Farah tiba di Office Rayyan dan melangkah masuk ke lift berniat menemui kekasihnya untuk ajak Rayyan lunch bersama. Tetapi niatnya termati disitu apabila PA kepada Rayyan mengatakan dia baru sahaja keluar dan tak akan kembali ke office selepas lunch break.
"Excuse me, miss. May i Help You?" Tanya Azreena PA Rayyan mematikan langkah Farah.
"I nak jumpa kekasih i. Rayyan. Dia ada kat dalam tak.?" Dengan Wajah berlagaknya.
"Maaf miss, Encik Rayyan baru keluar dari Office.." ayat Azreena segera di potong oleh Farah.
"WHAT?!. Pukol berapa dia balik?!" Soal Farah Lagi bernada tinggi suaranya.
"Maaf miss, Encik Rayyan pesan pada saya dia tidak akan balik Office lepas Lunch Break." Balas Azreena sambil tundukkan kepalanya.Dengan keadaan marah Farah melangkah keluar dari office Rayyan. Dia sengaja membunyikan langkahnya dengan kasut high heels nya. Dengan tidak sengaja Farah terlanggar salah seorang pekerja office Rayyan apabila dia hendak keluar dari lift.
"Oi! Kau buta ke ha?!" Dengan memasang wajah bengis dan membentak pekerja itu
"Maaf Cik. Maaf saya tak sengaja." Pekerja itu memohon maaf sambil menundukkan keplanya tanda permohonan maafnya.
"Lain kali jalan pakai mata! Bukan pakai lutut kau tu!" Sambil menolak kepala pekerja itu.Setibanya Farah dalam kereta dia menjerit sepuas puas hatinya. Melepaskan kemarahannya pada Rayyan. Farah mengambil HP nya dan mendail number Rayyan untuk menanyakan keberadaannya tetapi gagal. Kerana HP Rayyan sengaja di offkan.
"Sampai hati kau buat aku macam ni eh Rayyan! Sampai Hati kau! Kau tunggu balasan Aku!" Kata kata Farah dalam keretanya sendiri.
•••••••
Selepas keluar dari officenya dan bergerak ke tempat yg telah diberitahu oleh mummynya Rayyan masuk ke Restaurant berhampiran sambil menunggu mummynya.
Tak lama kemudian, Rayyan terlihat kelibat mummynya berjalan masuk ke restaurant yg sama bersama Eriqa Safiyya. Rayyan mengangkat tangan memanggil mummynya untuk duduk bersamanya.'Matikan mood betul perempuan ni.' Kata Rayyan dalam hati.
Datin Fatimah mengambil tempat duduk di depan anak terunanya dan bersebelahan bakal menantunya Safiyya. Mereka memesan makanan terlebih dahulu sebelum sebelum memulakan perbualan.
"Ha, mummy nak ajak kamu berdua jalan. If guys dont mind sekali nak beli barang persiapan kamu berdua la." Datin Fatimah memulakan pembicaraan.
"Fiya, tak kisah." Jawab Safiyya ringkas dan bersuara lembut bagaikan suara kartun.
"Oh Thank you." Rayyan mengucapkan Pada pelayan yg menghantar pesanan mereka.
"Mummy, hal Rayyan mummy lebih tahu. And kebelakangan ni Rayyan buzy la mummy nanti nak ambik cuti kawen lagi. Kene siapkan banyak kerja sebelum cuti." Rengek Rayyan pada mummynya sambil makan makanan tengah harinya.
"Mummy faham. Tapi konsep apa yg korang nak kan. Korang pun tak bincang kad wedding korang lagi. Mcm mana mummy nak design baju untuk perkahwinan korang." Balas mummynya.
"My, mummy tahu Rayyan suka simple simple. Rayyan percayakan mummy and Safiyya punya konsep. Rayyan ikut je. Okay mummy.?" Balas Rayyan lagi.
"Okay itu you Rayyan. And how about you My dear? " soal Datin Fatimah mematikan lamunan Safiyya
"Fiya okay mana mana. Asal kan simple" balas Safiyya.
"Oh mai god! This is your wedding guys. Tak kan xde idea nak buat grand grand skit. Ok kalau you guys cakap macam tu biar mummy buat A to Z jangan membantah pula ye nanti. Mummy dah minta idea korang berdua tapi korang buat acuh tak acuh" balas Datin Safiyya sambil makan makanannya.
"Nope" balas Rayyan dan Gelengan Safiyya sebagai tanda menyamakan jawapannya dengan Rayyan.Setelah makan tengah hari, Datin Fatimah dan Safiyya serta Rayyan bergerak ke shopping mall untuk membeli cincin akad nikah mereka berdua. Safiyya memilih sesimple yg ada baginya Dia tidak suka yg cincin yg besar besar.
Selepas membeli cincin, mereka bertiga bergerak masuk ke dalam kedai kad kawen untuk menentukan kad kawen mereka. Kalau harapkan Rayyan satu apa pun tak akan siap bagi Datin Fatimah. Selesai memilih kad kawen untuk wedding anak dan bakal menantunya mereka berjalan jalan ke dalam tesco yg berada di dalam shopping mall untuk membeli barang dapur.
Ketika berjalan, Datin Fatimah meminta izin pada kedua anak dan menantunya untuk ke toilet. Sepeninggalan Datin Fatimah Rayyan mengeluh berat dan menjauh dari situ. Safiyya pula mengambil keputusan duduk di kerusi sambil menunggu Datin Fatimah.
Setelah datang Datin Fatimah, mereka menyambung perjlanan mereka dan membeli sedikit barang dapur. Safiyya juga membelikan barang dapur dan keperluannya sndiri. Tindakan Datin Fatimah yg ingin membayar sekali barang bakal menantunya itu telah membuat Safiyya tidak selesa.
Selesai berbelanja mereka bertiga mengambil keputusan untuk balik ke kediaman masing masing. Langkah Safiyya yg ingin menuju ke kereta bersama Datin Fatimah Mati apabila Datin Fatimah mengarahkan Anaknya untuk menghantar Safiyya pulang."Rayyan kamu hantar Safiyya pulang ye." Arah Datin Fatimah.
"What?!. Why me?" Jawab Rayyan.
"Mummy nak beli kain jap kat jakel kesian Safiyya penat nnty nak ikut mummy you know right?" Balas Datin Fatimah.
"Okay.....okay...." balas Rayyan acuh tak acuh membuatkan Safiyya serba salah.
"Safiyya nanti barang safiyya, mummy suruh driver mummy hantar kan ye" kata Datin Fatimah pada Safiyya
"Er.. okay aunt..assalamualaikum.." kata safiyya
"Waalaikumsalam." Balas Datin Fatimah.Kereta Rayyan meluncur keluar dari parking lot shopping mall tu. Rayyan yang berniat untuk terus menghantar Safiyya pulang tiba tiba dibatalkan niatnya gara gara perutnya yg sedang berbunyi minta diisi. Mereka yg dari tadi hanya berdiamkan diri terus memecahkan kesunyian.
"Kite pergi makan dulu." kata kata Rayyan memeranjatkan Safiyya.
"Oo...ok..okay. Saya tak kisah" balas Safiyya." erm Safiyya kenapa awak nak pernikahan ini berlangsung. Kenapa awak tak nak tolak?" Soal Rayyan dalam hatinya penuh berharap yg Safiyya ada niat nak batalkan pernikahan ini.
"Saya tak ada pilihan. Saya tak nak jadi derhaka hanya kerana soal perkahwinan ni" pendek tapi padat jawapan Safiyya membuat hati Rayyan. Safiyya hanya memandang wajah tampan Rayyan yg sedang menikmati makanan nya itu. Safiyya cepat cepat mengucap istighfar kerana dia takut terkena zina hati.
Farah melangkah masuk kedalam restoran kesukaannya dan Rayyan. Ketika dia melangkah menuju ke sebuah meja, farah terlihat Rayyan bersama seorang wanita yg memakai jubah dan tudung labuh dari belakang. Siapa wanita itu, beraninya Rayyan curang kat belakang aku getus hati Farah. Farah terus melangkah menuju ke arah Rayyan yg sedang bersama wanita lain selain nya.
"Rayyan sayang, you ada kat sini?" Tegur Farah memeranjatkan keduanya.
"You buat apa kat sini?" Tanya Rayyan berwajah malas memandang Farah.
"I? Of course la nk makan sayang. You dengan siapa ni?" Balas Farah sesekali memeranjatkan Safiyya yg berada di depan Rayyan.
"Eriqa Safiyya. My wife to be." Jawab Rayyan acuh tak acuh. Sedikit membuat Safiyya bangga dengan jawapan Rayyan.
"What?!" You must be jokking my dear?" Farah sedikit geram mendengar jawapan Rayyan. Tak ada siapa yg boleh ambik Rayyan dari Aku, lagi lagi perempuan macam ni kata Farah dalam hati sambil memandang safiyya Atas bawah.
"No i'm not." Balas Rayyan sambil memakan makanannya dan tidak memperdulikan pandangan maut Si Farah.
"You! Berani berani you ambik Rayyan dari i. You ingat you cantik sangat ke ha?! Rayyan milik i sorang tak ada siapa yg akan ambik dia dari i." Ucap Farah mengamuk sambil menarik lengan baju Safiyya.
Keributan yang di timbulkan oleh Farah sangat membuat Rayyan muak dengan sikapnya."Heh! Perempuan! Aku muak dengan sikap kau la Farah! Aku dengan kau dah tak ada apa apa!" Rayyan bangun dari tempat duduknya dan menarik Safiyya berlalu meninggalkan Farah di tempatnya dengan meninggalkan beberapa keping wang keping bernilai 100 ringgit.
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...