Kedengaran bunyi enjin kereta di luar rumah, aku yang berada di ruang dapur sempat menjenguk memeriksa siapa gerangan yang datang sebaik melihat kereta Farid aku terus masuk semula ke ruang dapur malas untuk menyapanya.
Farid muncul di ruang dapur lalu mengambil sebotol air di dalam peti sejuk. Sebaik meneguk air kosong itu dengan rakus. Dia lantas mencapai tangan ku yang sedang mencuci pinggan di sinki.
Aku berpaling menghadapnya menarik tangan ku dengan kasar lalu melihat wajahnya, dahinya bertampal dengan plaster dan matanya nampak merenung tajam memandang ku.
"Ros, aku mau cakap sesuatu ikut aku di ruang tamu" jelasnya serius.
Aku mendengus kasar lalu aku berjalan menuju ke ruang tamu.
"Ada apa cakaplah?" Tanpa membuang masa ku menyoal.
Mata kami saling bertentang seolah tidak mahu kalah.
"Sebenarnya aku masih cintakan Aisyah. Tapi!" Dia segera memotong ku yang ingin bercakap sesuatu lalu mencapai tanganku di bawanya ke dadanya. Sambil menahan sebak. Tunduk menahan sendu di hati.
"Aku cintakan anak-anak dan kau Ros. Macamana aku kan lepaskan kau Ros? Aku tau permintaan ku ni gila! Tapi aku harap kau sudi. Aku nda akan menceraikan kau tapi aku minta izin. Aku minta izin kahwin lagi satu, please Ros?! Aku tau bukan mudah sebenarnya hidup bermadu tapi at least we try! Aku akan berlaku adil aku nda akan lebih kan siapa-siapa please?" Farid merayuku lalu berlutut dan setelah itu bersujud di depan ku dalam esak tangisnya.
Aku memegang dadaku entah kenapa degupan jantungku mengepam dengan laju. Adakah aku tersentuh? Aku membongkok memegang tangannya. Kurang selesa dengan perilakunya itu.
"Aku nda sanggup berjauhan dari kamu semua. Dari kau dari Aisyah aku sayang kamu berdua. Please Ros?! Aku merayu kali ni saja. Aku janji berlaku adil selepas ni.Aku akan jadi suami yang baik untuk kamu berdua. Please tah Ros! Sekali ni saja ku pinta izin kan tah aku rujuk balik dengan Aisyah" Farid merayu ku dalam keadaan masih berlutut lalu bersujud di kakiku tanpa ingin bangkit.
Aku bungkam, terduduk menahan esak tangis yang tidak berkesudahan. Ya Allah ujian apakah ini Ya Allah?, tabahkan hatiku Ya Allah Kuatkan hatiku Ya Allah...
YOU ARE READING
Gila Talak (completed)
Romance"Sudah bercerai nak balik apa ni?" "Kau ni memang lelaki gila talak, suka mainkan perasaan anak orang" "Kenapa kalau ku kan minta tolong? kau jealous?! Kalau kau kan tau Farid masih sayangkan aku, kau lihat sendiri, kenapa ia masih mahu mengambil b...