Setelah menutup pintu biliknya, Rayyan mengambil keputusan untuk membersihkan dirinya. Sungguh perkara yg daddynya kata itu sangat mendadak. Mengapa harus dirinya?. Setelah membersihkan diri, dia segera meletakkan kepalanya ke atas katilnya yg empuk.
Rayyan memikirkan cara untuk dia lepas dngan keputusan bodoh daddynya itu. Dia bkn budak kecil lagi untuk diatur atur. Tapi, keputusan apa yg mampu dia amik dengan waktu yg singkat seperti ini. Secara tiba tiba di dalam benak fikiran Rayyan timbul satu idea."Aku akan seksa dia dalam perkahwinan. Sampai dia rasa tak tahan untuk pertahankan rumah tangga yg akan dibina tak lama lagi merangkap rumah tangga yg akan hancur dengan ulah aku sendiri. Lagipun, aku bukan cinta kan dia. Kenal dia pun tidak. Just wait and see miss Safiyya. Im sure you akan menyesal sebab berkahwin dengan aku." Kata Rayyan seorang diri sambil senyum sinis.
Rayyan memejamkan mata tanpa memudarkan senyuman yg kini melekat di wajahnya. Dia melelapkan mata sebentar sementara tunggu waktu maghrib. Badannya terasa begitu letih. Dengan kerja kerja yg hari hari menumpuk menunggunya bagi pendapat Rayyan.
Alarm di biliknya berbunyi menunjukkan jam telah pukul 7 Malam. Rayyan segera mengatur langkah menuju ke bilik air dan membasuh mukanya serta mengambil air wudhuk. Setelah selesai, Rayyan masuk ke dalam mini surau dalam rumahnya untuk menunaikan solat maghrib berjemaah dengan keluarganya.
Setelah menunaikan solat fardu maghrib, ia hanya mampu melihat mummynya yg melangkah laju menuju ke biliknya untuk siap sedia menuju ke rumah sahabatnya itu untuk menemui sahabatnya sekaligus bakal menantunya. Err, naik geli bulu tengkuk Rayyan bila berfikir seperti itu.
Dengan melangkah malas menuju ke dalam biliknya bersiap, mummy nya telah pon siap terlebih dahulu. Sungguh dia melihat kegirangan di wajah mummynya skrang. Seperti tidak sampai hati untuk melukakan hati mummynya. Tapi tak pe, rancangan yang di rancang dengan sendiri itu tetap akan dia jalani. Kini mereka sekeluarga telah berangkat ke rumah sahabat mummynya itu.-------
Safiyya termenungkan dirinya di depan cermin. Hatinya kembali tidak yakin mahu berkahwin tanpa cinta. Tapi satu sisi lain, dia sedang memposotifkan apa yg dia sangkal. Ada sahaja psangan yg bhagia nikah dijodoh keluarga. Ini cerita aku dengan dia, bukan orang lain.
Safiyya mengenakan jubah yg pas bg tubuhnya dan memakai tudung bawal dan purdah dengan warna yg sesuai dengan kulitnya yg putih. Hatinya kini bagaikan di ketuk gong berpuluh puluh kali. Gementar, walaupun hanya berkenalan sahaja.
Jam telah menunjukkan pukul 8.00 malam. Dari pukul 5 petang dia tidak lagi keluar dari biliknya. Dia cuma perlu berfikir sedikit sebelum dirinya sah menjadi hak orang lain. Ya Tuhan, ku serahkan semua nya ketentuan padaMu.Sedetik kemudian, bunyi ketukan pintu dari luar mengejutkan Safiyya dari lamunan nya "Safiyya, meh turun sayang tetamu dah sampai da ni.."
Suara dari luar pintu.
"Baik. Turun dulu nanti safiyya turun.." balasnya dari dalam bilik."Ok sayang. Xmau buat orang tunggu ye.." balas orang dari luar.
Beberapa minit duduk di bilik setelah ditegur ibunya dari luar Safiyya pun bergerak turun. Dari atas dia mula mendengar gelak tawa tetamu beserta ibu dan ayahnya. Hatinya mula pilu. Baginya, hanya Tuhan dan dirinya yg tahu apa yg dia rasa saat ini. Hatinya mula berkata kata tanda gelisah mula bertandang.
Saat kakinya mau melangkah ke ruang tamu, dia melihat di atas meja dapur ada tersedia air. Tanpa berfikir, dia langsung mengambil air di atas dulang di dapur dan dibawa ke depan. Semakin dekat dengan keluarga sahabat ibunya, Semakin hatinya gelisah. Ya Allah tenangkan hati ini. Doanya dalam hati.
Safiyya yg sedang menuang air ke dalam cawan merasakan ada mata yg melihatnya dengan wajah yg bengis. Siapa lagi kalau bukan bakal suaminya yg dikatakan itu. Saat cawan diagihkan, senyuman dari mummy Rayyan tidak pernah lupus dari wajahnya.
"Safiyya sihat?" Soal bakal mertuanya itu. Dibalas dengan anggukan dan wajahnya ditundukkan ke bawah.
"Safiyya uncle nak tanya boleh?" Soal Daddy Rayyan padanya. Dibalas dengan anggukan dari Safiyya juga.
"Safiyya ada buah hati ke sekarang..?" Soalan dari daddy Rayyan sedikit memeranjatkan Safiyya. Safiyya membalas dengan gelengan kepalanya sahaja."Bagus la tuh. Boleh la kita teruskan niat kita ni.." jawab mummy Rayyan pada ibunya.
"Betul juga tuh.." balas ibunya. Sementara wajah Safiyya masih tunduk.
"Safiyya setuju kan?" Soal ibunya pada Safiyya.
"Safiyya ikut ibu. Kebahagiaan ibu, syurga Fiya." Balas Safiyya sedikit menyejukkan hati orang tuanya dan bakal mertuanya.
"Rayyan pon da setuju dah." Balas mertuanya. Safiyya melihat wajah Rayyan yg tidak serius akan soal berjodohan ini."Boleh saya nak tengok wajah bakal menantu saya ni." Soal mertuanya pada ibunya
"Boleh..boleh. Safiyya buka purdah kamu sayang." Balas ibunya sambil menegur Safiyya untuk membuka purdahnya.
Tangan Safiyya dengan perlahan membuka ikatan purdahnya sambil menundukkan wajah nya. Purdah Safiyya kini berada di tangannya, wajahnya kini bebas tanpa purdah tapi hanya seketika. Wajah safiyya dinaikkan ke atas untuk memberi bakal mertuanya dan bakal suaminya melihat wajahnya. Terasa waktunya sudah cukup, Safiyya ikat kembali purdahnya.
Wajah safiyya kini merona merah akibat malu. Entah kenapa hatinya kembali tenang. Dia meminta diri untuk masuk ke bilik setelah semua telah selesai. Kini masanya mereka berbincang agenda mereka seterusnya. Safiyya hanya redha dengan mainan takdir dari ilahi begitu juga dengan Rayyan.Setelah Jam menunjukkan pukol 11 lebih, safiyya kmbali turun ke dapur dengan berpakaian tidur. Dia turun kerana ingin membantu ibunya mengemas di dapur. Dia melihat keluarga nya sedang berbincang empat Safiyya langsung menegur orang tuanya.
"Ibu.." tegur safiyya sambil mencium pipi ibunya.
"Fiya.." balas ibunya.
"Safiyya, erm. Kami da tentukan tarikh wedding kamu dan kami sepakat 3 bulan dari sekrang." Ayahnya mencela. Di balas dengan senyuman paling manis dri Safiyya buat ayahnya.
"Safiyya ikut je. Mana yg terbaik buat Fiya, ayah dengan ibu lagi tahu." Balas safiyya sambil mngangkat cawan dan bawa ke dapur untuk mencucinya.Seusai mencuci peralatan dapur, safiyya terus masuk ke dalam bilik. Hatinya kini berdebar apabila mengingat kembali wajah Rayyan. Dia segera bangkit dari lamunannya. Hatinya berkata tidak, dia tidak ingin mengharap dahulu. Takut hatinya hancur. Safiyya pun cuba melupakan kejadian tadi dan menutup semua lampu dan tidur
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...