadi dengan kita agaknya di masa hadapan." kata Safiyya bersuara perlahan tidak nahu membangunkan suaminya.
"Kenapa Safiyya rasa tidak sedap hati dengan hubungan kita. Safiyya harap sgt kebaikan abg ini selamanya" sambungnya bersuara prlahan sambil meletakkan tapak tangannya pada pipi suaminya.
Safiyya memejamkan seketika matanya sambil tangan yg memegang wajah suaminya tadi beralih memeluk suaminya. Mereka kini saling memeluk antara satu sama lain.
Safiyya terus membuka matanya dan duduk di atas katil. Dia mengambil getah rambutnya yang berada di meja belakang suaminya itu. Semasa Safiyya ingin mengemas rambutnya yang tebal dan panjang itu, dia terasa ada tangan yang sedang memeluknya dari belakang.
Seusai mengikat rambutnya kini dia terasa ada kepala yang sedang melekat di belakang tubuhnya sambil memeluk tubuhnya juga. Dan Safiyya tahu itu tangan suaminya yang sedang memeluk nya.
"Abg saya nak keluar sekejap. Nanti dah nak masuk waktu zohor." kata Safiyya yang sedang memegang tangan suaminya.
"Jangan la keluar." balas Rayyan bersuara serak.
"Abg.." panggil Safiyya.
"Sekejap je." pinta Rayyan. Entah kenapa kini Rayyan selesa dengan tubuh isterinya yang wangi sentiasa baginya membuatkan dia selalu ingin dekat dan mencium bau itu.
#azan zohor berkumandang#
"Abg jom zohor dulu." kata Safiyya mengejutkan suaminya yang sedang berbaring di belakang tubuhnya.
"Erm. Jom.." balas Rayyan terus melepaskan pelukannya di tubuh isterinya dan mengusap wajahnya.
Safiyya berdiri dan memasang tudung lycranya itu. Manakala, Rayyan mengambil Tualanya dan terus masuk ke bilik air. Safiyya menunggu di dalam bilik dia menyiapkan pakaian untuk suaminya dan meletakkan di atas katil.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...