Bab 47

8.4K 185 3
                                    

Semasa isterinya sedang membersihkan diri. Rayyan berpusing melihat katilnya yang dihias indah ini. Tetapi matanya tertumpu pada seseuatu yang ada di bawah bantal di hadapannya.

Dia menjumpai satu surat dan satu pisau pencukur yang tajam. Nasib tidak mengenai dirinya. Dia membaca surat itu surat yang berunsur fitnah terhadap dirinya untuk memisahkan dirinya dan Safiyya

"Ni mesti kerja si Gila ni" kata Rayyan yang sudah pun tahu pelakunya. Dia amat kenal tulisan yang berada di kertas ini. Sangat sangat sangat kenal. Rayyan terus membuang kertas itu di tong sampah yang berada di biliknya itu.

Safiyya keluar dari bilik air hanya memakai tuala di. Nasib tualanya itu labuh hingga di bawah lututnya. Rayyan menoleh dan terkejut melihat isterinya. Biasanya isterinya akan memakai baju di dalam bilik air. Kenapa sekarang dia keluar tanpa memakai baju kata Rayyan dalam hati sambil menelan air liur

"Maaf, Fiyya lupa nak ambik baju sekali tadi." kata Safiyya saat dia perasan mata suaminya yang sedang memandang itu..

Rayyan melihat rambut panjang isterinya itu dan tubuh putih mulusnya sangat menggugat imannya sekarang. Bagaikan suhu panas yang panas dan ingin meletop.

Rayyan tidak dapat menahannya lagi. Dia terus berjalan ke arah isterinya itu. Safiyya tahu dirinya salah kerana terlupa membawa baju sekali ke dalam bilik mandi tadi. Kini dkrinya betul betul dalam bahaya.

Memang betul ini apa yang dia inginkan. Menjadi isteri kepada Rayya dengan sesungguhnya. Tetapi bukan pada Saat hatinya belom jadi miliknya. Safiyya mula menundukkan kepala melihat langkah suaminya makin dekat padanya.

Rayyan semakin hampir dengan tubuh Safiyya tetapi tubuh Safiyya makin ke belakang menjauhi Rayyan. Rayyan terus memeluk pinggang isterinya untuk mendekat dengannya. Hanya tinggal beberapa mm kedekatan mereka sekarang.

Rayyan membelai pipi Isterinya itu. Wangian sabun mandi makin menusuk ke dalam jiwanya membuatkan dirinya terangsang.

"Abg. Apa yang cuba apa lakukan ni" kata Safiyya dengan suara perlahan dan serak.

"Shh.." balas Rayyan sambil membelai bibir isterinya dengan jejariny.

Rayyan menarik tangan isterinya untuk berjalan menuju ke katil. Mereka berdua duduk di hujung katil secara berdepan. Rayyan melihat wajah isterinya yang sudah pun mula ketakutan dan memejamkan mata.

Rayyan mengangkat dagu isterinya untuk Safiyya memandangnya.

"Safiyya tak sudi ke?" soal Rayyan membuatkan Safiyya membuka mata.

"Fiyya..cu.. Cu.. Cumaa tak nk abg lakukan ini sebab nafsu. Fiyya nak abg lakukan dengan rasa cinta abg pada Safiyya. Tu je." balas Safiyya gagap

"Apa segala kebaikan yang abg tunjukkan selama ni tak memberi keyakinan pada fiyya? " soal Rayyan lagi.

Terus membuat Safiya mengangkat kepala saat ada satu ayat keramat baginya keluar di mulut suaminya. Suaminya membahasakan dirinya sebagai abg.

"Bu. Bu. Bukan itu maksud Fiyya" balas Safiyya tidak tahu ingin berkata apa lagi. Fiyya terasa bibirnya di cium sekilas oleh suaminya.

"Abg dah lama pendam hasrat abg. Boleh tak untuk malam ni fiyya penuhkan hasrat abg sebagai seorang isteri?" kata Rayyan bernada romantik sambil tangannya menyentuh pipi isterinya.

Safiyya memejamkan mata dan berdoa dalam hati. Ya Allah lindungi la kami Saat kami melakukan tanggungjawab kami sebagai suami isteri dari gangguan Syaitan.

Safiyya membuka mata dan memandang mata suami itu. Safiyya mengangguk perlahan dan membuatkan Rayyan terus memegang pipi Safiyya.

"Maafkan abg sebab bagi malam pertama untuk Safiyya selewat ni." kata Rayyan.

"Fiyya Faham abg perlukan masa." balas Safiyya sambil memeganng pipi suaminya dan mencium lembut bibir suaminya dengan sekejap.

Rayyan mendukung badan Safiyya untuk menaik kan nya di atas katil yang dipenuhi kelopak kelopak bunga itu. Rayyan menggenggam tangan safiyya dan mencium tangan Safiyya.

Pada malam yang sunyi dan bersuasana romantik itu terjadi la malam yang pertama buat Rayyan Dan Safiyya bersatu jiwa dan cinta.


Safiyya terjaga selepas mendengar azan subuh berkumandang. Dia ingin bangun tapi terasa berat kerana ada satu tangan yang sedang memeluknya. Safiyya terus memindahkan tangan Rayyan dari perutnya itu.

Safiyya memandang ke sebelah bawahnya mencari tuala yang dia gunakan semalam, Tetapi tidak ada. Dia merangkak mencari di sebelah kanan bawah suaminya, ternyata ada di bawah kanan suaminya.

Safiyya mengejutkan suaminya untuk meminta tolong mengambil kan tuala yang berada di bawah katil itu.

"Abg..ambikkan tuala fiyya kat bawah tu." kata Safiyya.

"Hrmm.." Rayyan terus menarik tangan isterinya untuk berbaring dan memeluknya.

"Abg tuala ambikkan. Fiyya nak mandi ni." kata Fiyya sekali lagi.
"Nahh." kata Rayyan menghulurkan tuala itu pada isterinya.

Safiyya mengambil tuala yang diberi suaminya itu dan melepaskan diri dari pelukan suaminya. Rayyan yang sedang tidur tidur ayam itu hanya mampu tersenyum. Senyuman yang dapat meruntuhkan jiwa seorang perempuan.

Safiyya yang duduk di birai katil itu sudah memakai tuala. Dia baring mnghadap suaminya itu. Dia memandang wajah suaminya yang sedang tidur.

'Alangkah bahagianya kalau kebahagiaan ini selama lamanya' kata hati Safiyya sambil memandang Rayyan.

Muah!

Safiyya mencium bibir suaminya dan terus bangun berlari masuk ke dalam bilik air, nasib barangnya sempat di ambik. Rayyan yang merasa ada bibir yang menciumnya segera membuka mata. Dia melihat Safiyya yag sedang berlari masuk ke dalam bilik air.

"Jangan goda abg. Kang ada yang tak keluar bilik pagi ni kang" jerit Rayyan dari katil tu.

"Haha. Fiyya nak bangunkan abg je untuk solat subuh." balas Safiyya yang mengeluarkan kepalanya dari bilik air.

Safiyya segera masuk dan membersihkan badannya dengan memandi wajib. Dia mengambil wuduk dan memakai baju di dalam bilik air

Walaupun masih terasa sakit di kewanitaannya, tapi Safiyya tetap menggagahkan diri untuk melaksanakan tugasnya pada Allah.

Safiyya keluar dan terus memakai telekung. Dia segera membangunkan Suaminya untuk turut serta solat mengimamkannya.

"Abg bangun abg." kata Safiyya tanpa menyentuh suaminya.

"Abg! Bangun. Jom solat subuh sama." kata Safiyya lagi. Tapi Rayyan masih tidak mau bangun juga.

Safiyya terpaksa membatalkan air wuduk dan melepaskan telekungnya untuk membangunkan suaminya. Safiyya duduk di tepi suami dan meletakkan kepala di atas dada suaminya. Safiyya menggigit lembut telinga suaminya dan melepaskan.

Sengaja Safiyya mengodakan suaminya untuk bangun. Jika tidak dia akan tidur sahaja kalau di rumah mereka Safiyya membangunkan Rayyan dengan senang sahaja. Tapi disini liat semacam.

Badan Rayyan terus menggerak merespon kelakuan Safiyya. Rayyan membangun kan matanya dan memandang wajah isterinya yang sudah memakai baju lengkap

"Bangun la." kata Safiyya perlahan

Rayyan terus bangun dan duduk di katil itu. Dia melihat jam sudah hampir pukul 7. Dengan segera dia masuk ke dalam bilik air dan mandi untuk melaksanakan tugasnya juga.

Safiyya keluar untuk mengambil air wuduk di bilik tetamu. Nasib mummy tak ada kata safiyya dalam hatinya. Segera dia masuk kembali dalam biliknya dan melihat Rayyan sedang memakai kain pelikat.

Mereka terus melaksanakan tugas sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini dengan berimamkan Rayyan.

-------
Maaf kalau tak ada feel yang sampai pada readers.

Harap maklum ye.

Bersambung..

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now