Episod 46

1K 24 2
                                    

Sebuah lori  masuk ke dalam perkarangan rumah. Aku sibuk menurunkan barang-barang ku dan anak-anak dari bilik. Sofia dan Shila pagi-pagi lagi sudah di hantar Farid ke sekolah.

Sewaktu bertembung dengan Farid di ruang makan tadi. Pipinya kelihatan merah. Itulah kesan tamparan wanita. Siapalah perempuan bertuah yang menamparnya itu? Gerenti perempuan itu berpuas hati waktu ini. Hahaha! Aku ketawa senang hati. Padan muka! Itulah akibatnya suka terjah orang pagi-pagi buta. Kena tampar sebelah pipi.

Walaupun begitu ada sedikit perangai Farid yang aku suka sampai ke hari ini. Iaitu ia makan masakan ku walaupun ia marah. Boleh dikatakan ia ni jenis sayang perempuan lah. Tapi sayang, not my taste anymore! Kalau sudah pernah khianat selamanyalah menjadi pengkhianat! Entah kenapa aku semakin hari semakin redha dengan perpisahan ini. Mungkin sudah lali merasa saat-saat pahit hidup di samping Farid. Manisnya mana? Hmmm. Manisnya sudah hilang semasa perkahwinan mula-mula dahulu. Sudah rujuk semuanya pahit...

Setelah selesai mengangkat kesemua barang-barang ke dalam lori. Lelaki berbangsa india itu pun berlalu pergi membawa lorinya menuju ke rumah orang tuaku.

Aku mengunci pintu dan pagar rumah. Lama aku menatap rumah di hadapan ku ini. Selamat tinggal rumah! Lain kali kita nda bertemu lagi. Okay bye!

Aku bergerak ke kereta lalu menyusuri jalan menuju ke rumah orang tua ku.

******

Seharian aku penat mengemas barang-barang ke dalam bilik. Menyimpan pakaian di almari bilikku dan pakaian si kembar ku simpan di almari bilik mereka. Barang-barang yang tidak perlu, ku simpan di dalam stor. Mama masuk ke dalam bilik. Menggeleng kepala melihat bilik ku yang berselerak.

"Ros, minum dulu. Dari pagi kau sibuk memanyap barangmu. Makan tengahari pun belum?" Mama memberikan air manisan kepadaku. Memanyap aka mengemas.

Aku meneguk air manisan sehingga habis. Nampak sangat aku haus.

"Thankyou ma, sekejap lagi Ros makan" aku menyedapkan hati mama.

"Ros, mama minta maaf kalau Ros nda bahagia. Mama silap berfikir hari tu. Menyuruh kau rujuk sampai nda fikir pasal kau tapi fikir pasal si kembar. Sepatutnya mama fikir pasal kamu anak beranak"

"Ma, bukan salah mama, Ros rujuk Ros sendiri yang mau. Ros pun fikir pasal si kembar. Tapi jodoh di tangan Tuhan ma. Mungkin sampai disini saja jodohku ma" aku meraih tangan mama yang duduk di birai katil bersamaku.

"Selepas ni mama nda akan paksa kau berfikir kan kahwin sama siapa kah, janji  kau bahagia Ros. Cukup tah kau sakit hati dengan si Farid" sambil tangan mama menggosok belakang badanku.

"Mama tau kau banyak makan hati berulam jantung dengan perangai si Farid yang boleh berkasih sampai dua. Mama tau sekejap tu kau sudi kan di madukan tapi nasib baik Allah memberikan petunjuk membuka mata dan fikiran mu untuk nda bermadu"

Aku memeluk mama erat lalu melepaskan esak tangis ku. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memudahkan segala urusan kami sekeluarga Aminn.. doaku di dalam hati.

******

"Ya Allah ya Tuhanku ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa anak-anakku"

"Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, berikanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang  lurus dalam urusan kami ini. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam yang tunduk patuh kepadaMu"

"Amin.. amin Ya Rabbal alamin..."

Sebaik saja aku selesai bersolat Isya'  aku di kejutkan dengan bunyi ketukkan pintu. Aku segera membuka pintu bilikku.

"Kenapa ma?" sebaik melihat mama di luar pintu.

"Farid ada di luar kan berjumpa" jelas mama lalu dia pun turun ke bawah.

Aku menutup pintu bilik ku lalu membuka telekong dan melipat tikar sembahyang lalu turun ke bawah.

Farid menantiku di luar keretanya. Sebaik mata kmi bertaut. Farid terus menyapaku.

"Hai Ros, Assalamualaikum"

"Wa'alaikumsalam"balasku.

"Ada sesuatu kan ku cakapkan arahmu sebelum menguruskan perceraian kitani esok"

"Apa cakaplah?" sambil berpeluk tubuh menantinya.

"Ros, aku minta maaf kalau selama ni kau nda bahagia. Jujur dari hatiku sendiri aku sayang kau. Tapi kalau kau sudah nda bahagia aku nda paksa. Sorry kalau sebelum ni aku ada meminta yang bukan-bukan arahmu. Aku akui aku pentingkan diri sendiri. Mana ada perempuan mau bermadu. Kalau ada pun semuanya bersebab. Tapi aku tau nda ada sebab kau kan mau bermadu. Pasal kau sendiri sudah berikan segalanya arahku. Aku akui tamak dengan kasih sayang kau dan Aisyah. Kamu berdua sebenarnya buat aku bahagia. Sampai niatku kan mau kamu berdua sekaligus. Tapi hari ni aku akui benda ni mustahil. Mustahil aku akan dapat keduanya. Sorry Ros, aku minta maaf banyak-banyak selepas ni kitani kawan saja a?" Farid menghulurkan tangannya ingin bersalam.

Aku mengangguk lalu aku membalas salamnya itu.

"Aku maafkan, tapi aku pun kan minta maaf arah mu. Pasal aku sudah tampar kau dua kali. Sorry Farid a"

"Aku maafkan" ucap Farid lalu tersenyum

"Alhamdulillah" bisik ku dalam hati.

*******

"Saya Farid Shah bin Mansor shah menjatuhkan talak ke atas isteri saya Ros khayla binti Hafiz dengan talak tiga!"

Kali ini bukan mimpi semuanya sudah nyata aku dan Farid hari ini bersaksikan ketua hakim beserta yang berada di bilik bicara ini telah sah bukan suami isteri lagi.

Aku melepaskan nafas lega. Tanpa sedar airmataku mengalir mengenangkan semuanya sudah berakhir. Mulai dari hari ini aku akan membuka buku baru melayari hidupku bersama si kembar dan ibu bapaku.

Langkah ku atur keluar dari mahkamah syariah. Farid berada di hadapan ku sambil tersenyum. Aku menghampirinya.

"Jom kitani makan sebelum balik boleh?" Ajak Farid.

Aku tersenyum lalu mengangguk. Semoga selepas ni aku dan Farid tetap kekal menjadi kawan. Dan kawan kepada anak-anak kami.










Gila Talak (completed) Where stories live. Discover now