Bab 12

8.6K 179 0
                                    

Selesai makan tengah hari, Rayyan mengatur langkah balik ke Officenya. Baginya, setiap hari mesti ada kerja yang bertimbun sedang menunggunya. Dia tidak kisah orang menggelar dirinya sebagai workaholic sebab itu lah dirinya sepanjang hidupnya. Rayyan telah membuang sifatnya yg dulu suka main perempuan dan kaki botol serta pulang lewat. Dia sekarang terlalu focus dengan kerjanya sekrang.
Sedang dia melakukan kerja, Rayyan menatap jam yg berada di pergelangan tangannya menunjukkan waktu telah tepat pukol 3.50 petang. Dia teringat pesan Mummynya dan Daddynya pagi tadi semasa sarapan untuk pulang lebih awal dari biasanya. Rayyan terus mengemas mejanya untuk pulang ke rumah.
Semasa Rayyan melangkah untuk ke lift di officenya, dia terserempak dengan kelibat Bekas PA nya Eriqa Afiqah. Yang sedang mengangkat kotak berisi barangnya. Rayyan mengagak mesti Eriqa telah mengosongkan biliknya itu. Dia teringat pagi tadi semasa dia masuk ke pejabatnya dia tidak melihat Eriqa di meja kerjanya. Rayyan menerima surat dari Eriqa melalui pembantu PA nya yg menyatakan surat perletakan jawatan dari Eriqa.
Semasa Rayyan menaiki lift, dia perasan bahwa dirinya seorang di dalam lift. Kemana Eriqa, dia berfikir. Rayyan cepat cepat membuang pemikirannya dari benak fikirannya. Buat apa lagi dia mencari Bekas PA nya lagi. Dia bukan lagi salah satu pekerjanya lagi.
Setelah menghidupkan enjin kereta, Rayyan memecut Laju meninggalkan tempat kerjanya untuk kembali ke rumahnya. Menurut kata Mummynya pagi tadi sebelum Rayya. Berangkat ke tempat kerja.

---

Kedengaran suara deruman Enjin kereta dari luar yg menunjukkan bahwa anaknya telah pulang dari office. Datin Fatimah segera mendapatkan anaknya yang kelihatan baru masuk ke rumah dan memberi salam. Dengan segera Anaknya mengambil tangannya dan mencium tangan Mummynya.

"Waalaikumsalam. Rayyan pergi naik atas, pergi mandi bersihkan diri dan rehat la. Nanti mummy panggil makan." Kata mummynya.

"Tak pe la my, Rayyan da makan tengah hari tadi. Kenyang lagi ni. Rayyan rehat kat atas je la kat atas je la ye. Nanty ada pape nanti. Mummy panggil la ye." Balas Rayyan. Dia mengaku bahawa dirinha tidak cukup tidur semalam akibat memikirkan pembicaraan keluarga bersama Daddynha itu. Dia memikirkan nasib Farah bagaimana kalau berita ini sampai pada Farah.

Dengan mendapat jawapan dari anaknya itu. Dia mengangguk tanda setuju. Dia tidak boleh membuat apa jika anaknya berkata begitu. Datin Fatimah melanjutkan pekerjaanya di dapur tadi yg tertangguh. Di membuat kuih sebagai buah tangan nanty buat sahabatnya. Dalam acara nanti malam. Sungguh hatinya teruja dan tidak sabar untuk menyatuan anak nya dan anak sahabatnya itu.
Datin Fatimah mengambil telefon bimbitnya dan message pada suaminya untuk segera pulang. Jam telah menunjukkan pukul 4.20 petang. Dia mahu suami dan anaknya brsiap untuk acara nanti malam. Dengan keterujaan di hatinya, Datin Fatimah memperingatkan anaknya dan suaminya dari pagi tadi hingga la sekrang.

Kuih buatannya petang tadi Datin telah letakkan ke dalam bekas untuk diberi pada sahabatnya untuk makan bersama nanti selepas acara yg sebenar selesai. Jam telah menunjukkan pukul 7.00 malam. Datin Fatimah mengatur langkah untuk pergi membersihkan dirinya dan bersedia untuk solat maghrib berjemaah bersama anak dan suaminya.
Seusai solat maghrib berjemaah anak dan suaminya. Datin Fatimah segera melangkah masuk ke dalam biliknya untuk bersiap ke rumah sahabatnya itu. Jam pun telah menunjukkan pukul 7.45 malam. Datin Fatimah Dan Dato Aizuddin Hassan menunggu anak bujang mereka untuk pergi berangkat bersama.
Datin sekeluarga segera masuk ke dalam kereta. Driver milik keluarga Datin menghidupkan enjin kereta milik Dato Aizuddin Hassan dan bergerak ke tempat kediaman sahabatnya itu.

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now