Langkah kaki ku lemah menghala ke pintu rumah. Hati ku sakit, sedih, hancur dan terkubur oleh cerita yang di bawa oleh Nor Aina tadi. Seperti di tusuk oleh pisau, di tembak pistol, sepertiii Banyak lagi lah! Kusutnya! kecewanya! Ya Allah, Engkau saja yang tahu perasaanku kala ini.
Aku terduduk di sofa dan merenung kembali kebahagiaan yang aku miliki, rumah ada,kereta ada, pekerjaan ada suami ada, anak kembarku, Sofia dan Shila semuanya melengkapi hidup ku. Tapi cerita dan gambar tadi menghantui fikiran ku. Apa yang kurang lagi hidupku ini sehingga Farid, suamiku sanggup curang! Sanggup menghancurkan keluarga yang di binanya ini. Apa?!
Kalau lah aku nda tahu cerita tadi alangkah baiknya. Baiklah sangat! Aku mungkin masih boleh menyanyi lagu melayu asli sambil berjoget-joget sambil menikmati siraman pokok bungaku yang tumbuh segar di pagi hari sambil menghirup udara segar. Sambilll Macam-macam lah! Sampai fikiran pun dah nda tentu arah.
Kehadiran Nor Aina dengan kereta Nissan march nya itu mengacau segalanya. Sebaik saja ia keluar dari keretanya, ia terus membawa aku duduk bercerita tentang segala- galanya.
"Ros aku ada cerita ni. Aku memang tau kau nda percaya tapi ni cerita benar"
"Macamana ku kan percaya kau belum cerita" dengan lagak ku malas.
"Laki kau curang!" Tekannya.
Dan aku ternganga. Apakah aku salah dengar? Atau telinga ku yang salah tangkap ayat yang keluar dari mulutnya tadi.
"Apa?!" Aku masih blur. Masih berangan tadi. Berangan hendak memiliki taman bunga yang luas, berangan ingin duduk di istana besar lagi luas tanpa suara-suara yang bising hanya burung-burung saja yang berkicauan.
"Benar laki mu curang! Dia sama bini-bini tu berjalan ke hulu-hilir macam mau canang berbini baru!" Jelas Nor Aina bersuara lantang sengaja ingin membuatku mendengar lebih jelas.
Dadaku berdegup kencang. Nafas ku macam orang baru habis berlari. Ku renung tajam muka Nor Aina. Mungkin muka ku merah saat ini. Panas berapi!
"Kau cerita apa ni Nor? Macam sengaja buat ku marah. Dari mana kau dapat cerita ni?! Mulut siapa yang buat cerita ni?! Beritahu ku sekarang kan ku lada mulutnya. Sakitnya hatiku! Kau pun satu cerita tanpa bukti yang kukuh. Mana buktinya dia sama bini- bini tu aku mau lihat dulu!" Tengkingku sambil menghempas meja lalu berdiri.
Panas! Panas! Panas!! Seluruh badan ku panas. Aku rasa kemarahan ku sudah memuncak menjulang tinggi. Tangan ku menggigil menahan kemarahan. Melihat Nor Aina pun rasa hendak ku telan.
"Aku ada bukti. Tadi sempat ku gambar dorang minum pagi di restoran mamak di bandar. Nah cuba lihat laki mu kan ni" Jelas Nor Aina sambil menunjukkan gambar di dalam telefon pintarnya.
Sekali lagi dadaku berdegup kencang. Kali ini memang benar gambar itu menjelaskan segalanya. Kalau aku katakan kawan bukan jua sebab mereka berdua jelas berpegangan tangan di meja makan macam orang 'dating'.
Aduh! Terasa bagai di hempap batu. Perasaan saat itu malu pun ada, marah jangan cakap memang ada! Selebihnya kecewa. Kepercayaan ku selama ini musnah dengan kecurangan ini!
"Edit kah gambar ni?" Tanyaku sengaja ku nda percaya.
"Mana ada edit gambar ni real" Jelas Nor Aina meyakinkanku.
Terketar-ketar tangan ku memegang handphone Nor Aina yang jelas-jelas muka suamiku bersama perempuan itu di dalam gallery telefon pintarnya.
"Apa salahku Nor? Kenapa laki ku macam ni?" Soal ku. Air mataku jatuh aku terduduk kecewa dengan Farid.
"Sabar lah Ros. Kau bincang dulu sama laki mu. Tanyakan dulu siapa bini-bini ni. Kalau ia jawap nanti kau buat lah keputusan yang terbaik buat anak-anak mu dan kau"
"Hatiku sakit Nor. Aku kecewa sama laki ku, sanggup ia curang Nor sedangkan aku setia sama ia. Aku sayang ia selama ni. Aku jaga makan minumnya, pakaiannya tapi ia buat aku macam ni"
Air mata ku deras mengalir. Nor Aina cuba menenangkan hati ku. Tapi aku tetap sedih.
Dan masih bersedih. Sofia menghampiri aku. Ia memberikan aku tisu dan aku faham ia nampak aku menangis. Aku segera mengesat airmata ku. Eloklah aku membuang dulu kesedihan ku ini dari anak-anak ku. Aku tidak mahu mereka terasa kesedihan ku ini.
"Sofia lapar? Mau makan apa?" Soal ku mengubah suasana sedih tadi.
Sofia yang berumur 7 tahun itu mengetam bibir sambil berfikir.
"Sofia mau makan epal" Jawapnya.
Dan aku membawa Sofia ke dapur untuk memberikannya epal.
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...