Selepas bersiap, Safiyya mengunci semua pintu rumahnya. Ini lah padah duduk rumah besar, banyak pintu dan tingkap nak kene tutup. Sempat Safiyya berkata kata dalam hati.
Setelah dia yakin semua pintu dan tingkap dah dikunci dan di tutup. Dia terus menuju ke sebuah kereta yang sudah menunggunya di luar pagar rumah. Bukan kereta yang disediakan oleh suaminya, tetapi kereta yang biasa kita lihat untuk mengambil penumpang. Ye itu la kereta Teksi.
Safiyya menaiki kereta teksi dan menyuruh pemandu bas itu pergi ke alamat suaminya itu. Dia ingin meminta izin suaminya di pejabat malas untuk bermsg dengan suaminya itu,
Kini Safiyya berada di hadapan bangunan pejabat milik keluarga suaminya itu, cukup tinggi kalau dilihat dari bawah mahupun dari atas.
"Pakcik, tunggu sini ye saya nak naik atas sekejap." Katanya pada pemandu teksi tersebut.
"Baik cik." Balas pemandu itu.
Kakinya terus menaiki lift untuk ke pejabat suaminya. TING! Safiyya terus keluar dari lift itu dan menegur asissten suaminya itu.
"Assalamualaikum cik azreena" sapa Safiyya dengan sopan.
"Waalaikumsalam Puan Safiyya, Puan nak jumpa dengan Boss ke?" Tanya azreena pada Safiyya.
"Ala azreena, tak payah ber puan puan dengan saya. Panggil Fiyya je. Kita ni manusia sama je, pangkat yang membezakan. Panggil saya Fiyya je ye." Kata Safiyya pada Azreena.
"Tapi puan err Fi..Fiyya saya tak biasa."kata Azreena gagap memanggil nama isteri pada bossnya itu.
"Biasa kan la." Kata Safiyya lagi sambil tersenyum.
"Oh okay la kalau macam tu Puan ehh err Fiyya. Fiyya nak jumpa boss ke?" Tanya Azreena sekali lagi.
"Ye, dia ada di dalam?" Balas Safiyya.
"Er, ada erm macam mana ni eh. Dia tengah ada tetamu." Kata Azreena gagap.
"Oh ye? Lama ke?" Tanyanya lagi.
"Tak tahu la Fiyya." Balas Azreena.
"Eh, gitu pulak. Az kan PA boss?" Tanyanya lagi.
"Bukan gitu. Tetamu ni bukan client penting tapi.. errr.. err.." Azreena susah untuk menjelaskan pada Isteri bossnya. Kesian Fiyya, dah la orangnya lemah lembut bersuara merdu, tapi diselingkuhi suaminya.
"Dah lama dah tetamu tu?" Tanyanya sambil menyentakkan Azreena darj lamunan.
"Lama la juga." Jelasnya.
"Takpe la Az, biar saya masuk je." Katanya. Kakinya terus melangkah menuju ke bilik kerja suaminya itu.
"ASTAGHFIRULLAH.." kata Safiyya setelah melihat adegan bercium antara Suaminya dan Susuk tubuh wanita yang dia kenali. Siapa lagi jika bukan si Farah. Suaminya yang melihat isterinya memasuki pintu pejabatnya terkjut dan bingkas bangun dan membetulkan bajunya.
"Maaf ganggu, abg Fiyya datang sini nak minta izin ke Office Eriqa." Sambungnya sambil menghadap ke tempat lain tidak memandang ke arah suaminya itu. Farah yang tadi di samping suaminya, kini melangkah keluar.
"Aku tak izinkan." Kata suaminya dari belakangnya.
Safiyya terus membalik tubuh setelah mendengar jawapan suaminya itu dan melangkah menuju ke suaminya. Pipi suaminya itu dipegang lembut. Bibir suaminya di usap halus.
Rayyan hanya berdiri tegak terkejut tindakan berani isterinya itu. Biasa isterinya itu jenis yang pendiam. Hari ini, Isterinya sedang mengoncang keimanannya sebagai seorang suami.
Safiyya memegang dada bidang suaminya itu, sambil menutup mata Safiyya mengusap bibir suaminya lagi dengan gerakan halus. Air matanya hendak keluar tetapi di tahan olehnya, dia harus boleh bersabar demi rumahtangga yang dia sayangi.
'Fiyya tak pernah minta lebih. Sanggup abg buat Fiyya begini. Demi abg, Fiyya akan terus bertahan. Fiyya percaya ada ruang di hati abg untuk Fiyya.' Batin nya memberi semangat pada dirinya.
Safiyya membuka matanya dan menatap suaminya dengan tatapan yang lembut. Dia memandang suaminya yang terkaku akibat perbuatannya itu,
"Terima kasih. Fiyya balik dulu. Assalamualaikum." Kata Safiyya sambil menyalami tangan suaminya itu. Tanpa menunggu jawapan dari suaminya, Fiyya terus melangkah keluar dari bilik kerja suaminya itu,
"Wa..aa..laikum..salamm.." jawap nya bersuara perlahan dan gagap. Tak dapat dia jangka tindakan berani isterinya hari ni.
Setelah kejadian tadi, Rayyan berasa seperti ada semangat mendorongnya buat kerja. Hatinya gembira mendapat layanan isterinya begitu. Otaknya tidak berhenti menayangkan wajah isterinya. Seketika itu ada ketukan pintu kerjanya berbunyi.
TUK! TUK! TUK!
"Masuk" jerit Rayyan memberi izin masuk kepada orang yang mengetuk.
"Maaf Tuan, ada dokumen yang Tuan kene tanda tangan dan periksa detail pada dokumen itu." Kata Azreena Asistennya sambil menghulukan dokumen itu pada bossnya.
"Baik" tangannya mengambil dokumen yang dihukurkan padanya.
"Maaf Tuan, ni lari dari soal kerja. Saya nak tanya boleh tak Tuan?" Kata Azreena.
"Isteri Tuan, Puan Safiyya memang begitu ke pada semua orang?" Sebab ini kali pertama dia melihat depan2 isteri bossnya.
"Begitu macam mana tu?" Soal Rayyan sambil matanya tertumpu pada kerjanya.
"Yela, dia baik. Lemah lembut. Cantik lagi tu. Beruntung Tuan dapat Puan." Puji Azreena ikhlas.
"Oh ye, dia memang begitu." Balas Rayyan acuh tak acuh. Padahal dalam hatinya sedang gembira ada yang memuji isterinya sebegitu.
"Dah la putih melepak" sambung Azreena lagi.
'Putih melepak? Eh dia ni, aku pon tak pernah tengok kulit bini aku.' Batinya berbunyi,
"Kamu jumpa dia di mana?" Soal Rayyan sambil matanya tertumpu pada dokumen yang perlu dia check.
"Saya jumpa dia di surau tadi lepas dia keluar dari bilik Tuan, dia duk rehat kat situ. Matanya merah je saya tengok tadi macam baru lepas nangis" jelas Azreena.
"Oh, okey finish. Saya ada kerja pape lagi ke lepas ni?" Tanya Rayyan mengalihkan topik.
"Oh lepas ni Tuan ada meeting dengan pengusaha dari Abu Dhabi dan meeting dengan pegawai penting syarikat. Lepas tuh tak ada dah." Jelas Azreena pada Rayyan.
"Okay pastikan mereka datang tepat pada masanya ye, saya tak suka orang tak tepati masa." Pinta Rayyan.
"Baik Tuan." Kata Azreena dan terus melangkah keluar dari pejabat Bossnya itu,
-----------------
Ini saje untuk idea malam ni.12/July/2016
YOU ARE READING
Antara Perasaan Benci VS Cinta
RomanceKesakitan dan keseksaan yang dapat dirasai oleh Eriqa Safiyya setelah bernikah dengan anak kawan ibunya itu. Perjodohan yang diaturkan selepas beberapa minggu sahaja Safiyya pulang ke Negara tercinta. Tiada kebahagiaan yang datang seperti mimpinya...