Pagi ini aku menghantar secawan kopi special yang aku janjikan kepada Mr.Daniel . Aku meletakkan di sisi meja sambil memerhatikan Mr. Daniel yang sibuk memeriksa sesuatu di skrin monitornya.
"Thanks Ros" ucapnya.
Aku membalas dengan senyuman.
"I like the coffee" sambil menghidu aroma kopi buatan ku lalu menghirupnya. Kedengaran dia cukup berpuas hati.
Aku tersenyum lagi. lega rasanya menyampaikan hajat yang aku janjikan kelmarin.
"Apa ada dengan kopi?" soal ku tiba-tiba.
Mr. Daniel memandangku lalu meletakkan cawan kopi itu semula ke tempat yang aku letakkan tadi.
"As coffee is in your stomach, ideas begin to move and the paper is covered" jelasnya.
Mungkin kopi dapat membantunya untuk mendapatkan idea-idea bernas dan membangkitkan semangatnya untuk bertahan. Okay got it. Aku nak minum kopi juga lah. hihi.
Aku kembali ke ofisku nda mau berlama di ofis Mr. Daniel memandangkan dia nampak begitu sibuk dengan kerjanya.
Baru saja aku melabuhkan punggung di kerusi aku di sapa Nor Aina di pintu.
"Hai Ros" sapanya lalu mengambil tempat duduk di depan mejaku.
Aku cuma membalas dengan senyuman.
"Yes Nor?" soal ku.
"Kelmarin kau kemana dengan Mr. Daniel?" Soalnya membuka sesi temuramah seolah aku ni artis terkenal tidak dapat lari dri kontroversi.
" Ke tempat site sekejap ja. Lepas tu kami balik" jawap ku ringkas.
" Bunyi macam nda lama tapi boleh jalan sampai 3 jam?" Nor Aina mencurigai.
"Lepas dari site kami singgah makan Aiskrim" jelas ku sambil tersenyum mengenangkan kisah kelmarin semasa di ajak makan aiskrim bersama Mr. Ketuk.
"Makan Aiskrim? Belum pernah boss bawa staff makan aiskrim keluar. There's something going on between both of you?" Nor Aina terus menyoalku.
"Apa yang ganjil? Makan Aiskrim ja, bukan makan besi" jelasku.
" Aku rasa Mr. Daniel macam suka kau. Untunglah kau dapat lelaki hensem, anak vip lagi tu" usiknya.
Mata ku menjuling ke atas.
" Aku belum lagi di awang-awangan lah masih berpijak di bumi yang nyata. Aku dan Mr. Ketuk tu macam langit dan bumi.
And nda pernah pun ku terfikir mau ada hubungan special. ia lagi layak bersama perempuan masih bujang bukan janda macam aku ni" jawap ku."Kalau sudah jodoh nda kan kemana. walau janda sekali pun kalau sudah tersurat kau jodoh Mr. Daniel, kau lari kemana pun kamu tetap bersatu jua akhirnya" Nor Aina tetap nda mau kalah berbalah denganku.
Akhirnya aku diamkan saja. kata orang berdiam itu lebih baik dari berkata-kata.
****
Aku mencari handphone ku di dalam sling bag sebaik terdengar bunyi panggilan dari seseorang.
Farid?
"Assalamualaikum" jawapku.
"Waalaikumsalam" Jawap disana.
"Aku baru saja ambil si kembar balik dari sekolah. kau datang lah ke restoran yang berhampiran sekolah durang. Aku bawa durang makan di sini" Jelasnya.
"Okay sekejap lagi aku kesana" balasku lalu menamatkan panggilan itu.
Aku tiba di restoran mamak berhampiran dengan sekolah si kembar. Aku masuk ke dalam restoran itu dan mencari kelibat mereka. Farid melambaiku sebaik dia ternampak aku di depan pintu.
" Nda minum?" soal Farid.
Aku mengangguk dan Farid memanggil pekerja di situ untuk memesan minuman. Aku memesan teh tarik panas, pekerja itu pun berlalu menuju ke dapur.
"Aisyah nda ikut?" soal ku meskipun aku tau tiada Aisyah di situ.
"Ia di rumah" Jawap Farid ringkas.
"Kenapa nda bawa?" Soal ku.
"Katanya malas kan jalan-jalan" jawap Farid.
"Mama,babah macammana? Durang dapat dah terima Aisyah?" Soal ku lagi.
Farid menggeleng.
Aku memandang Sofia dan Shila, mereka menjamu roti canai dan secawan Milo ais sambil berbagi- bagi kuah kari.
"Sorry pasal malam tu, aku nda sangka boleh buat kau menangis. Aku cuma meluahkan rasa menyesalku dan aku berharap kitani dapat bersama lagi macam dulu" Farid mula lagi.
Aku terdiam sejenak. Pesanan ku tiba- tiba sampai. pekerja tadi meletakkan secawan teh tarik di depanku dan berlalu.
"Aku dah bagitau kau kan yang kitani nda mungkin akan bersama lagi" jelasku.
"Aku tau kau nda mau. Tapi fikirkan lah si kembar. Kasihanilah durang" Farid memotongku.
" Farid, kau nda meninggalkan durang pun. Kau ada sentiasa sama durang. Cuma nda sama macam dulu"
"Aku sayang kau Ros. Aku sedar dah. Tolonglah balik semula kepangkuan ku, hari- hari ku lalui terasa kosong. Aku rindu kau dan anak- anak"
Aku memalingkan wajah ku dari memandang Farid malas untuk membalas kata-katanya.
"Bagi aku peluang Ros, selepas saja Aisyah melahirkan anak dan berpantang. aku rancang mahu meninggalkan ia dan menyerahkan ia kepada lelaki tu. Dan selepas tu kitani rujuk semula aku janji aku nda akan buat lagi kesilapan ni"
" Macammana Aisyah? Macamana perasaannya? Kau lupa macammana kau buat keputusanmu dulu sama macam ni. Kau nda fikirkan perasaan ku tapi kau fikirkan perasaan Aisyah. Sudah kau sedar, kau fikirkan perasaanku tapi kau nda fikirkan perasaan Aisyah. Aku rasa baik kau lupakan saja niat mu untuk rujuk. Aku sudah buat keputusan aku nda akan balik semula kepangkuan mu" Tegas ku.
Aku meneguk teh tarik yang sudah suam itu lantas bangun. aku membawa si kembar ke tempat cuci tangan dan ke meja semula mengambil sling bag ku. Farid ku lihat nda terkata lagi dan sempat termenung.
" By the way thank you belanja kami" ucap ku sebelum berlalu.
Semakin panas rasanya duduk lama-lama di situ. Aku harap kali ini Farid hadam semua kata- kata ku tadi dan berfikir secara logik akal yang cukup waras sebelum dia membuat keputusan!
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...