Bab 17

7.7K 189 0
                                    

Safiyya merebahkan diri di katilnya memikirkan Kejadian yg berlaku di restoran tadi. Dia tidak ingin menjadi penyebab kekacauan pada sesuatu hubungan. baginya, dia rela mengundurkan diri dari ada orang lain yang menderita atas kebahagiaannya. Jika tidak kerana perjodohan ini di atur oleh kedua ibu dan ayahnya pasti dia sekarang boleh mengundurkan diri.

Fikiran Safiyya jauh melayang sehinggakan tidak sedar waktu sudah pun memasuki maghrib. Safiyya segera bangkit dari katilnya dan mengambil tuala menuju ke bilik mandi. Safiyya merasa dia saat ini memerlukan jawapan dari Allah dari semua kejadian yang berlaku tadi. Kenapa Allah Tunjukkan semua ini saat hati nya sudah mula mengharap pernikahan ini? Hatinya luluh.

Rayyan meletakkan kereta nya disamping kereta daddynya. Rayyan keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumahnya. Fikirannya betul betul serabut ketika ini. Dia sangat tidak suka dengan perjodohan ini. Baginya, perjodohan yg di aturkan ini sudah ketinggalan zaman. Tetapi, dia tidak ingin menghampakan kedua orang tuanya.

Dengan malas Rayyan melangkah menuju ke biliknya. Rayyan meletakkan semua barang keperluan wajibnya di atas meja di dalam biliknya. Kepalanya sedang serabut dek kerana memikirkan soal dirinya dan Farah. Dia harus bertindak profesional, walaupun dalam masalah peribadinya.

Memang Rayyan sangat membenci Safiyya kerana bersetuju dengan perjodohan ini. Tapi dia juga tidak ingin Farah membuat sesuatu yang buruk pada Safiyya. Dia sangat kenal Farah, tidak semudah itu Farah menyerah kalah dengan apa pun dalam hidupnya. Waktu penyatuannya dengan Safiyya boleh dikatakan menghitung hari, walaupun lebih dari sebulan waktu yg tinggal.

Rayyan membuang fikirannya tentang mereka jauh jauh. Baginya itu tidak penting, daddynya selalu dapat apa yang dia mahukan. Sekarang dia akan tunjukkan kesan dari apa yang daddynya mahukan. Kali ini Rayyan tidak mahu bertolak ansur pada daddynya. Toh lepas kawen dia juga akan tinggal berdua dengan Safiyya. Dia tidak mahu tinggal bersama keluarganya atau keluarga pihak wanita.


------
Maaf cerita part ni pendek hilang idea  :'(

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now