Bab 28

7.7K 176 2
                                    

Rayyan duduk di sebuah restoran kesukaannya dan memesan makanan pada pelayan restoran. Rayyan duduk di salah satu meja yang dekat dengan pemandangan luar. Tanpa dia sedar ada seseorang yang menegurnya.

"Excuse me, You Rayyan right?" Tegur seorang wanita.

"Yes." Jawabnya ringkas tapi tidak memandang empunya suara yang menegurnya.

"Oh, you Farah. You buat apa kat sini" sambunya lagi setelah menoleh.

"Tak nak invite i duduk ke?" Farah memandang  Rayyan berharap.

"Kalau tak malu duduk la."  Kata Rayyan.

"I memang tak malu bile dengan you." Kata Farah sambil menarik kerusi untuk duduk di depan lelaki itu.

"You buat apa kat sini? Mana wife you?" Sambung Farah lagi.

"I sorang je. Wife i kat rumah la buat apa dia nak ikut i" kata Rayyan

"Seems like you have a problem with your wife" Teka Farah.

"No. We're fine. I cuma nak amik angin." Balas Rayyan. Dan tak sampai beberapa minit makanannya sampai di hadapannya.

"You tak nak makan?" Tanya Rayyanpada Farah.

"No its okay. I tengok you je dah kenyang" balas Farah sambil melihat Rayyan dengan mata yang menggoda.

'Kau ingat aku tak tahu ke masalah kau dengan wife kau. Aku akan tolong kau Rayyan. Jangan risau Rayyan' batin Farah bersuara sambil tersenyum jahat.

"You makan comot la Rayyan. Macam budak budak i tengok" Sambung Farah sambil mengelapkan kuah yang tertumpah di bawah mulut Rayyan dengan napkin restoran. Rayyan hanya diam tidak berkata seperti merelakan apa yang dilakukan oleh Farah.

Selesai makan Rayyan terus meminta diri untuk pulang je rumah memandangkan jam telah menunjukkan hampir pukol 11.30. Malam. Sempat juga Farah mengajaknya untuk pergi berjalan tetapi di tolak oleh Rayyan dengan pelbagai Alasan.

"Macam mana? Dapat tak amik gambar tadi?" Tanya Farah pada seseorang di hadapannya.

"Of course. Ni karl la." Orang suruhannya membalas.

"Good! I love it"  kata Farah puas hati.

"Nanti pas kat i gambar ni. I nak buat hadiah perkahwinan untuk Safiyya." Sambungnya lagi sambil tersenyum jahat.

"Baik bos. Bayaran aku mana?" Kata karl.

"Don't worry my dear karl. Aku tak akan lupa duit untuk kau" kata Farah sambil mengeluarkan sampul duit di beg tangannya dan serahkan pada orang suruhannya.

"Hermm wanginya bau duit ni." Kata karl.

"Eh, karl kau jangan lupa pulak plan yang kita rancang tu. Btw, TQ for this information." Kata Farah pada karl.

"No problem sweetheart" kata karl.

'Ini baru permulaan Rayyan. Akan ada lagi musibah yang menanti kau. Setimpal dengan apa yang kau buat pada aku.'  Batin Farah mula berkata jahat.

"Assalamualaikum." Kata Rayyan sambil membuka pintu rumahnya.

"Waalaikumsalam abg." Jawab Safiyya yang terus berlari dari dapur ke pintu masuk..

" tak tido lagi ke kau ni?" Tanya Rayyan pada isterinya.

"Tak, fiyya tunggu abg" kata Fiyya.

"Lain kali jangan tunggu aku" Rayyan memberi peringatan pada Safiyya. Safiyya hanya mampu mengangguk kerana tidak mahu berlaga suara dengan suaminya tapi baginya dia tetap ingin menunggu kepulangan suaminya.

"Kalau macam tuh fiyya masuk tido dulu. Assalamualaikum abg" kata Fiyya bersuara lembut seperti biasa.

"Waalaikumsalam." Balas Rayyan sambil melangkah kakinya menaiki tangga menuju ke biliknya.

Rayyan memasang wajah pelik pada dirinya kerana melayan isterinya dengan baik. Dia sepatutnya melayan kasar pada Safiyya, tapi apa dah jadi pada dirinya.

' ah malas aku nak fikir benda tuh' kata batin Rayyan.

Rayyan melihat diri isterinya tadi tidak ada sedikit pon perubahan pada isterinya seperti marah dan atau berdendam padanya. Perasaan apa isterinya ni, marah padanya pon tak ada. Malah lagi lembut dia layan dirinya. Ar, malas aku nak fikir. Tidur lagi baik.

--------

Maaf kalau pendek cerita ni.
Lost idea.

8/7/16

Antara Perasaan Benci VS CintaWhere stories live. Discover now