Bab 65

8.2K 182 3
                                    

Selesai sahaja makan mereka tidak mengeluarkan suara. Tanpa mereka sedar Rayyan pelik dengan sikap Safiyya yang berdiamkan diri sebegitu juga dengab Safiyya yang pelik dengan Rayyan.

'Cakap la. Fiyya bosan ni asyik diam je' kata Fiyya dalam hati berharap suaminya memulakan pembicaraan.

'Fiyya ni diam pulak. Habis mati kata kata aku nak berbual' kata hati Rayyan sambil meneruskan makan malam mereka.

Usai makan, Safiyya terus mengemaskan pinggan yang berada di atas meja makan itu, manakala Rayyan pula sedang menonton television di ruang tamu.

Rayyan terus memandang sekilas isterinya yang berada di dapur itu. Rasa kasihan mula timbul di hatinya membiarkan isterinya mengemas sendirian.

Tanpa menutup television, Rayyan terus bangkit dan menuju ke dapur. Niatnya untuk menolong isterinya mengemas dapur.

Safiyya yang sedang mengelap pinggan mangkuk yang basah itu tidak sedar dengan kehadiran suaminya di belakangnya. Rayyan yang memasuki dapur itu melihat isterinya yang sedang membelakanginya.

Dengan susuk tubuh yang boleh menggoyangkan imannya sekarang. Dia cepat cepat menoleh membelakangi isterinya hati nya cepat cepat beristighfar. Malah pikirannya ligat berkata kata

'Safiyya tu Isteri kau juga yan. Tak salah pon sentuh. Bukan haram, halal ada la.' Rayyan terus mengangguk mengiyakan kata kata pikirannya.

Dengan suasana romantik yang dia bawak, Rayyan terus berpusing kan badan menghadap isterinya. Dia terus berjalan mendekati isterinya.

Rayyan terus memeluk tubuh isterinya dari belakang, Safiyya yang merasakan ada tangan yang sedang memeluknya terus terkejut dan hampir menjatuhkan pinggan yang berada di tangannya.

Dengan pantas dan dalam suasana romantik Rayyan mengambil pinggan yang hampir terjatuh tadi. Dia menolak tubuh isterinya mendekati singki dalam keadaan Rayyan masih memeluk isterinya.

Jiwa dan hati Safiyya kini berdegup kencang dalam masa yang sama hatinya juga menanti belaian dari suaminya sendiri. Hatinya sedikit gembira malam ini. Itu sebabnya dia memakai baju yang agak sedikit seksi baginya tapi mungkin tidak pada suaminya.

Setelah meletakkan pinggan di singki, Rayyan mencium leher isterinya dari belakang.

"Wanginya" kata kata Rayyan yang keluar dari bibirnya. Hanya Tuhan yang tahu betapa bergetarnya jiwanya sekarang. Tangan terus melonggar sedikit dan memusingkan badan Safiyya menghadapnya.

Kini Safiyya dan Rayyan berpelukan sambil berhadapan. Mata Safiyya terus menatap dalam mata Rayyan yang kini telah diselubungi kemahuannya.

"Seksi, sengaja ke nak goda abg" kata Rayyan yang bersuarakan suara yang garau dan romantik. Safiyyah hanya mampu senyum dengan kata kata suaminya.

Safiyya melonggarkan pelukan suaminya dan menarik tangan suaminya menuju ke bilik mereka. Rayyan yang faham kemana arah tujuan isterinya itu terus mencempung tubuh isterinya dan berjalan menuju ke bilik dan menaiki tangga. Safiyya sedikit terjerit dengan tindakan suaminya itu.

Safiyya terus menutupi wajahnya ke dada bidang milik suaminya. Timbul satu idea Safiyya untuk terus menggoda suaminya.

Sedang Rayyan baru menapak di tangga kedua, Safiyya telah menciumi bibir suaminya sekilas. Dapat tangga ke empat Safiyya menciumi pipi kanan suaminya sekilas. Rayyan hanya mampu tersenyum melihat gelagat isterinya.

"Nakal ya" kata Rayyan yang membuat Safiyya tergelak juga.

Habis rayyan menapak di tangga terakhir, Safiyya mencium dan mengigit lembut bibir suaminya. Membuatkan Rayyan mengerang sedikit seperti terkejut.

Masuk shaja di dalam bilik Rayyan terus meletakkan Safiyya diatas katil tidur mereka. Lama Wajah Safiyya di tenung oleh Rayyan. Safiyya yang melihat tatapan suaminya itu terus tersenyum manis membuatkan Rayyan sedikit Geram geram comel pada isterinya.

Rayyan terus menciumi bibir Safiyya dengan hebatnya. Safiyya juga membalas ciuman Suaminya tidak kalah hebatnya. Sambil mereka berciuman salah satu tangan Rayyan telah naik ke atas baju Safiyya.

Untuk membuka baju Safiyya dan menyelesaikan tugas yang mereka inginkan malam ini. Mereka berhenti berciuman seketika apabila nafas mereka seakan-akan mahu habis. Tapi tangan Rayyan tidak berhenti untuk membuka kancing baju Safiyya.

TING NUNG! (Bunyi bell rumah)
TING NUNG!

Safiyya dan Rayyan yang sudah berada di tengah perjalanan berhenti akibat terdengar bunyi bell rumah mereka yang berbunyi.

Rayyan mendengus geram dan memasang wajah tidak puas hati dengan pengganggu yang datang di rumah mereka malam malam gini. 'Siapa la yang datang, tak tahu ke orang tengah nak luangkan masa dengan bini. Haish' kata hati Rayyan sambil memasang wajah yang sedikit masam mencuka.

Safiyya yang melihatnya turut tersenyum ketawa. Dia terus duduk dan mengkancingkan baju nya semula. Dia terus mengambil wajah suaminya itu dan mencium bibirnya sekilas.

"Dah tu abg, jom la ada tetamu tu" kata Safiyya yang duduk di hadapan suaminya.

"Hish. Siapa la yang mengganggu orang nak buat cahaya mata ni" kata Rayyan Geram

"Abg!" kata Safiyya lalu memukul lengan suaminya dan tersenyum.

"Dah jom turun" ajak Fiyya

Fiyya terus mengambil inner neck dan shawl labuh miliknya dan sarung gitu gitu sahaja. Safiyya menggengam tangan suaminya dan turun untuk melihat tetamu yang mahu bertandang ke rumahnya tengah malam gini.

Bell rumah mereka tidak henti henti berbunyi. Safiyya melepaskan genggaman nya dari tangan suaminya dan terus menuju ke pintu untuk melihat tetamunya.

Safiyya membuka pintu rumahnya dan melihat tetamunya itu adalah kembarnya sendiri.

"Eriqa" kata Safiyya

"Assalamualaikum Fiyya." kata Eriqa yng sedang berdiri di hadapan pintu rumah milik kembarnya.

"Waalaikumsalam Iqa." jawab Safiyya sambil tersenyun melihat kenbarnya datang .

"Eh masuk la iqa. Sorry terpegun jap Iqa datang malam malam macam ni." sambung Safiyya.

"Siapa tu Sayang?!" jerit Rayyan dari Dapur yang sedang mengambil minum buat tetamunya.

"Eriqa Abg" jawab Safiyya dari ruang tamu.

"Dia sorang ke?!" tanya Rayyan lagi"

"Aah" jawab safiyya

"Duduk la dulu Iqa" pelawa Safiyya pada kembarnya.

"Terima Kasih Fiyya" kata Eriqa yang sedikit gelisah wajahnya.

"Ada apa ni Iqa datang malam malam gini. Kalau nak jumpa esok kan boleh?" tanya Safiyya pada kembarnya.

"Sebenarnya Iqa nak jumpa suami Fiyya jap" jawab Eriqa pada kembarnya.

Fiyya memandang kembarnya yang seperti kesusahan itu pelik. Hatinya mula berbisik perkara buruk. Cepat cepat dia menggeleng kan kepalanya. Fiyya terus memejamkan mata dan mengucap kat hatinya.

------------------------
Bersambung.

Maaf lama tak muncul dan update..
Bz melanda.
Sejak sejak masuk sem 2 ni.
Masih cuba untuk suai diri dalam sem baru tu yang bz.
Hoho.
Bebel pulak.

Vote and comment ya guys.😉

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now