Bab 32

9.1K 219 6
                                    

Rayyan pulang ke rumah dengan keadaan kusut. Dia memasuki rumahnya tanpa memberi salam. Dia melihat di sekeliling rumahnya untuk mencari isterinya. Hatinya masih berharap, agar isterinya menunggunya pulang, walaupun jam telah menunjukkan pukol 10 malam.

Kakinya terus melangkah menaiki tangga untuk menuju ke biliknya. Di pertengahan kakinya menaiki tangga, dia terdengar suara isterinya memanggilnya.

"Abg, bile balik? Dah makan?" Tegur Safiyya dari bawah.

"Baru je. Belom lagi." Balasnya. Entah kenapa jawapan itu yang keluar dari mulutnya. Sedangkan masa dia habis bermesyuarat Rayyan pergi bersama beberapa orang pekerjanya untuk makan malam.

" mari la makan. Safiyya panaskan lauk." Kata isterinya.

Tanpa menunggu masa yang panjang, Rayyan terus menaiki tangga masuk ke biliknya untuk meletakkan barangnya. Habis dia mandi dan menukar baju, Kakinya terus turun dan menuju meja makan dapur.

Rayyan menarik kerusi untuk duduk di hadapan isterinya. Melihat wajah isterinya baginya seperti mendapat ketenangan.

Safiyya yang sedang meletakkan lauk di atas meja makan itu merasa ada sesuatu sedang memerhatinya. Dia sempat memandang wajah suaminya itu dan ternyata suaminya yang sedang memandangnya. Walaupun ia akan mendapat pahala, tetapi ia membuat Safiyya tidak selesa.

"Kenapa pandang?" Tanya Safiyya memecahkan kesunyian.

"Saje. Tak boleh ke?" Balasnya. Ia membuat Safiyya berasa pelik. Biasanya, sikap suaminya bukan seperti ini. Sikap suaminya adalah garang dan suka menyeksa dirinya. Tetapi malam ni, membuatkan dia pelik kerana kelembutan yang suaminya tunjukkan.

Fiyya hanya mampu tersenyum pada suaminya. Dia takut untuk membalas balik. Takut takut, suaminya akan membuat sesuatu di luar jangkaan.

"Makan la." Kata Safiyya selepas menghidangkan lauk di atas meja.

Rayyan mengambil pinggan dan mengambil nasi. Semasa dia memakan lauk isterinya, mulutnya bagai tidak bersatu dengan kata hatinya yang masih mengata tidak pada isterinya itu.

Rasanya ini adalah hidangan paling sedap pernah dia rasa. Kenapa hatinya masih mengata tidak sedangkan bahasa tubuhnya mengatakan ye pada isterinya.

Tanpa mengambil tahu, Rayyan terus makan makanannya. Sempat juga Safiyya tersenyum melihat suaminya itu yang sedang makan dengan lahapnya sampai menambah 2 kali.

Selesai sahaja makan, Safiyya terus melangkah ke singki dapur dan meletakkan pinggan kotor. Semasa tangannya ingin mengambil lauk untuk di simpan di dalam peti sejuk kulitnya dan kulit suaminya sempat berlaga membuatkan Safiyya seperti terkena kejutan elektrik dan melangkah ke belakang.

Rayyan melihat kelakuan isterinya itu sempat terkejut. Dirinya terkaku melihat isterinya. Rayyan sempat menangkap mata isterinya yang sembap kerana menangis. Dia tahu yang Safiyya pasti menangis dengan kejadian yang berlaku di pejabatnya petang tadi.

Selesai mengemas, Safiyya hendak melangkah masuk ke dalam biliknya tetapi di halang oleh Rayyan dengan memegang tangannya. Sempat juga Safiyya Terkejut dengan sikap suaminya itu.

' Tolong jangan buat Fiyya berharap dengan sikap baik abg ni. ' Hatinya berkata begitu sambil menahan air mata yang hendak keluar,

"Kenapa?" Tanya Safiyya pada suaminya.

"Teman aku kat ruang tamu jap." Kata Rayyan. Safiyya hanya mampu mengikuti kata kata suaminya itu.

"Duduk"kata Rayyan pada safiyya sambil menepuk sofa di sebelahnya.

"Fiyya ngantuk." Balasnya untuk mencari cara menjauhi suaminya. Dia tidak mahu air matanya jatuh pada saat ini, fiyya mengaku hatinya betul betul lemah buat masa ni.

"Sekejap je." Kata Rayyan lagi membuatkan Safiyya Akur dengan kata kata suaminya.

Setelah Safiyya duduk di sebelahnya Rayyan membalik tubuh menghadap isterinya itu. Rayyan melihat wajah isterinya itu, penuh dengan air mata.

Tangan Rayyan memegang wajah isterinya itu. Dia mengusap mata isterinya yang sembab itu, pasti akibat ulahnya tadi petang.

"Maaf." Kata Rayyan sambil tangannya mengusap mata isterinya yang sembab itu.

Safiyya hanya mampu diamkan diri. Dia hanya mampu memejam mata  untuk menahan air matanya dari jatuh.

Rayyan yang melihat isterinya itu menahan dari menangis cepat cepat memeluk tubuh isterinya.

"Lepaskan tangisan tu, Jangan di tahan." Kata Rayyan menyedarkan Safiyya. Dan akhirnya jatuh juga air mata Safiyya ke dada bidang suaminya itu. Habis basah baju suaminya itu

"Kejadian tadi petang yang kau tengok tak seperti yang kau bayangkan. Aku memang tak pernah suka pada Farah, tapi aku ni manusia biasa. Lelaki yang normal Safiyya." Kata Rayyan yang cuba menjawab persoalan di benak fikiran Safiyya.

"Dia yang tiba tiba datang ke pejabat, katanya untuk berbincang pasal bisnes. Tetapi lama kelamaan dia menggoda aku, aku lelaki normal Fiyya" sambungnya lagi.

Safiyya tidak sanggup mendengar penjelasan suaminya itu, dia terus bangun dari tempatnya duduk diikuti oleh Rayyan. Yang mengharap respon baik dari isterinya.

Fiyya lantas menghadap suaminya semula. Dan memegang baju suaminya. Safiyya mengumpulkan tenaga untuk mengeluarkan kata katanya.

"Fiyya juga wanita yang normal yang ingin belaian seorang suami." Kata Fiyya lembut sambil melepaskan pegangannya dari baju suaminya itu. Kakinya terus melangkah menjauhi suaminya.

Rayyan terkaku mendengar jawapan dari isterinya itu. Memang selama ini dia tidak pernah memberi sebarang kasih sayang pada isterinya. Jangan kan perhatian, selama perkahwinan ini berjalan, Rayyan langsung tidak permah menyentuhnya.

Rayyan terus melangkah menuju ke biliknya. Hatinya selerti gembira malam ini dapat memeluk isterinya.

' apa kau ni Rayyan, bukankah kau benci perempuan tu?'  Kata kata jahat mula merasuknya.

"Tapi dia isteri aku." Balas Rayyan dengan kata kata jahat itu.

'Kau tak pernah anggap dia sebagai isteri kau Rayyan. Dia hanyalah isteri di atas kertas' kata kata jahat di otakknya mula berkerja.

"Tapi aku kesian pada dia. Dia tidak bersalah, malah dia
Yang menjadi mangsa." Kata Rayyan sendirian.

Rayyan hanya mampu berdiam diri dan pasrah dengan hidupnya sekarang. Lama ke lamaan Rayyan terlelap semasa memikirkan tentang isterinya.

---
Sumpah tak ada idea lagi.
Moga moga ini dah memadai.

13/July/2016

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now