Selepas mendapat khabar dari anak buah nya bahawa Safiyya berada di hospital yang tidak jauh dari shopping mall itu, Karl terus menghubungi Farah untuk melaporkan apa yang dia sedang cari.
"Hello Farah" tegur Karl.
"Haa ada apa kau call aku? Jangan kau call aku kalau masih tak ada berita pasal betina tu eh. Aku tak nak dengar lagi apa apa alasan kau" marah Farah di corong telefon.
"Sabar sayang. Aku call kau ni sebab aku dah tahu mana dia." kata Karl terus farah terdiam di hujung sana.
"Hello" tegur Karl untuk memastikan Farah berada di talian.
"Haa ye aku ada lagi." jawab Farah acuh tak acuh.
"Jadi kalau kau nak tahu mana dia. Kau masukkan dulu duit kat bank aku. CEPAT!! " karl meninggi kan suara pada ayat cepat supaya dia boleh dapat duit dan Farah menepati janjinya
"Aku dah bankin kan dah. Kau jangan risau la" kata Farah yang ingin segera mengetahui keberadaan Safiyya.
"Bagus. Kalau aku tahu kau tipu. Siap kau" getak Karl pada Farah.
"Eii Cepat la" bentak Farah pada karl.
"Dia berada di hospital berdekatan dengan Shopping mall yang kau langgar dia" jelas Karl.
Farah terus menutup panggilannya bersama karl. Dia terus berencana sesuatu untuk Safiyya tidak membuka mulut dan bercerita pada sesiapa. Kalau boleh, ingin sahaja dia terus membunuh Safiyya.
Farah terus teringat pada seseorang yang pernah merelakan diri untuk mendapat job darinya. Pekerja kedai bung yang dulu pernah menjadi budak upahannya.
Bagi Farah, sebaiknya dia menggunakan budak tu dijadikan kambing hitam. Demi duit manusia sanggup melakukan apa sahaja. Farah terus ketawa dan ketawa. Dia juga tidak bodoh untuk mengotorkan tangannya buat kali ke dua untuk melakukan perkara perkara yang dapat menjatuhkan sahamnya dan nama baiknya sebagai model.
Dia terus mencapai telefon dan terus mendail number Sumayya. Dia akan menggunakan sumayya untuk melakukan tugas ini. Dengan cara itu, Farah tak perlu la turun tangan.
"Hello sumayya" tegur Farah
"Assalamualaikum. Ni siapa ye?" balas Sumayya
"Uwwww.. Waalaikumsalam, Er ni Farah." jawab Farah.
"Ouh. Haa ada apa kak?" tanya Sumayya.
"Ada kerja ni untuk sumayya. Sumayya nak buat tak? Upah dia berbaloi la juga" kata Farah menarik minat sumayya dengan wang.
"Erm kerja apa tu kak?" tanya Sumayya pelik.
"Erm tak best la bercakap kat fon. Jumpa jom kita bincang" ajak Farah sambil hatinya sudah gembira Sumayya sudah masuk perangkapnya.
"ha boleh boleh. Jumpa kat mana kak?" tanya sumayya lagi.
"Erm. Saya datang kat tempat kerja sumayya je la. Kita duduk kat tempat aritu." pelawa Farah.
"Haa boleh kak. Lagi 30 minit saya keluar." balas Sumayya.
"Ok saya tunggu sana" jawab Farah.
Akhirnya, kambing dah masuk perangkap. Kata Farah dalam hati. Hatinya tersenyum bahagia. Tak lama lagi, sikit je masa lagi.
Farah terus bersiap untuk menemui Sumayya di restoran berhampiran tempat kerjanya itu. Farah akan cuba sedaya upaya untuk masukkan betul betul Sumayya dalam perangkap.
Farah bangga dengan dirinya, tak sangka dia sebijak ini. Tapi apa pun caranya, Farah kene hati hati juga dan bertindak seperti tidak ada apa yang berlaku. Stay cool untuk bagi tiada siapa yang syak.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...